Anwar ke Taiwan
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan pergi ke Taiwan untuk bertemu dan berbincang bersama beberapa Ahli Parlimen yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) yang kini sedang melakukan lawatan sambil belajar di negara tersebut berhubung pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini.
“Saya akan ‘terbang’ ke sana sekiranya perlu, sekiranya terdesak dengan kadar segera,” tegasnya sambil memberitahu beberapa siri perbincangan telah dilakukan bersama pemimpin-pemimpin PR sebelum Ahli Parlimen terbabit berlepas ke Taiwan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi sebutan semula kes liwatnya semalam.
Ditanya keyakinannya berkenaan 16 September, beliau yang berkata: “Insya-Allah ia akan berlaku. Ia akan menjadi realiti, kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk itu.”
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut memberitahu, beberapa perubahan akan dilakukan apabila pembentukan kerajaan baru terlaksana.
“Sempena bulan Ramadan ini, marilah berdoa supaya rakyat dapat kebebasan, harga barang dan minyak diturunkan serta kerenah dua tiga pemimpin yang mengambil kekayaan dengan banyak serta kontrak besar yang banyak tidak berlaku lagi. Kepada anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik, saya berjanji akan memberi elaun tambahan,” ujarnya.
Dalam pada itu ketika memberi respons berhubung kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan akan kembali menganggotai UMNO, beliau secara berseloroh berkata: “Nak buat apa? Nak tolong bagi kapal karam cepat?”
Anwar turut menegaskan pendiriannya yang bersetuju dengan cadangan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal agar tindakan tegas dikenakan kepada golongan yang cuba menimbulkan isu perkauman.
“Saya sambut baik kenyataan demikian. Saya juga ingin tegaskan di sini, bahawa sikap mengapi-apikan isu perkauman ini digunakan oleh golongan dalam UMNO untuk menutup kelemahan dan kegagalan mengurus ekonomi, rasuah dan penyelewengan yang berlaku.
“Oleh itu, saya hendak merayu kepada orang Melayu, Bumiputera lainnya, Cina dan India untuk kawal ketenteraman dan jangan bagi ruang kepada pemimpin dalam pimpinan UMNO berjaya dengan isu yang mereka reka sendiri,” ujarnya.

Ulasan
Catat Ulasan