Duti setem: Demi selamatkan BN, tindakan SPR dikecam
Mohd Rashidi Hassan
MARANG, 24 Feb (Hrkh) - PAS kesal dan mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang pencalonan.
Arahan tersebut digunakan untuk menyusahkan pembangkang, sebaliknya 'menikam' Barisan Nasional sendiri.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS amat tidak berpuashati dengan tindakan SPR yang membuat arahan tergesa-gesa, menarik balik secara tergesa-gesa sehingga menyusahkan parti pembangkang.
Dalam sidang akhbarnya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi beliau berkata, PAS menerima arahan tersebut pada 21 Februari lepas dan ianya menyusahkan kerana di kebanyakan tempat pejabat kerajaan yang menjual setem hasil sudah ditutup.
Bagaimanapun katanya, calon-calon PAS sempat mengenakan duti setem pada borang masing-masing walaupun borang calon PAS Kedah terpaksa dibawa ke Perlis.
Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."
Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.
"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.
Tegasnya, setelah didesak beberapa kali, barulah pegawai menunjukkan surat pembatalan arahan tersebut.
Sementara itu dalam sidang media yang sama Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menempelak SPR yang mendakwa badan tersebut sudah menjadi 'robot' Umno.
Katanya, BN menghadapi krisis calon dan sehingga malam tadi barulah urusan mengisi borang-borang calon BN selesai.
Menurutnya, jika syarat ini diteruskan nescaya ramai calon BN akan ditolak.
"Untuk selamatkan calon Umno/BN, arahan telah dikeluarkan kepada SPR untuk gugurkan arahan tersebut," tegasnya

Ulasan
Catat Ulasan