Mengisi Kemenagan

Assalamualaikum wbt.

Mencapai kemenangan bukanlah suatu yang mudah, tetapi mengisi kemenangan itu jauh lebih susah daripada mencapai kemenangan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan kerja dakwah kepada seluruh masyarakat bukan setakat orang Islam sahaja tetapi kepada orang bukan Islam juga.

Kesempatan ini adalah kerana rakyat sudah tidak mengira bangsa dan fahaman agama sudah mula menerima Pakatan Rakyat dan boleh bekerjasama dalam memperjuangkan keadilan. Inilah masanya untuk kita memperlihatkan keadilan yang sebenar yang terdapat dalam Islam yang kita semua sedang perjuangkan.
Biarpun pahit, kita yakin dan percaya Allah tetap membantu kita. Kita lihat bagaimana sabar dan tabahnya para anbiya' dalam menyebarkan risalah Islam, mereka diuji lebih hebat daripada kita tetapi berundur dan mengalah tidak sekali sebaliknya meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat.
Inilah iltizam yang diperlukan untuk memikul risalah Islam.
Teruskan perjuangan sehingga kita syahid di sisi Allah Azzawajalla.
Allahu Akbar.

Ulasan

  1. Tahniah atas kemenangan ...

    Satu tulisan yg menyemarakkan lagi arus perjuangan.

    Tiada perkataan 'rehat' dalam perjuangan , kecuali setelah nafas di hujung kerongkong!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular