isu keganasan Polis di Batu Burok Terengganu.

Oleh : Herman Sanudeen

Dua tiga hari ini ana melihat bahawa kita banyak tertumpun pada isu keganasan Polis di Batu Burok Terengganu.

Ana bukan tidak minat pada isu ini, tetapi pada masa ini ana juga melihat bahawa isu ini tidak banyak memberikan faedah pada kita. Kebanyakan web dan media pembangkang asyik ulas isu ini berulang-ulang hingga menyebabkan pemimpin dan ahli kita terpaksa memecah keringat untuk berfikir isu ini dan cuba memperjelaskannya.

Hakikatnya semua ahli kita tahu bahawa itu adalah sabotaj Polis.

Dalam masa yang sama memang patut kita merangka strategi bertahan pada waktu ini. Tetapi dalam kita mempunyai peluang yang sama untuk menyerang ana rasa cukuplah kalau kita bagi pimpinan dalam Jawatankuasa Bersih yang menjawabnya.

Di pihak Wilayah suka ana cadangkan untuk kita tumpukan isu ekonomi (kenaikan harga ayam dan barangan sempena Ramadhan) dan juga isu pembaziran/rasuah yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

Kalau kita baca dalam surat khabar, memang isu Batu Burok diulang-ulang oleh media Kera-jaan BN. Tapi kalau kita baca diruangan forum dan rencana kebanyakan rakyat dan penulis lebih suka bincangkan isu pembaziran kementerian.

Jadi ini adalah peluang kita untuk membawa suara rakyat dan mendesak agar Pak Lah dan Ketua setiausaha Negara serta BPR mengadakan siasatan khas dan membentangkan laporan terperinci pada rakyat dalam tempoh terdekat.

Mungkin kita buat memorandum atau bentuk-bentuk demontrasi bagi mengalihkan pandangan masyarakat dari berfikir tentang isu Batu Burok dalam versi negatif seperti yang dimahukan oleh BN.

Ini adalah cadangan, terpulanglah pada jawatankuasa dan KP untuk fikirkan. Cuma ana tak nak kita bazirkan seluruh tenaga dan fikiran kita dalam isu yang merugikan kita.

Ulasan

Catatan Popular