Setiausaha Politik PM tak jadi saman kerana tahu kesalahannya?
Wan Farid umum tidak jadi saman PAS kerana dakwa dia rancang rusuhan
Oleh Wan Rosli Wan Noh
TRAGEDI berdarah di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu masih lagi hangat diperkatakan ekoran kebangkitan rakyat Terengganu yang sudah hilang tahap kesabarannya setelah sering dikejar, dibelasah, dipukul dan disembur gas pemedih mata oleh pihak FRU dan polis yang menjadi kuda tunggangan Umno dalam beberapa siri ceramah sebelum ini.
Tragedi yang tidak diingini ini tidak akan berlaku sekitanya tiada provakasi dari pihak keselamatan kerana terbukti rakyat yang hadir di dalam setiap program ceramah sebelum ini tenyata lebih berdisiplin, bertamadun dan beradab berbanding pasukan keselamatan yang sering mencetuskan huru-hara dan kacau bilau.
Wan Farid takut?
Persoalan mengenai tragedi ini terus berlarutan apabila akhbar Berita Harian bertarikh 3 Oktober 2007 di muka surat 12 memaparkan kenyataan setiausaha politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Salleh yang tidak bercadang untuk menyaman PAS walaupun Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali menuduhnya perancang rusuhan pada malam tersebut.
Datuk Wan Ahmad Farid ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Semasa dan Majlis Penerangan Anjuran Umno Kuala Terengganu berkata tuduhan parti pembangkang terhadapnya membuktikan Datuk Mustapha Ali tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kelemahan parti PAS.
Hakikatnya Mustapha bukannya menutup kelemahan beliau atau parti PAS. Tetapi beliau membuat kenyataan tersebut kerana mempunyai bukti yang kukuh dan yakin tentang penglibatan secara langsung Wan Ahmad Farid dalam tragedi berdarah pada 8 September lalu.
Itulah yang diperkatakan oleh beliau sewaktu sidang media di Rusila pada 14 September lalu yang turut dihadiri dan disaksikan oleh hampir kesemua media tempatan. Malangnya laporan tersebut digelap gelitakan begitu sahaja ketempangan media dalam negara dengan tidak langsung menyiarkan kenyataan terbabit.
Tersepit tutup kelemahan sendiri
Justeru itu seandainya Wan Ahmad Farid benar-benar tidak terlibat, mengapa beliau tidak saman Mustapha Ali? Wan Ahmad harus bersikap berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan bersikap dayus seolah-olah baling batu sembunyi tangan. Sekarang siapakah yang tersepit atau cuba menutup kelemahan sendiri setelah segala rahsia demi rahsia terbongkar?
Sikap Wan Ahmad Farid yang berdolak dalik melarikan diri dari isu ini membuktikan kenyataan Mustapha Ali bahawa beliau menjadi dalang dalam tragedi ini adalah benar sama sekali. Inilah antara manusia yang sanggup menjadi perkakas parti untuk menghancurkan peruntukan sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara mengenai hak kebebasan bersuara bagi setiap rakyat.
Angkatan Muda PKR Terengganu mendesak supaya Wan Ahmad Farid dan Umno tidak bersikap bacul dan lepas tangan serta bertanggungjawab di atas tragedi yang dilakukan sehingga nyaris mengorbankan dua nyawa rakyat.
Perlukan Suruhanjaya Diraja?
Angkatan Muda PKR Terengganu juga berharap supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat tragedi berdarah ini secara menyeluruh untuk menjaga kepentingan dan masa depan rakyat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara sekaligus memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat agar jangan biarkan perkara ini berulang.
Mereka yang terlibat mencetus rusuhan seperti Wan Ahmad Farid, FRU, polis dan sebagainya yang mengganas secara biadap termasuk menendang puluhan deretan motorsikal dan memecah cermin kereta orang awam sesuka hati pada malam kejadian hendaklah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Ini kerana merekalah yang sebenarnya pencetus rusuhan dan pengganas.
Sebaliknya rakyat yang tidak bersalah pula ditangkap dan dilemparkan dengan macam-macam tuduhan. Semoga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja nanti akan dapat membuktikan siapakah sebenar pencetus rusuhan dan membuat hura-hara dalam peristiwa tersebut.
Penulis merupakan Setiausaha AMK Terengganu- Pengarang

Ulasan
Catat Ulasan