Utusan dan TV3: Ke manakah pergi perkataan "kononnya", "pengikut", "mendakwa" dan lainnya
Shirzad Lifeboat
Tue | Mar 11, 08 | 11:28:24 PM
Hilang sudah wajah yang sentiasa cuba memaparkan "sayalah tokoh paling bijak pernah dilantik selaku PM Malaysia" di wajah Abdullah sebaik sahaja semua petunjuk dan keputusan awal PR-12 menunjukkan BN tidak mungkin mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan hilang beberapa kerajaan negeri serta gagal menawan Kelantan.
Turut hilang bersama pada malam itu dan pada hari-hari berikutnya perkataan popular media kerajaan seperti "kononnya", "mendakwa", "pengikut parti pembangkang' (seolah-olah parti pembangkang yang didaftarkan secara sah diibaratkan seperti pertubuhan haram) yang sering digunakan bagi menghina parti pembangkang.
Akhbar Utusan Malaysia dan beberapa akhbar yang sering menggunakan perkataan ini serta TV3 dan juga saluran TV kerajaan seolah-olah mendapat pengarang dan penyunting baru.
Tidak mustahil perubahan mendadak ini berbangkit apabila ketua media Malaysia, "police don?t fire anybody...we are allowing protest...", Zainuddin Maidin gagal memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Perkataan tersebut seolah-olah ditelan sendiri oleh mereka yang telah dipergunakan oleh Umno-BN sebagai alat dalam menggerakkan jentera propaganda mereka.
Bagi TV kerajaan yang mendabik dada "kononnya" kerana menyajikan maklumat yang sahih, malam keputusan PR-12 diumumkan nampaknya adalah satu pengecualian.
Sehingga siaran langsung mengenai keputusan pilihan raya diumumkan ditamatkan selepas jam 3.00 pagi, tidak ada keputusan mengenai keputusan pilihan raya Dun negeri Selangor dan Perak.
Semua ini tentulah sesuatu yang begitu dimaklumi rakyat. Cara media ini digunakan pada mulanya dipersoalkan. Kemudiannya dijadikan bahan gurauan oleh rakyat dan akhirnya apabila TV, akhbar, yahoo mail dan yahoo messenger semuanya membawa iklan supaya rakyat mengundi BN, maka ia menjadi sesuatu yang cukup bosan, muak dan memualkan.
Profesor Madya Dr. Mohd Agus Yusuf yang turut menjadi panel di TV1 pada malam itu secara spontan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila menyentuh soal penggunaan melampau media sebagai alat propaganda BN.
Terdahulu daripada itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam satu tulisannya telah mencatatkan fakta betapa "hinanya menjadi wartawan (media kerajaan) semasa kempen pilihan raya".
Sebagai menggulung semua itu, pada malam tersebut, Mursyidul Am Pas, Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang antara lain menyebut: "Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat."
Begitupun, media yang disebut itu nampaknya belum lagi serik. Belum pun berapa hari pembangkang menjadi kerajaan, nampaknya siri pembohongan baru telah bermula apabila ada sebuah akhbar yang melaporkan berita bohong kononnya Kerajaan PAS Negeri Kedah yang baru berusia sehari mengarahkan supaya penutupan Tabika Kemas.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi juga dikaitkan dengan kerajaan negeri berkenaan. Begitu juga kelewatan dua buah negeri yang ditawan oleh pembangkang dalam membentuk kerajaan negeri dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya tidak ada persefahaman di antara mereka.
Bilakah agaknya media yang disebutkan ini mahu mempelajari erti kejujuran? Atau apakah mereka lebih selesa dipandang hina oleh masyarakat pembaca, penonton dan rakyat?
Mungkin "pembohongan" dan "fitnah" membawa pengertian berbeza dalam syariat mereka.

Ulasan
Catat Ulasan