Tol naik lagi 10%, biarkan-biarkan!

Posted on Monday, October 01 @ 23:58:49
Oleh Roslan SMS

Dalam kekalutan orang-ramai memperkatakan darihal perkembangan kes pembunuhan adik Nurin Jazlin, pendedahan video VK Lingam, suasana politik di Myanmar, serta umat Islam yang menjalani ibadat puasa Ramadhan yang masuk hari ke 19 hari ini, tidak ramai rupanya yang perasan satu perkembangan besar yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini.

Akhbar The Star melaporkan:

Malaysians can expect a 10% increase in toll rates, with eight concessionaires raising their charges from Jan 1 next year, said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.
Bermakna mulai 1 Januari ini iaitu kira-kira 3 bulan dari sekarang, sebanyak 8 pemegang konsesi lebuhraya akan menaikkan kadar tol masing-masing sebanyak 10%.
Tarikh 1 Januari itulah tarikh masing-masing ibu-bapa sibuk menguruskan sesi persekolahan anak-anak mereka. Kini dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang mencacak naik, nanti naik pula lagi kadar tol! Sudah pastilah kenaikannya nanti akan mengundang kesan rantaian ke atas barangan dan perkhidmatan yang melibatkan pengangkutan melalui lebuhraya berkenaan.
Pihak FOMCA atau Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia telah mendesak agar kerajaan menyemak semula perjanjian dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi ini kerana jika diizinkan kenaikkan tol 1 Januari nanti sudah pasti yang paling besar menanggungnya adalah rakyat jelata.
Tetapi rakyat hari ini seakan telah berputus asa. Seolah kalau mahu bersuara sekalipun suara mereka itu nanti tidak akan pergi jauh kemana. Lalu akhirnya mereka berserah dan terima apa sahaja yang dijolok ke dalam tembolok mereka. Oleh itu sama-sama lah kita tunggu tanggal 1 Januari nanti dengan penuh debaran dan kocek semakin bocor.

Ulasan

Catatan Popular