Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca





Saya telah menyatakan sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dilawan dahulu. Saya juga sedang mencari orang yang berwibawa dan dihormati untuk menubuh dan mengetuai Malaysian Against Election Commision.

Tentulah kartun teramat kartun kalau saya yang nak menjadi tekongnya.

Sementara itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendedahkan kejahatan SPR dan sifat-sifatnya yang lebih hina dari babi, jika ada.

Saya telah menjelaskan sejak 1998 lagi, ayat "lebih hina dari babi" adalah rekaan saya sendiri setelah teringatkan firman Allah terhadap orang-orang yang engkar kepada ajaran-Nya yang disifatkan-Nya "seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi" (Al-A'raf:179). Lebih buruk dari binatang ternak.

Antara binatang yang diternak manusia ialah babi.

Saya akan lawan dengan cara dan kemampuan saya sendiri. Termasuklah buat berita. Antaranya dalam berita bertajuk Ijok petanda jelas kemusnahan demokrasi, saya sengaja memetik ulangan pendedahan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang menceritakan pembohongan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Salahuddin menceritakan kembali bagaimana Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Hanifah Mydin serta beliau sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum yang menuntut tiga perkara itu.

"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.

"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata," kata beliau ketika mendedahkan pembohongan Pengerusi SPR itu.
Salahuddin pernah mengajak Abdul Rashid (mengapa sesetengah orang memanggilnya Ra-shit?) bersumpah dengan menggunakan kalimah-kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam iaitu waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa tidak terdapat sebarang penipuan dalam mana-mana pilihan raya.

Abdul Rashid membisu dan membatu.

Saya juga ingin mengajak Rashid bersumpah dengan menggunakan kalimah-kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam iaitu waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa beliau tidak tahu-menahu sama sekali tentang tong-tong undi yang diangkut untuk memastikan kemenangan seorang pembesar yang hampir kalah dalam Pilihan Raya Umum 1999 lalu. Pembesar itu menang dengan majoriti lebih sedikit 200 undi sahaja.

Hari ini muncul lagi berita yang mendedahkan kejahatan SPR bertajuk Pegawai pusat pengundian saksi perbuatan membeli undi yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Jika berita ini benar, perlukan kita menyertai pilihan raya dan mengundi dalam pilihan raya di dalam negara ini? Rakan yang sangat saya hormati dan kasihi, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menolak pemboikotan pilihan raya, pernah bertanya, "Kita tak nak pahala ka yang kita boikot pilihan raya ni?!" Saya juga ingin bertanya, dapat pahalakah menyedekahkan diri, masa dan harta kita untuk ditipu?

Saya tetap berpegang bahawa kejahatan SPR dan sifat-sifatnya yang lebih hina dari babi, jika ada, mestilah dimusnah dan dihapuskan dahulu. Baru boleh bercakap tentang pilihan raya. Baru boleh mengundi.

Tadi, dalam Malaysiakita, saya tulis sikit komen saya:

Ada kawan beritahu, elok juga Keadilan lawan di Ijok. Sekurang-kurangnya kita tahu belang sebenar BN. Apa selama ni tak reti-reti lagi ka?!!! Sebagai penyokong pembangkang, izinkan kutu ini bertanya; kita kalah, kita dedah, lepas tu kita buang lagi duit untuk ditipu dan diperbodohkan. Kita kalah lagi, kita dedah lagi, kalah, dedah, kalah... Apa sakit kita ni?!!! Sembelit fikiran?

Ulasan

Catatan Popular