Siapa yang membakar isu perkauman di Ijok?

Kalau saya mengajak para pengundi Melayu di Ijok agar mengundi Tan Sri Khalid atas dasar Tan Sri seorang Melayu yang beragama Islam, terus saya akan dicap membawa politik perkauman. Demikian juga kalau saya menyatakan bahawa masyarakat Islam wajib mengundi pemimpin yang beragama Islam, saya juga akan dituduh memain sentimen agama.
Undilah NAMMA PAIYAN di Ijok Lalu saya terpaksa menjauhkan diri dari perkara-perkara ini bimbang dituduh bermacam dan akhirnya yang akan rugi adalah peluang dan harapan Tan Sri yang sememangnya calon yang paling layak dan berhak mewakili penduduk Ijok.

Baiklah jangan main isu perkauman, jangan main isu agama. Tetapi bagaimana dengan kem BN? Adakah mereka juga begitu? Bagaimana dengan jentera MIC adakah mereka juga begitu apabila berhadapan dengan pengundi India?Dalam akhbar THE SUN hari ini semuanya tersingkap. Akhbar tersebut hari ini melaporkan aktiviti dan gerakerja Presiden MIC Samy Vellu:His voice is a little hoarse from all the speeches he has been making asking Indians to vote for NAMMA PAIYAN (our boy).Suara beliau sedikit garau akibat banyak berucap daqn dia telah merayu para pengundi India untuk mengundi NAMMA PAIYAN (orang kita).

K. Parthiban ORANG KITA?Apakah maksud Samy Vellu itu? Yang pasti orang kita itu tidak merujuk kepada MIC atau BN kerana bukan semua pengundi India yang lebih 29% itu adalah ahli MIC. Jadi isitlah ORANG KITA itu merujuk kepada siapa?Bagi saya dalam hal ini Samy Vellu lah yang sebenarnya memainkan isu perkauman. Beliau terdesak untuk memastikan yang 29% pengundi India di Ijok SOLID memberi undi kepada Parthiban lalu apakah cara terbaik selain menyatakan bahawa masyarakat India perlu mengundi orang India ataupun ORANG KITA dan menolak Tan Sri Khalid kerana Tan Sri bukan ORANG KITA, dia orang Melayu!

Demikianlah kerja BN.Khir Toyo masuk keluar kampung mengajak orang Melayu mengundi Parthiban kerana TIDAK BERDOSA memilih calon bukan Islam walaupun calon lawannya beragama Islam kerana Khir mendakwa memiliki nas yang membenarkannya! Manakala Samy Vellu pula masuk keluar estet mengajak masyarakat India mengundi Parthiban kerana beliau ORANG KITA.

BA dan PKR teruslah mengajak pengundi Ijok mengundi Tan Sri atas dasar jika menang maka sebagai wakil dan pemimpin yang beragama Islam, Tan Sri wajib memberikan keadilan dan membela semua pihak tidak kira Melayu, Cina dan India, kerana mereka semua warga Malaysia dan semuanya ORANG KITA belaka. Tolak politik perkauman, undilah Tan Sri Khalid!
posted by Roslan SMS

Ulasan

Catatan Popular