AWAS!!! UBAH ATAU PADAH

Oleh: Raden Jowo - http://no2umno.blogspot.com/

Laporan diterima dari beberapa rakan yang mengatakan kekecewaannya dengan sistem perniagaan berunsur PAKSA yang terdapat di Malaysia. Di dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang, mereka terus mencengkam pengguna dengan perjanjian penggunaan yang tidak boleh diterima pakai.

Pelanggan yang gagal membayar, telah menyebabkan talian perkhidmatan di batalkan. Malangnya sekira mereka tidak membayar, caj akan terus dikenakan walaupun pelanggan tidak mempunyai siaran.

Ada rungutan dari Pelanggan ASTRO yang menyatakan bahawa mereka telah memberitahu tentang pakej yang tidak mereka kehendaki kepada telefonis ASTRO, malangnya mereka terus menyiarkan rancangan dari saluran tersebut pada tahun berikutnya, lantas mereka terus dipaksa membayar. Panggilan talipon kepada telefonis sekali lagi dan pelanggan diberitahu bahawa TIADA terdapat permohonan untuk menghentikan siaran. Namun bayar terus bayar dan tidak membayar akan melonggokkan lagi tunggakan yang ada.

Setiap penyambungan semula akan dikenakan bayaran RM20. Dan kerana itu jumlah tunggakan akan bertambah. Ianya membebankan pelanggan. Sudah lah kena langsaikan tunggakan, kena bayar proses penyambungan dan menantikan talian diangkat oleh operator memaksa beliau membayar bil panggilan. Kalau menggunakan prepaid, RM3 sudah pasti dibelanjakan. Pelanggan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

PERHATIAN !!! Pihak SYABAS sedang di dalam proses menyatukan BIL PEMBENTUNGAN dan PEMBEKALAN AIR. Dimana sebelum ini ianya adalah berasingan. Kepada pihak yang tidak berpuas hati, mereka tidak membayar proses pembentungan dan hanya membayar bil pembekalan air. Maka banyak tunggakan bil pembentungan berlaku. Ada pihak pihak yang dilantik untuk menyatukan bil tersebut.

Kaedah ini adalah kaedah yang sama kepada STREAMY dan TELEKOM. Bila bil ini disatukan, maka kegagalan untuk membayar salah satu dari bil tersebut akan menjadikan KEDUA DUA PERKHIDMATAN itu akan dipotong sekali gus.

KETIKA ini, mereka di dalam proses menyatukan alamat, no akaun dan nombor meter air. Selepas semua proses ini selesai, maka rakyat akan diPAKSA menerima CARA mereka. Hanya satu bil akan dikeluarkan. Bil Pembentungan dan Bil Air dengan satu jumlah yang besar akan tertera di dalam BIL dan Pengguna (Rakyat Malaysia) akan dipaksa membayar jumlah tersebut. Walaupun air berkeladak, pencatuan air, dan gangguan bekalan air berlaku tidak kira waktu, rakyat dipaksa terus untuk membayar.

Ini lah yang berlaku di dalam keadaan KEGAWATAN EKONOMI sekarang. Keadaan akan berterusan sekiranya kerajaan (BARISAN NASIONAL) yang sama dikekalkan. Abdullah Badawi dan Menteri yang ada GAGAL membawa masuk pelaburan. Malah mereka dikaitkan dengan pelbagai isu dan penyelewengan. Berita buruk pemerintahan BARISAN NASIONAL telah menular ke luar negara. Isu RASUAH semakin menjadi jadi. Penghakiman tidak telus dan Jenayah semakin memuncak menjadi punca kebimbangan pelaburan. Maka kebimbangan ini telah menyebabkan kelembapan ekonomi. Ianya BAKAL terus berlaku sekiranya mereka terus kekal sebagai kerajaan. Kerajaan yang lemah , tidak kreatif menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara kita.

Apa yang ada hanya lah PEROGOLAN bajet kerajaan untuk mendirikan bangunan dan kononnya pembangunan, di dalam masa yang sama ianya PENGISIAN kantong sesetengah pemimpin. Apa yang anda lihat sekarang adalah lakunan naik turun saham dan nilai wang. Realitinya, rakyat terus malang. Proses jual beli berkisar di dalam negara. Wang keluar negara tanpa kawalan. Pendatang asing menyalurkan wang ke kampung halaman mereka tanpa ada sekatan.

Perlu dijelaskan bahawa keadaan rakyat amat menyedihkan. Segala sumber dan keperluan harian meningkat dan akan terus meningkat selepas pilihanraya. Air minuman disekolah baru semalam sudah meningkat dari RM0.50 sen kepada RM0.70 tanpa sebarang kenyataan. Begitu juga dengan makanan. Anak anak perlu bawa bekalan. Banyak pihak bertindak sesuka hati.

Harga minyak petrol? Kerajaan sekarang sedang menanti untuk kemenangan PRU12, alasan yang sama akan digunakan. Naik harga? Ianya tidak dapat dielakkan. Harga kenaikan MASIH RENDAH dibanding dengan negara luar. Itulah yang bakal diberitahu kita kelak.

Peluang perniagaan terlalu sedikit. Mereka yang makan gaji mungkin kurang menerima impak tetapi yang berniaga, keadaan amat memilukan.

Bersedia untuk berubah dan bersedia untuk tukar pemerintah. Kegagalan berbuat demikian akan menyusahkan terus diri kita. Mahu berlapar atau mahu ubah kerajaan. Semuanya keputusan ditangan anda. Jangan biarkan segolongan manusia yang rakus memonopoli kekayaan yang ada. Jangan sampai sudah kekeringan baru mahu turun ke jalan. Ketika itu semua sudah terlewat. Fikirkan masa depan keluarga, anak anak dan jenerasi kita. UBAH KERAJAAN, UBAH PEMERINTAH !!!

Ulasan

Catatan Popular