Peralihan Kerajaan Bakal Manjadi Kenyataan

BismiLlahirrahmanirrahhim

Segala puji bagi Allah tuhan Sekelian Alam. Sesungguhnya tiada yang Lebih Bijaksana melainkan DIA.

Memetik dari perbahasan di sidang parlimen semalam 7 Jamadil Awal 1429 bersamaan 12 Mei 08, pasti membuatkan hati kita meronta lantas tiada lagi kesabaran untuk melihat peralihan kuasa kepimpinan agar segera menjadi kenyataan di bumi bertuah ini.

Akhirnya isi perut ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak sudah tidak dapat dibendung lagi. Jika dahulu mereka saling mengingati pepatah: "Biar pecah diperut jangan dimulut" tetapi kini semuanya bagai lava gunung berapi yang membuak. Percikannya tiada lagi yang mampu menahan.

Segulung kata dari MP Kimanis dan Kalabakan (keduanya dari Sabah) sudah cukup membuatkan kita faham bahawa peralihan sudah hampir sangat kepada kemuncaknya.

Keyakinan ini ditambah lagi oleh YB Zulkifli Nordin malam tadi dalam syarahan beliau di Madrasah Nurul Muttaqin dalam slot kuliah Maghrib.

Bukan sahaja 29 orang (jumlah minima) Ahli Parlimen Sabah yang sudah bersetuju untuk mengukuhkan barisan PR malah sejumlah 45 orang telah memberikan ikrar untuk turut berbuat demikian. Jika inilah natijahnya, perjuangan kita pasti lebih manis serta bermadu.

Jika di dalam PRU-12 yang lalu, kesemua kita baik di peringkat tertinggi sehingga kepada para petugas telah bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan PR, tetapi Allah Lebih Mengetahui malah Lebih Bijak Mengatur jalan hidup ini. DibiarkanNya kita terus berjuang demi terus menagih lagi pertolongan demi pertolongan dariNya tanpa putus.

Itulah yang dilakukan oleh para pimpinan kita. Setelah dilihat tiada muhasabah terbit di dalam jiwa pemimpin BN. Usaha terus dilaksanakan sehingga akhirnya kepada DIA kita serahkan. Demi memastikan negara ini tidak terusan diinjak dek mungkar yang keji, maka diusahakan jua apa sahaja cara agar kebenaran dapat ditegakkan akhirnya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata . Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya . Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Fath 26:1-4)

Akhirnya, marilah kita bersama-sama mengerahkan tenaga tanpa jemu namun kepada Allah tekad yang satu. Semoga perjuangan ini bakal menjadi sejarah, wujudnya kesejahteraan buat anak cucu. Agar roh kita nanti aman bersemadi ke hadrat Allah kita kembali. Amin

Ulasan

  1. kuat takbir semlm tuan ... hehehh..
    takajuit org kat belakang ..!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular