Bangkai Helikopter Nuri Dijumpai
GENTING HIGHLANDS, 17 Julai -- Bangkai helikopter Nuri Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang sejak Jumaat lepas dijumpai di Gunung Bunga Buah, berhampiran Genting Sempah 1.24 tengah hari tadi oleh kumpulan pencarian darat, kata Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara DiRaja Malaysia Mejar Zulkiflee Abdul Latiff TUDM ,demikian laporan Bernama.
Kesemua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia terkorban dalam nahas helikopter Nuri, menurut kenyataan TUDM hari ini.
Pesawat Nuri dengan no pendaftaran M23-14 ini dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan untuk tugasan SAR ( Search and Rescue) standy by apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas.
Penulis yang pernah bertugas di skuadron ke 10 TUDM KL sejak tahun 1995 hingga 2005 adalah bekas rakan setugas kepada 2 anggota krew kejuruteraan yang turut menjadi mangsa dalam kemalangan ini. Allahyarham LUK Saifulizam pernah bertugas dibawah seliaan penulis merupakan seorang anggota ketukangngan Rangka Kapal Terbang (AirFrame ) yang cukup dedekasi dengan tugas .
Sementara Allahyarham LUK Muhammad Ridzuan dari ketukangan Enjin adalah kenalan rapat penulis. Malah Alllahyarham LUK Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama panggilan USTAZ ENJIN ini pernah bermalam dirumah penulis. Mengimbau kenangan bersama Ustaz Enjin yang berkelulusan SPM dan 4 thanawi dari Sekolah Menengah Agama Raudhautul Ulum , Langgar Kedah,penulis cukup mesra dengan beliau.Kami bekerja dalam syift yang sama berbanding dengan Allayarham LUK Saifulizam yang bertugas berlainan syift dengan penulis waktu itu. Seorang yang tidak banyak cakap dan lebih banyak bekerja tanpa pernah merungut.Allahyarham Ustaz Enjin ini dikenali sebagai seorang juruteknik yang cukup berpengetahuan dalam jurusan ketukangannya dan sangat mengutamakan solat .Malah beliau akan mengajak sahabat- sahabat lain untuk sama- sama berjemaah di surau Krew Kejureteraan No 10 Skuadron bila tiba waktu solat.
Sementara 4 orang lagi mangsa yang telibat adalah anggota yang baru ditukarkan ke skuadron ini. Penulis tidak sempat bertemu mereka kerana penulis telah tamat dari perkhidmatan TUDM ketika mereka mula bertugas di 10 Skuadron.
Daripada Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. . Untuk kesemua PERWIRA NEGARA yang telah pergi meninggalkan kita, marilah bersama kita hadiahkan Al Fatihah . MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH MEREKA . AMIN
Ulasan
Catat Ulasan