Fikirkanlah nasib tahanan ISA
LAGI sekali fenomena kebengekan fikiran ahli politik. Sekali lagi mereka membuat andaian buruk terhadap PR konon jika memerintah, ISA tetap dikekalkan. Mereka ini sebenarnya tidak percaya bahawa ada udara yang lebih wangi dari udara jamban yang mereka hidu selama ini.
Sebab sudah terlalu lama dalam jamban maka udara yang busuk tidak lagi menjadi busuk pada hidung kemek mereka yang tanpa penapis itu.
Bagaimana mereka pandai menilik keadaan akan datang bahawa ISA akan dikekalkan jika PR memerintah sedangkan apa yang berlaku dengan Melayu Pulau Pinang pun tidak dapat mereka tilik dulu. maka wawasan 2020 dan koridor sana sini pun tentu tidak dapat mereka tilik dari sekarang akan kesannya.
Apakah koridor berkenaan akan hanya menjadikan Melayu akan hanya mampu duduk di koridor sahaja dan sebagainya? Ini yang patut mereka tilik jika benar mereka memperjuangkan ketuanan Melayu.
ISA bukan setakat zalim disisi manusia bertamadun tetapi juga zalim disisi agama. dan menyokong mereka yang mengekalkannya juga adalah satu kezaliman. Sedangkan polis-polis yang terlibat menggunakan C4 meletupkan Altantuya pun dibicarakan dengan panjang lebar walaupun ternyata bahan itu tidak dapat diperolehi oleh pihak lain selain mereka. Inikan pula tahanan ISA yang tangkap muat sahaja tanpa bicara.
Firman Tuhan, "Jangan kamu cenderung hati terhadap orang yang zalim nanti kamu akan disentuh oleh api neraka".
Berkecuali dalam isu ISA lebih baik dari menyokong yang tidak membawa apa-apa keuntungan pada diri sendiri tetapi bakal disentuh api neraka.

Apakah tahanan-tahanan ISA bukannya rakyat Malaysia yang berperasaan dan mempunyai keluarga yang sering merindui pembebasan mereka ?
BalasPadamApakah tiada sekumit perasaan kesihan dan simpati didalam hati pemimpin yang mempunyai datuk dan bapa yang tersohor kuat pegangan agama dan keilmuan mereka ?
Dimanakah letaknya keimanan orang-orang yang mengaku beragama Islam yang terlalu marah kepada Kerajaan PR Selangor berkaitan isu Babi tetapi menyepi seribu bahasa terhadap isu tahanan-tahanan ISA yang merupakan insan-insan yang mempunyai hati dan perasaan ?