Ziarah Untuk Berkasih..
“Buka baju tuh kalau nak solat di sini, ini masjid hadhari,” marah nadanya.
Pemuda sudah menjangka tentangan yang bakal dihadapi, namun tidak menyangka script yang sekeras itu akan dilontar.
Teman-teman pemuda sudah mula tidak senang.
“Tiada dalam kitab ajar datang solat macam nie, kalau nak pergi ceramah takpelaa,” sambungnya dalam nada yang kian keras.
Mata mula menjeling..
Mulut masing-masing bagai mula bersedia untuk menghampurkan jawapan balas.
Andai bukan kerana akhlak yang di bawa bersama. Rasanya ramai yang menjadi manusia tidak beradab dengan orang tua.
Andai bukan kerana menyarung baju dan vest dalam mensyiarkan parti. Sudah pasti, batasan hikmah mula dicampak ketepi.
“Cuba sebut, kitab mana yang cakap tak boleh?” teman memberi buah balas.
“Datuk Pengerusi dah marah, kalau nak solat. Jangan pakai macam nie. Baju-baju nie semua. Buka sekarang!!” si noja terus melenting sebaik pemuda dilihat tidak mengindahkan tegurannya. Jawapan ditanya pemuda masih belum dijawab.
‘Kami datang nak ziarah.. salah ke?” soal teman lain yang mula naik angin.
Seorang jemaah lain yang menunggu detik dan ketika mula datang memberi sokongan kepada siak yang keseorangan. Tadi mungkin segan kerana masih tiada keberanian. Melihat dengan pakaian dan janggut yang melengkapi pakej sunnah, namun dengan perasaan dan jiwa yang masih bernanah.
Slot kami tidak berkesudahan dengan baik. Mereka mula berundur dengan mulut yang terus mencaci dalam diri yang masih ketandusan jawapan.
Itu lumrah pemuda.
Sepanjang ramadhan, kami memenuhi program dengan program Ziarah Kasih ke setiap surau dan masjid sasaran. Membawa mesej yang satu dalam menterjemah dan menzahirkan perjuangan Jemaah Pas di bumi Wangsa Maju. Program tahun ini dilihat lebih berjaya walaupun tanpa sokongan kotak-kotak kurma berbanding tahun sebelumnya namun melihat kesungguhan teman-teman. Satu pujian harus diberikan.
Ramadhan kali ini, pemuda tiada kesempatan untuk beribadat keseorangan. Kehadiran dan ujian kepenatan menjadi suntikan yang kuat buat pemuda. Siang dengan program unit amal. Malam mengisi jadual dengan Ziarah Kasih kecuali pada malam-malam tertentu khususnya malam tarbiyyah kami- selasa.
Setiap selasa, pemuda memenuhi ruang markaz. Usrah kami ditukar kepada Solat Berjemaah Isya’ dan Solat Sunat Tarawih. Sambil itu, diisi dengan tazkirah oleh teman-teman. Malah, pemuda terbukti mampu mengadakan mini forum yang hanya terlintas secara spontan dengan tenaga yang ada, alhamdulillah. Malam terakhir menyaksikan tazkirah berangkai yang disampaikan beberapa sahabat pemuda. Disambung usrah dan mesyuarat, malah diteruskan dengan tadarrus. Tahniah sekali lagi.
Alhamdulillah, masing-masing mengakui kepuasan dalam menyambut Ramadhan kali ini. Mengisi ruang-ruang dengan tenaga yang dikerah, menadah telinga dengan tazkirah dan sumpah seranah manusia di saat terdapat insan yang mengambil langkah selamat dalam pendekatan dakwah mereka. Andai masing-masing berasakan mereka bijak bertutur, hebat merancang dan memberi arahan tanpa sebarang tindakan, biarlah pemuda yang tiada ilmu, gagap cakapnya dan menjadi orang suruhan yang menjalankan kerja-kerja tersebut. Biarlah kami dihina, kerana kami tiada apa yang harus dibangga. Biarlah kami diselidiki kerana kami tiada sebarang perkara yang ingin disembunyi.
Cuma sedikit harapan pemuda, cubalah turun .. melihat dan menyaksikan sendiri. Bagaimana ketandusan aqidah yang berlaku di sekitar kita. Bagaimana kecelaruan iman dalam diri mereka. Berasakan sudah cukup dengan amalan puasa mereka, mereka berasa sudah muslim sejati dengan tarawih 20 rakaat yang dilaksana, dengan program-program tadarrus tanpa tadabbur yang sekadar bermain di mata. Andai dipertikai kenapa sukarnya mereka menerima dakwah kita, harus kita tanya kembali apa usaha dan tindakan kita dalam mendekati mereka??
Wassalam.

Ulasan
Catat Ulasan