Penjajahan Jepun & Kemerdekaan- Satu Penilaian
Oleh alexanderwathern
"Betul Jepun mengganas. Benar PKM mengamok. Jepun mengganas tidak sampai empat tahun. PKM mengamok hanya dua minggu. Tapi… Feringgi menjajah 130 tahun! Wolanda menjajah 180 tahun! Orang Putih menjajah 130 tahun! Siapa yang lebih lama menghambakan kita? Siapa yang lebih banyak memakan darah dan keringat kita? Siapa yang lebih lama mencuri khazanah alam kita?
Siapa yang lebih banyak menyebabkan kematian orang-orang Melayu? Siapa yang lebih puas menodai kita? Siapa yang meruntuhkan masjid-masjid dan membongkar tulang-temulang dalam kuburan umat Islam Melayu? Keluarlah filem Bukit Kepong.
Keluarlah filem Leftenan Adnan. Keluarlah filem Paloh, Embun dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi… berbelas tahun menanti tayangan Pasir Salak, bila hendak disiapkan? Cerita pahlawan Mat Salleh pernah disiapkan, mengapa tiada filem Tok Janggut?
Mengapa tiada filem Dato’ Bahaman? Mana filem Patinggi Ali, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain? Mengapa saban tahun ketika merayakan ulang tahun kemerdekaan negara, kejahatan tentera Jepun dan PKM yang dicanang-canangkan?
Padahal dosa mereka tidak sebesar dosa bangsa-bangsa penjajah dari Barat! Barat mendahului penulisan sejarah, dilabelnya para pejuang tanah air sebagai penderhaka. Dilabelnya kaum asli Amerika sebagai penumpah darah. Dilabelnya Jepun dan Jerman dengan pelbagai label. Apa pentingnya label? Label sangat penting dalam perang saraf. Melalui label sokongan ramai mudah diperolehi.
Saidinia Ali dan para pendokongnya dilabel ‘Pelindung Pembunuh Saidina Uthman’, maka pihak-pihak yang berkepentingan berjaya menambah sokongan untuk merampas kekhalifahan. Para ulama dan keturunan Nabi Muhammad di Makkah dilabel ‘Penyubur Bidaah dan Kesyirikan’ agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan bagi menghalalkan serangan, pertumpahan darah dan penaklukan ke atasnya.
Parti Islam Se-Malaysia dilabel ‘Pro-Syiah” agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan yang akan menaikkan saham mereka. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dilabel ‘Berhala Quraisy’ untuk pihak berkepentingan meneguhkan kedudukan mereka. Ahmad Boestamam an Dr. Burhanuddin al-Helmy dilabel ‘Berhaluan Kiri’ dan ‘Pro-Komunis’ agar pihak-pihak berkepentingan menjayakan agenda mereka. Begitulah antara contoh-contoh tindakan melabel yang berkesan. Yang menghairankan kita, label-label buruk ini dilambakkan atas kepala tentera Jepun dan PKM sahaja.
Mengapa tidak berani dikenakan kepada pihak yang lebih layak mendapatnya iaitu British, Belanda dan Portugis? Digambarkan seolah-olah musuh kemerdekaan kita hanyalah Jepun dan komunis. Keluarlah lambakan cerita bagaimana perit dan deritanya penduduk pada zaman pemerintahan tentera Jepun yang sekadar tiga tahun lapan bulan itu. Juga lambakan cerita betapa sukar dan sengsaranya penduduk pada zaman darurat. Cuba kita koreksi balik, sebusuk-busuk zaman darurat, tapi pada zaman itulah kita mencapai kemerdekaan.
Seindah-indah zaman ‘tuan” dan “good morning”, kita berada dalam penjajahan! Kita sudah merdeka. Mengapa masih takut dengan para penjajah yang sudah balik negeri itu? Mengapa sebahagian hasil kekayaan bumi bertuah ini masih mengalir ke sana hingga ke hari ini? Mengapa untuk menyiapkan filem-filem yang menunjukkan keganasan penjajah Barat tidak berani kita keluarkan?
