MELAYU KENA INGAT KES INI.. jangan mudah lupa

Atas desakan Umno, selepas 2 hari dipecat, Hj Shabudin ditangkap kerana imami solat!

Anak Jati Tasek Chempedak
Mon | Jul 30, 07 | 05:35:37 PM
Surat Pilihan | Peristiwa penangkapan Imam Masjid Tasek Chempedak, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan, jam 6.30 petang, Ahad 29 Julai, di negeri kelahiran "imam Islam Hadhari", Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, menimbulkan kegemparan baru.
Hj Shabudin Ismail, 63, baru saja dipecat sebagai imam, pada Jumaat lalu, yakni dua hari sebelum itu, ekoran desakan ahli-ahli Umno setempat, selepas berkhidmat lebih 10 tahun.
Apakah hanya kerana seseorang imam itu mempunyai kecenderungan politik terhadap PAS, dan kemudiannya ada laporan jahat oleh pihak Umno yang dengki dan iri hati, maka polis dan Majlis Agama Pulau Pinang rambang mata menurut apa saja kehendak penyokong parti pemerintah itu?
Polis jadi perkakas ahli Umno kampungan
Bayangkan, dalam zaman Islam Hadhari ini, seorang imam dilucutkan jawatan disebabkan bantahan ahli-ahli Umno, yang sebenarnya jarang sekali datang berjemaah ke masjid, dan apabila bekas imam yang rumahnya bersempadan dengan kawasan masjid datang untuk solat jemaah bersama makmum lain, beliau diminta ke depan menjadi imam, dan kerana itu, beliau ditahan polis!
Sebagai anak jati Kg Tasek Chempedak, ingin saya jelaskan latar belakang insiden pemecatan dan penangkapan Hj Shabudin Ismail.
Di masjid kampung berkenaan, terdapat dua buah masjid, iaitu masjid lama dan masjid baru. Kedua-dua masjid ini berada di dalam satu kawasan tetapi hanya dipisahkan oleh sebatang jalan. Masjid baru adalah hasil sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang siap digunakan pada akhir tahun 70-an.
Kampung Tasek Chempedak terletak di bawah kawasan Parlimen Parlimen Nibong Tebal, yang diwakili Dato' Zainal Abidin Osman Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan kerusi Dun Sg Bakap Dato' Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang).
Pergeseran penduduk kampung telah bermula sejak wujudnya masjid baru ini. Pada peringkat awal mereka yang t ida k bersetuju dengan masjid baru telah menunaikan solat jemaah di masjid lama. Maka terdapat dua jemaah dalam satu kariah iaitu jemaah di masjid lama dan jemaah di masjid baru. Tetapi kariah masjid lama t ida k diiktiraf kerajaan.
Pahala wakaf orang tua-tua
Setelah beberapa tahun berlalu, untuk melunakkan keadaan, Hj Shabudin Ismail (imam masjid lama yang merupakan penyokong PAS) dilantik menjadi imam muda di masjid baru. Semua jemaah masjid lama (kebanyakannya ahli-ahli atau penyokong PAS) berpindah menyempurnakan solat jemaah di masjid baru. Hanya solat Zuhur dan Asar sahaja dibuat di masjid lama, atas arahan imam demi menjaga pahala wakaf orang tua-tua.
Apabila imam tua meninggal dunia, Hj Shabudin Ismail dilantik menjadi imam tua dan Abd Hani (juga ahli PAS) dilantik sebagai imam muda. Keadaan perkembangan agama dan penghayatan Islam di Kg Tasek Chempedak amat menggalakkan. Semakin ramai anak-anak muda datang ke masjid. Banyak aktiviti masjid dapat dijalankan dengan sempurna. Dan t ida k pula timbul ketegangan antara anak kariah walaupun berbeda kepercayaan politik.
Keadaan aman damai penuh muhibbah itu berjalan lancar selama lebih 10 tahun. Kuliah pengajian dapat dianjurkan hampir setiap malam. Ramai kalangan pendakwah dan para ustaz dapat menabur bakti mengajar setiap malam.
Pengerusi masjid ketika itu, Allahyarham Ramli Mat Zin, walaupun ahli Umno, yang juga pesara polis, namun beliau t ida k peduli sangat tentang kelas pengajian di masjid kerana beliau sendiri amat jarang datang sembahyang di masjid kecuali jumaat. Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 2002, jawatan pengerusi telah dipangku oleh setiausahanya iaitu Abdullah Ibrahim (Pak Dollah).
Pengerusi masjid berfikiran terbuka Pak Dollah, juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, merupakan orang kampung yang berfikiran terbuka dan bersedia untuk membangunkan Islam di Kampung Tasek Chempedak. Baginya, t ida k penting latar belakang kecenderungan politik seseorang ustaz, asalkan dapat mengajar agama dengan baik di masjid.
Ini menyebabkan terdapat segelintir penduduk kampung yang 'sakit hati'. Pada awal tahun 2006 beberapa orang kuat Umno (antaranya Ahmad Lebai Kasim, Razak dan Zakaria Saad) telah berpakat melaporkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan alasan Masjid Tasek Chempedak telah diambil alih oleh penyokong parti pembangkang. Mereka juga mendesak supaya Ahmad Lebai Kasim dilantik menjadi pengerusi masjid.
