Siapa Ispani?

Tinjauan Harakahdaily di Bilik Gerakan Besar BA di Ijok, mendapati wujudnya keraguan dalam daftar pemilih apabila kad pengenalan seorang pengundi menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berumur lapan tahun atau 108 tahun.


Pengundi berkenaan yang dikenali sebagai Ispani Mohd Rejo, dari Bukit Badong, memiliki nombor pengenalan 990518-61-0029, dengan nombor lokalitinya 096/11/0/00 Bukit Badong.


Berdasarkan identiti berkenaan, keraguan timbul sama ada beliau dilahirkan pada tahun 1999 atau 1899. Sekiranya beliau lahir pada tahun 1999, umur beliau ketika mengundi 28 April ini baru mencecah lapan tahun, manakala berumur 108 tahun sekiranya lahir pada 1899.


Petugas BA di bilik gerakan itu menjelaskan kemungkinan besar Ispani berumur 108 tahun, dan telah meninggal dunia, bagaimanapun namanya tidak dikeluarkan dari daftar pemilih.


Ini kerana katanya, selain dari nombor kad pengenalan baru, Ispani turut memiliki nombor kad pengenalan lama, 1203758, yang biasanya dimiliki oleh rakyat Malaysia sebelum diperkenalkan Mykad.


Harakah dimaklumkan, pengesahan identiti Ispani itu hanya boleh dikenalpasti pada hari mengundi, di mana 'Polling Agent' dan 'Counting Agent' (PACA) yang bertugas melakukan pemeriksaan lanjut.


Ispani dikenalpasti akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, dengan nombor siri 1913, di saluran empat yang merupakan saluran bagi pengundi baru.

Ulasan

Catatan Popular