Noh Omar minta Abdullah Badawi pulihkan umno / BN dahulu sebelum ambil jawatan perdana menteri malaysia

Ku Li perlu pulihkan Umno Kelantan terlebih dahulu sebelum bertanding jawatan presiden Umno PDF Print E-mail
Posted by Haniza Talha
Sunday, 23 March 2008

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini dinasihatkan supaya memulihkan keadaan Umno di Kelantan terlebih dahulu sebelum bercita-cita merebut jawatan presiden parti.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Noh Omar berkata adalah lebih wajar jika anggota Parlimen Gua Musang itu menumpukan membantu memperkasakan semula Umno di negeri tersebut.

"Saya tak nampak mengapa Tengku Razaleigh nak tawarkan diri sebagai presiden parti sebab kalau betul beliau hebat, Kelantan sepatutnya kena bantu dulu.

"Ini di Kelantan banyak bantuan kita (kerajaan Barisan Nasional) beri tapi Umno di Kelantan kalah lebih teruk lagi (pada pilihan raya umum 8 Mac lepas ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun jubli emas Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini pada hari Sabtu.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar Tengku Razaleigh tidak menangguk di air keruh berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini.

Katanya sekiranya benar bekas Menteri Kewangan itu berhasrat ingin memulihkan Umno, beliau seharusnya melaksanakan matlamat itu dengan memberi tumpuan penuh kepada Kelantan.

"Adalah lebih baik kita mainkan peranan masing-masing. Macam saya dari Umno Selangor, saya ingin mantapkan Umno Selangor, perpaduan di negeri Selangor kerana kekuatan bukan datang dari kepimpinan semata-mata, tapi lahir dari perpaduan.

"Bila kita bersatu, baru ada perpaduan. Bila kita ada perpaduan, baru kita ada kekuatan. Bila ada kekuatan, baru ada kejayaan. Asas penubuhan Umno sendiri ialah perpaduan," katanya.

Khamis lepas, Tengku Razaleigh membuat kejutan apabila menyatakan hasrat bersedia bertanding bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini. BERNAMA

Ulasan

Catatan Popular