Serang pembangkang habis-habisan
SIK 20 Julai – Para pemimpin UMNO perlu menyerang parti pembangkang habis-habisan jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, ia merupakan pendekatan terbaik bagi menghadapi pembangkang yang melakukan serangan bertubi-tubi terhadap parti kebelakangan ini.
‘‘Kita kena serang dulu kelemahan mereka kerana ia lebih berkesan berbanding corak defensif kita selama ini.
‘‘Dengan kata lain, jangan tunggu sehingga kita diserang barulah kita hendak menjawab tohmahan mereka.
‘‘Kita kena cari kelemahan pembangkang dan serang habis-habisan bagi memastikan mereka tidak lagi relevan pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik di sini hari ini.
Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO telah mempraktikkan pendekatan tersebut dengan melancarkan beberapa serangan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kelantan.
‘‘Kita serang kubu kuat Pas iaitu di Kelantan bagi tujuan membuka mata semua pihak bahawa Pas sebenarnya lemah dan tidak lagi relevan memerintah,’’ jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyeru pemimpin dan ahli UMNO semua peringkat agar memperhebatkan usaha mendaftar pemilih dalam kawasan masing-masing.
‘‘Jangan dengar desas-desus atau berteka-teki mengenai pilihan raya umum. Apa yang penting ialah perlu membuat persediaan termasuk memperhebatkan usaha mendaftar pengundi,’’ katanya.

Ulasan
Catat Ulasan