Kata dua TG Hj Hadi Berhubung Pendirian PAS

BismiLlahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Tiada yang layak untuk kita berpegang melainkan kepada tali Allah. Sesungguhnya kita semestinya akan kembali kepada Dia Robbul Izzati. Firman Allah SWT yang berbunyi, "Dan Allah mengingatkan diri-Nya kepada kamu dan kepada Allah tempat kembali" (Ali Imran 2:28). Tiada yang hidup kekal di dunia ini melainkan akan musnah binasa. Oleh itu insan, jangan sekali-kali kita lupa serta terlalai bahawa segala kenikmatan serta keindahan hidup di dunia ini hanyalah ujian Allah semata-mata.

Perjuangan memartabatkan Islam adalah perjuangan yang benar dan hal inilah yang menjadi asas parti PAS bagi memastikan perkara itu perlu dominan dalam perlaksanaan dasar pemerintahan.

Berlandaskan perkara itu, kelmarin Presiden Pas, TG Hj Hadi Awang mengumumkan pendirian parti yang bertegas mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya "kerajaan baru" selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam menerajui negara.

Mengulas ucapan TG Hj Hadi itu ketika berucap merasmikan Konvensyen Pas Negeri di Pulau Pinang, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri itu Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian TG yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. Dan ana (saya) percaya, bukan hanya Pulau Pinang tetapi seluruh Dewan Pemuda Pas di seluruh negera adalah berpendirian yang sama dan berdiri teguh serta menyokong penuh akan pendirian beliau itu.

SHAH ALAM - Tarikh 16 September mungkin akan mencatat sejarah dalam dunia politik tanah air apabila kemungkinan berlakunya perpisahan Pas dari Pakatan Rakyat (PR). Kemungkinan itu berdasarkan pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Pendirian nekad Presi­dennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluahkan sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara.

Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, semalam dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti.Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, kelmarin. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau.

Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji.“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain.“Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menyifatkan pendirian Abdul Hadi bukan kenyataan main-main, Mohamed Hafiz rasional dan yakin kenyataan pemimpin utama parti Islam itu sebagai usaha memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.“Timbul kebimbangan kalaulah 'kerajaan baru' yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi melihat Islam sebagai utama, agama dipinggirkan dan sekiranya berlaku, keadaan mungkin akan lebih teruk daripada sekarang.“Andai tiada dominasi Islam, Pas takkan bersama Pakatan dan sekali lagi kami tegaskan pendirian Tuan Guru Presiden disokong penuh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan mempertahankannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah kenyataan terbaru Abdul Hadi itu memberi kesan langsung kepada komitmen Pas negeri itu dalam membantu kempen calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut.“Pemuda Pas negeri 'no komen',” katanya.

Ulasan

  1. Salaam..hmm sy wondering macamna PR bleh amik alih kerajaan ( pertukaran kerajaan ) spt yg bnyk diperkatakan oleh kebanyakan penggerak dan penyokong PAS..... maybe sy terlepas ape2 isu sebelum ni ....tapi sy pelik sbb ia seperti akan menjadi kenyataan...betul ker?
    kalau betul camne ia boleh berlaku? takkan senang2 camtu jer yerh BN lepaskan kerajaan? ish tak fahamlah saya...minta sesiapa yg tahu tolong jelaskan... dan tarikhnye pula kenapa on 16september?
    terima kasih :)
    wassalam

    BalasPadam
  2. Syabas PAS ! Ketegasan itu perlu untuk menegakkan prinsip.

    Sfr, ia biasa berlaku bila mana sejumlah ahli parlimen BN berhijrah kepada PR.

    16 September itu adalah dateline. Jika benar ada ahli parlimen BN yang berhasrat utk berhijrah jangkaan saya prosesnya akan bertalu-talu selepas kemenangan Anwar (Insya-Allah).

    Pendapat saya, "Hijrah" itu akan bermula dengan ahli parlimen Bumiputra Sabah & Sarawak diikuti MCA, MIC dan seterusnya UMNO. Timeframenya selama kira-kira sebulan (selepas PRK P44 sehingga 16 September ini).

    Walaubagaimanapun, itu hanya percaturan politik. Kalau menjadi pun mungkin akan ada permainan tarik tali (teringat lagu "Main Tarik Tali" lirik oleh arwah Loloq") Mungkin juga berubah sebaliknya.

    Wallahua'lam.

    Berdoalah bersama untuk memastikan perjuangan Islam tidak akan mati sebaliknya terus mekar !

    Menulis Demi Cinta
    http://fairuzhafeez.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular