BN Berpecah, Pembangkang Dan Rakyat Di ISA

September 12, 2008 oleh HermanSamsudeen

Selesai memainkan wayang di Permatang Pauh, Umno bergaduh besar dengan MCA dan Gerakan. Kenyataan kurang ajar Ahmad Ismail yang menghina kaum Cina dinegara ini tidak akan dilupakan oleh sejarah negara ini. Beliau yang menganggap orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan tidak layak boleh mengharap mendapat layanan sama rata wajar dihukum lebih keras.

Umno meliwat undang-undang negara dan menafikan kuasa akta hasutan dan pelbagai akta yang sewajarnya digunakan bagi menyumbat makhluk ini ke penjara. Beliau hanya dikenakan hukuman penggantungan 3 tahun penjara dan ianya dilihat sebagai satu penghinaan kepada semangat muhibbah rakyat.

Beliau juga enggan meminta maaf dan akhirnya Gerakan Pulau Pinang berpatah arang dengan Umno Pulau Pinang. MCA juga mengugut untuk ‘bercerai’ dengan Umno. Ini menunjukkan betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan.

Pembangkang dan Rakyat jadi mangsa ISA

Malangnya Umno mempergunakan kuasanya untuk melindungi penjenayah perkauman ini dan menjadikan Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebagai korban untuk di ISAkan kerana membuat laporan tentang isu ‘kaum cina menumpang’. Beliau hanya menjalankan tugas dan menulis apa yang disebutkan oleh Ahmad. Ini adalah satu perbuatan zalim dan jelas menyalahi prinsip keadilan.

Selain itu Blogger dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin turut ditahan atas alasan menghina Nabi dalam penulisan beliau. Jika dikira orang-orang yang menghina nabi, dulu ada seorang pemimpin Umno yang jelas memperlekehkan Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi berjanggut kerana zaman Baginda tiada pisau cukur Gillette.

Orang ketiga yang menjadi mangsa adalah ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok yang sebelum ini mencetuskan kontraversi tentang isu bantahan penggunaan tulisan Jawi dan isu azan. Sejauh mana penglibatan beliau, akta ISA masih belum layak digunakan.

Apa yang berlaku kini adalah umpama operasi lalang tahun 80-an dulu mana pemimpin Umno bergaduh, pemimpin pembangkang masuk ISA.

Kezaliman itu berulang lagi dan rakyat harus sedar bahawa inilah sebahagian dari rencana Kerajaan BN untuk menghalang 16 September jadi nyata. Apa jua keputusan Kerajaan BN, nampaknya mereka sudah jadi semakin zalim dan wajib dijatuhkan!

Ulasan

Catatan Popular