BEST OF TAZKIRAH dari pandangan mantan KP Dppwm

Oleh MAHYUDDIN AMIN ( naib KP DPPWM)
Sehingga hari ke 28 puasa, aku rasa 2 takzirah yg
paling "berkesan" adalah drp Ustaz Yusof Embong dr
Kuantan dan Ustaz sidek Nor dr Perak.

Ustaz Yusof Embong mentafsirkan ayat al-quran surah
al-baqarah ayat 188 (ayat terkahir mengenai puasa)
dengan menunjukkan ppt mengenai bagaimana wang negara
dibazirkan untuk hidup bermewah2 dan bagaimana hakim2
boleh dibeli dgn mudah untuk merompak harta rakyat!

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang
tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau
dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian
wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka
itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi
keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) ,
maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka,
kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya
kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai
Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul. (186)

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri
kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu
pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia
menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa
yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan
makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
(kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri
kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah
batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat
hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka
bertakwa. / (187)

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya). (188)

Ulasan

Catatan Popular