Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
Title : Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau
Posted by Raja
Sunday, 16 March 2008
Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.
Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.
Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.
Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK....more...
Ulasan
Catat Ulasan