KOTA BHARU: 6 Julai – Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang di negeri Kelantan akan menerima rawatan haemodialisis secara percuma apabila Keluarga Bahagia Haemodialysis memulakan operasinya.Peringkat awal perlaksanaan dimulakan dengan pembukaan pusat rawatan tersebut yang pertama di Jalan Bayam, Kota Bharu, dua minggu selepas itu pusat yang kedua akan dibuka di Pasir Mas dan seterusnya pembukaan pusat haemodialisis akan dibuka di setiap daerah di negeri Kelantan ini.Perasmian pagi tadi itu dilakukan oleh Ahli Exco Negeri, Dato’ Hj Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan yang terpaksa menghadiri satu majlis lain di Jeli.
Menurut Pengarah Urusannya, En Shazali Shauf, selain menawarkan rawatan secara percuma beberapa perkhidmatan lain juga turt disediakan untuk para pesakit yang menerima rawatan di sini seperti kemudahan pengangkutan pergi dan balik, khidmat nasihat pakar, urut refleksologi dan juga kelas agama.Semua ini dilakukan untuk memberikan kepuasan dan kesedaran kepada pesakit bahawa apa yang menimpa mereka bukanlah satu bala atau musibah sebaliknya ia merupakan ujian oleh Allah SWT kepada umatnya.
“Kita akan mengambil pesakit dalam jarak 10 hingga ke 30 kilometer dari pusat rawatan untuk menerima rawatan ini. Maknanya kita menyediakan pengangkutan untuk pesakit dibawa menerima rawatan dan setelah selesai, kita akan menghantar pesakit kerumah mereka semula” ujar beliau semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian.“Apa yang kita laksanakan melalui Keluarga Bahagia Haemodialysis dengan menyediakan pusat rawatan percuma yang pertama seumpamanya ini ialah untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh dan berjiwa kebajikan terutamanya kepada yang lemah atau yang sakit dan kebajikan adalah di antara tiang-tiang utama Islam yang syumul.
Yang sakit memerlukan perhatian kerana kesakitan telah memberikan mereka kelemahan dan kadang-kadang tidak berdaya untuk mengurus diri mereka sendiri. Dengan itu yang sihat mempunyai peluang untuk mendapat pahala dengan memberikan bagi perkhidmatan kepada yang sakit”. Ujar Husam semasa berucap merasmikan pusat rawatan ini.Pusat ini yang memberi perkhidmatan setiap hari kecuali hari jumaat adalah terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama.

Ulasan

Catatan Popular