Cabaran Buat Masjid Salahuddin Ayyub
Pada 24 September 2008, Pemuda Wangsa Maju dikejutkan dengan sikap kurang ajar salah seorang siak di Masjid Salahuddin Ayub, Taman Melati kepada para pemuda yang memakai pakaian pemuda wangsa maju setelah menunaikan solat isyak dan tarawih di masjid tersebut.
Teguran yang diberikan dilihat mempunyai motif politik tertentu dan alasan tidak kukuh yang dibina atas rasa tidak puas hati terhadap program Ziarah Kasih yang dijalankan oleh para pemuda dalam usaha menarik para pemuda ke jalan dakwah Islam.
Tindakan pemakaian adalah salah satu usaha pemuda dalam memperkenalkan kepada masyarakat terutama golongan muda mengenai kewujudan pemuda di wangsa maju dalam usaha mencari para sukarelawan dan petugas jemaah. Hal ini memandangkan tahap sosial yang cukup tinggi di kalangan golongan muda yang berlaku di Wangsa Maju. Hal ini adalah lanjutan daripada permasalahan arak dikalangan pemuda melayu Islam, keterlibatan muda-mudi terutama mereka yang masih diperingkat sekolah dalam gejala seks bebas di Hotel Wangsa, malahan yang terkini Taman Melati dilihat mula menjadi satu pangkalan operasi oleh golongan mak nyah dalam mencari pelanggan mereka setelah berasakan tiada tentangan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat.
Niat murni pemuda dipandang serong seolah-olah pemuda mencetuskan konflik dan mencari musuh dengan tindakan tersebut dalam menyelamatkan jiwa-jiwa yang mungkin tidak terlepas dari gejala tersebut. Malah kesan tempias yang mungkin turut terkena kepada anak-anak serta saudara mara ahli Jemaah Masjid Salahuddin Ayyub sendiri kecualilah mereka rela maruah anak gadis mereka dinodai rakus oleh mereka yang gilakan maksiat mahupun mereka redha dengan anak muda mereka terus mabuk dengan botol-botol arak.
Teguran biadab tersebut dilihat sangat prejudis atas beberapa alasan tersebut;
• Tiada teguran yang diberikan mereka terhadap pemuda yang memakai pakaian-pakaian yang tidak sesuai dengan akhlak muslim. Dengan tulisan yang berbaur lucah dan bercanggah dengan aqidah. Lebih rela pemudanya memakai pakaian dengan tulisan ‘CALSBERG’ berbanding ‘AMAL WANGSA MAJU’.
• Tidak ada sebarang teguran diberikan sebaik wanita-wanita yang bebas keluar masuk masjid dengan pakaian yang tidak menutup aurat seolah-olah tidak menghormati rumah Allah. Kenapa tiada teguran diberikan golongan ini.
• Pada Ramadhan 1427H, UMNO dengan bangganya telah mengadakan program secara besar-besaran dengan menggunakan segenap pelusuk masjid. Logo-logo UMNO dengan tanpa rasa bersalah dinaikkan dan dipasang di dewan masjid, di pagar sekeliling masjid, di di parking-parking masjid, di tangga masjid, dalam tandas masjid, diruang legar masjid malah di dalam masjid sendiri. Program mengejut itu menyebabkan sesi persekolahan anak-anak di sekolah agama terpaksa dibatalkan tanpa sebarang notis dan makluman.
Kami DPPWM dengan rasa penuh hormat mencabar agar satu pekeliling khas dikeluarkan oleh pihak masjid andai mereka telus dan tulus dalam memastikan masjid tidak dipergunakan untuk sebarang tujuan politik dan majlis maksiat. Namun pastikan tuan siak yang tegas dapat memberikan teguran kepada semua pihak parti politik dan masyarakat awam andai beliau bertegas terhadap hal tersebut dan tidak sekadar menjadi alat dan bersikap pilih bulu. Andai hal tersebut masih tidak dilaksanakan, DPPWM akan terus menjalankan kerja dakwah kami tanpa mengira sempadan dakwah.
“Dan Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami berkata "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu", maka tahulah mereka bahwasanya yang hak itu kepunyaan Allah dan lenyaplah dari mereka apa yang dahulunya mereka ada-adakan.”

Al Qasas: 75
Ulasan
Catat Ulasan