Tingkatkan 'Amal mengharap MEGA SALES Lailatul Qadar

Malam ini, angka 20 Ramadhan akan menjelma buat sekian kali dalam hidup kita.Ianya menuntut pecutan amalan untuk menghiasi 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini. Memang menjadi lumrah di seluruh pemustautin Melayu, 10 Malam terakhir inilah menjadikan surau- surau dan masjid- masjid kembali lapang, sunyi dan suram jika dibandingkan dengan malam-malam awal Ramadhan lalu.Seksyen-seksyen tambahan yang terpaksa dibuka dan diujudkan untuk menampung pertambahan jemaah suam- suam kuku diawal Ramadhan dulu kebanyakkan nya dah terpaksa di tutup.Malah ada Surau- Surau yang dah memulangkan kembali khemah- khemah sementara yang di sewa pada awal ramadhan dulu.

Pelbagai alasan yang telah saban tahun di "copy " dan di "paste"kan menjelma kembali dalam kamus manusia yang tidak sempat atau sengaja buat- buat tak sempat untuk menjadi tetamu dirumah Allah di 10 malam terakhir ini. Tak perlulah dibicarakan seluruh alasan- alasan yang dah sememangnya cukup popular itu. Inilah petanda bahawa LA 'AL LA KUM TATTA KUN "mudah- mudahan kamu beroleh taqwa" dalam ayat 183 AL BAQARAH itu bukan semua orang yang akan mengecapinya.
DALAM Kelesuan semangat untuk meningkatkan ibadat dalam dada kebanyakan umat Melayu ini, Penulis ingin mengajak diri penulis dan seluruh pembaca memasukkan satu perkara lagi dalam "check List" ibadah kita tahun ini. Bermula malam ini, Mohon dihantar sebanyak mungkin ucapan "SELAMAT MENGHIASI IBADAH RAMADHAN. TINGKATKAN DAYA PECUT ANDA MENCARI LAILATUL QADAR" . sms LAH kepada seluruh saudara mara , jiran tetangga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mampu kita hubungi.Mudah- mudahan cara ini membantu menguatkan amalan ibadah sesama kita. SMS ucapan HARI RAYA mohon ditangguhkan.

Mengikut pandangan kebanyakan ulama, tanda-tanda malam Qadar ada banyak pelbagai. Cuma yang dapat dicatatkan disini ialah :

1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Ulasan

Catatan Popular