Jemputan untuk semua

Oleh ; penarik Beca

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang malam tadi dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar, juga malam tadi, menyeru semua pihak jalan-jalan, minum-minum, makan-makan dan shopping dengan memakai t-shirt Bersih atau pakaian kuning di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember ini.

Mahfuz bagaimanapun menyatakan dari pukul 12.45 tengah hari hingga 1.15 tengah hari. "Para penyokong di Kuala Lumpur dan Selangor jangan tunggu ada ketua untuk jalan-jalan cari makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa risalah, tanpa ceramah," katanya.

Beliau mencadangkan "jalan kekuningan dari Sogo sampai bazar yang boleh tembus ke Masjid India".

Bila saya menulis "Hanya pakaian kuning sahaja...", Mudin001 terus menjawab "saya akan menyahut seruan ini esok, Insya Allah :)".

Malam tadi, saya menghantar SMS kepada Mudin dan meminta ditangguhkan kepada Sabtu akan datang, 8 Disember 2007. Mudin bersetuju. Oleh itu, dengan ini saya menjemput semua yang menginsafi pilihan raya demi pilihan raya di negara ini yang tidak adil dan tidak bersih ke acara berikut:

1. Acara: Jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping sahaja

2. Pakaian: T-shirt Bersih atau pakaian berwarna kuning termasuk topi Bersih dan sebagainya

2. Tarikh: 8 Disember 2007, Sabtu

3. Masa: 1 tengah hari hingga 2 petang

4. Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Saya juga memohon agar sama-sama kita memastikan:

1. Tiada perhimpunan

2. Tiada slogan

3. Tiada sepanduk

4. Tiada perarakan

5. Tiada demonstrasi

6. Hanya jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping

7. Hanya penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka sahaja yang boleh mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan. Kita tidak ada kuasa dan tidak ada masa untuk melarang mereka.

8. Sesiapa yang mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan dengan sendirinya adalah penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka.

Berkaitan:
Islamic opposition party PAS, which rules Kelantan, also has a "good chance" of losing the only opposition held state to Umno amid an influx of new voters, she (Bridget Welsh, a Southeast Asian expert at John Hopkins University) said. [Malaysiakini, 1/12/2007]

Ulasan

Catatan Popular