Mengapa sempena 31 Ogos media tidak berani mneyebarkan kisah-kisah penderitaan rakyat di bawah penajjahan Barat? Balik-balik Jepun dan komunis. Penjajahan Jepun memang memeritkan. Kita tidak menafikannya. Namun nisbah kutukan dan kekecewaan kita terhadap mereka biarlah adil. Yang mencabul kita ‘3 tahun 8 bulan’ dan ‘2 minggu’ itu dikutuk 10 kali tetapi yang mencabul kita ‘lebih 400 tahun’ dikutuk sekali dua sahaja?
Apabila disebut ‘merdeka’ maksudnya ada pihak yang kita lawan untuk mendapatkannya. Kita dapat kemedekaan daripada siapa? Jepun? Komunis? Bukankah sepatutnya pada setiap kali perayaan Merdeka kita sebarkan kepada rakyat perjuangan kita menentang mereka yang ‘memberi merdeka’ kepada kita itu?
Adakah kerana kita mendapat kemerdekaan melalui ‘runding-runding’ dan bukannya ‘runcing-runcing’ sebagaimana Indonesia maka penjajah disanjung tinggi? Ibrahim Yaakob pejuang kemerdekaan, dan dia berjaya mendapatkannya dalam erti kata sebenar.
Malangnya kemerdekaan itu dinafikan oleh British dan juak-juak mereka di sini. Kita lihat senarionya. Portugis mengalahkan Melaka lalu memerintah. Ketika itu merekalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Gabungan tentera Belanda, Johor dan naungannya berjaya mengalahkan Portugis.
Maksudnya kita telah merdeka. Malangnya kemerdekaan itu diragut pula oleh Belanda yang mengkhianati kita. Sempatlah kita merdeka beberapa hari. Ketika itu Belandalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Kemudian melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pihak penjajah bertukar suka sama suka.
Dari Singapura ke utara menjadi jajahan Inggeris (jika mereka mampu) manakala dari Riau-Lingga ke selatan menjadi jajahan Belanda (jika mereka mampu). Melaka dan naungannya yang asal jatuh ke tangan penjajah baru iaitu Inggeris. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Datanglah tentera Jepun.
Disebut tentera Jepun saja walaupun sebenarnya begitu banyak anggota bawahannya yang bukan bangsa Jepun. Tentera Jepun berjaya mengalahkan tentera British. Maksudnya yang menjajah ketiak itu adalah tentera Jepun. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. British bukan lagi penjajah kita, mereka sudah kalah. Pengeboman zalim oleh orang-orang bukan Islam iaitu para teroris sebenar dari Barat di Hiroshima dan Nagasaki mengorbankan ratusan ribu nyawa maNusia yang tidak bersalah. Orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, orang-orang kurang upaya, para ahli ibadat di kuil-kuil semuanya dihancurkan serentak tanpa ada pilih-pilih lagi.
Tentera Jepun di seluruh dunia diarahkan meletak senjata dan pulang dengan tangan kosong. Tentera Jepun di Tanah Melayu pun berbuat demikian juga walaupun mereka tidak kalah dengan mana-mana pasukan pejuang di sini sama ada kepada Force 136, Bintang Tiga, Bintang Lima, pasukan-pasukan anak watan dan lain-lain. Kepada siapa mereka meletakkan senjata? Kepada tentera British? Hakikatnya tidak. Hal ini kerana British sudah kalah dan bukan pemilik negara ini lagi! Tentera Jepun sebenarnya menyerahkan kembali pemerintahan kepada rakyat. Kita sudah merdeka!
Tapi… British dan para pendokongnya meracuni pemikiran rakyat dengan menggambarkan kononnya Jepun menyerahkan pemerintahan kembali kepada mereka. Cukup licik! Padahal tidak ada orang Inggeris yang memerintah di sini. Kelam-kabut orang-orang Inggeris dibawa masuk dan tiba dua minggu kemudiannya. Masa dua minggu untuk mentadbir semula jelas menunjukkan mereak bukan pemerintah, bukan pemilik dan bukan penjajah Tanah Melayu lagi. Dicanangnya keganasan komunis selama dua minggu itu lebih daripada keganasan Barat menjajah 400 tahun. Propagandanya cukup kuat hinggakan banyak orang-orang Melayu berakata, “Kalau British tak datang (menjajah) kita balik, habislah Tanah Melayu ni!” 'PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT'
alexanderwathern
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org "

Ulasan
Catat Ulasan