Apabila perlantikan beliau dibuat, berlaku pula kematian imam muda masjid, Abd Hani, dan dengan menggunakan kuasa pengerusi, Ahmad Lebai Kasim melantik Zakaria Saad sebagai Imam II dan Hj Ahmad (juga orang kuat Umno) menjadi Imam III, membelakangkan imam muda sedia ada, Hj Zaini Mahmood dan imam pelapis yang dekat dengan jemaah, iaitu Hj Zakaria Rejab.
Bagi orang-orang kampung, mereka t ida k mahu berimamkan Zakaria Saad kerana beliau mempunyai kes mahkamah berkaitan akhlak sewaktu menjadi imam di Taiping. Justeru, ramai jemaah yang t ida k senang dengan personalitinya itu.
Solat Jumaat di masjid lain
Apabila giliran Zakaria Saad menjadi khatib Jumaat, sebahagian besar orang kampung keluar sembahyang di daerah lain. Mungkin ada pembaca yang akan menimbulkan soal solat berasingan atau solat dua imam. Apa pun, bagi saya, dalam suasana seperti yang kami alami, hal itu sukar dielak.
Bersediakah kita berimamkan seseorang yang amat kita ragui akhlaknya dan personalitinya pula menjadi pertikaian umum? Bukan isu mereka menyokong Umno atau apa saja parti politik, yang penting, keperibadian sebagai seorang imam mesti dipelihara.
Keadaan ini berlaku sejak awal tahun 2006. Pada Ramadan lalu (2006), orang kampung berpakat untuk membuat majlis tazkirah, sedangkan pengerusi masjid t ida k bersetuju, maka masjid baru solat terawih 20 rakaat tanpa tazkirah. Masjid lama pula solat 8 rakaat dan dengan tazkirah.
Pada bulan Jun lalu pengerusi masjid baru telah membawa sekumpulan anggota polis dalam sebuah trak dan surat arahan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk menutup masjid lama. Masjid dikunci, t ida k dibenarkan sebarang aktiviti. Hingga hari ini masjid lama ditutup terus.
"Jahat hati-perut"
Akhirnya Hj Shabudin dipecat dari jawatan imam pada 27 Julai 2007. Pada 28 Julai 2007 Hj Shabudin ke masjid untuk solat Maghrib. Selesai azan semua tertunggu-tunggu kerana "imam Umno" t ida k datang ke masjid. Justeru, beliau disuruh menjadi imam. Mulanya Hj Shabudin teragak-agak untuk ke depan menjadi imam tetapi mengenangkan tiada imam bertauliah lain, maka beliau bersedia mengimami solat, tanpa terfikir bahawa suasana itu sebenarnya satu 'perangkap' kepadanya.
Juak-juak Umno yang "jahat hati-perut" itu terus mengambil kesempatan membuat laporan kepada polis memaklumkan bahawa Hj Shabudin, imam yang baru sehari dipecat, melakukan 'kesalahan', menjadi imam solat Maghrib! Dan lebih pelik apabila pihak keselamatan -- yang mempunyai pelbagai tugasan lain yang lebih mendesak, misalnya menangani jenayah yang kian berleluasa -- sepantas kilat mengerahkan sepasukan polis untuk menahan Hj Shabudin dalam masa 24 jam selepas laporan polis dibuat.
Pada 29 Julai jam 6.30 petang Hj Shabudin dan Zakaria Rejab ditahan polis atas dakwaan menjadi imam tanpa tauliah. Penduduk kampung yang rata-rata bersimpati dengan Hj Shabudin kemudiannya berkumpul dan berarak ke balai polis.
Mujur mereka dapat ditenangkan, jika t ida k mungkin petaka lain yang timbul. Jumlah mereka yang terbabit sekitar 100 orang. Mereka mendesak polis membebaskan Hj Shabudin dan Zakaria sambil memprotes tindakan polis kerana terikut-ikut dengan laporan pihak Umno yang berkepentingan politik.
Sewaktu soalsiasat Hj Shabudin menjelaskan bahawa beliau ke masjid hanya untuk solat tetapi ada jemaah yang mendorongnya untuk menjadi imam. Katanya, apa hak dia nak menghalang kemahuan jemaah. Sebagai imam lama tentulah para jemaah akan mempersilakannya ke depan, apatah lagi imam bertauliah tiada di situ.
"Kalau polis tak mahu orang kampung ikut saya berjemaah, saya minta polis keluarkan surat yang melarang saya ke masjid, insya-Allah saya t ida k akan ke masjid itu lagi," katanya sinis, membuatkan polis termangu-mangu!
Jam 10.30 malam mereka dibebaskan dengan jaminan mulut RM2000. Dan mereka berdua diminta datang ke mahkamah untuk perbicaraan pada 24 Ogos 2007. Sama-sama kita tunggu kes yang pastinya menarik perhatian ramai tetapi amat tragis buat umat yang prihatin!

***************************************
tuan-tuan melayu, jangan mudah lupa ........ ......

orang kuat Majlis agama islam Pulau Pinang adalah Yang Berhormat Shabudin Yahya.
Beliau juga adalah bekas Qadhi di negeri itu
Beliau juga kini wakil rakyat (ADUN) di negeri itu
Beliau juga Exco di negeri itu jika tak silap saya
Beliau juga orang kanan pergerakan pemuda umno negeri dan pusat

dan kebetulan juga, abang nya juga adalah bekas mufti Wilayah Persekutuan.

kesimpulan yang ingin saya utamakan di sini ialah kita juga perlu mengaitkan office bearer umno dan pentadbiran umno dan pemerintahan negeri, selain kejelikan mereka terhadap ugama.

wallahua'alam
Faisal
Pasir Gudang

Ulasan

Catatan Popular