Parti Gerakan Sanggup Menang Walau memulakan Api Kekecohan

Oleh naftalena

Beberapa hari ini, hangat di kalangan media alternatif terhadap usul yang telah diluluskan pada Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan bagi mencadangkan pemecatan Mufti Perak.

Anehnya usul tersebut di war-warkan dalam keadaan suasana pilihanraya makin dekat. Komponen Gerakan sedia maklum bahawa perkara ini memang satu sensitiviti yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan agama di Malaysia. Umum mengetahui bahawa kes tersebut masih di peringkat siasatan, pasti pihak berkuasa dan kerajaan tidak mahu campurtangan dan provokasi dari mana-mana pihak.

Strategi tersirat pertama pihak Gerakan dalam memulakan langkah untuk membuat kekecohan dalam perpaduan kaum di Malaysia amat di kesali. Ternyata Gerakan bijak memilih mangsa, Mufti Perak memanglah satu ikon terhadap keperihatinan umat Islam mempertahankan agamanya.

Mereka sanggup menggunakan strategi ini semata-mata untuk kepentingan "political mileage" mereka. Walaupun terpaksa menggadai sifat jujur mereka bagi menipu dan merampas balik kepercayaan kaum bukan Islam di Malaysia terhadap Islam dan gerakan Islam itu sendiri, khususnya Pas.

Mengapa harus bertindak dengan usul sebegini? Tidakkah mereka menghormati pimpinan beragama Islam dalam BN itu sendiri. Tidakkah mereka merasa selamat dengan jaminan dari kalangan rakan Umno bahawa Malaysia sekarang ini sudahpun mencapai keamanan dan kestabilan kaum?

Pimpinan Pas telah banyak mengadaikan beberapa kepentingan satu pihak untuk dikongsi dengan pelbagai kaum di Malaysia. Islam pula dengan ayat-ayatnya menjamin agar Islam dapat menjamin kesejahteraan masyarakat yang di tadbir. Mengapa pihak Gerakan memulakan strategi yang sengaja menghina dan mencacat celakan proses persaingan sihat yang disepakati bersama selama ini?

Ulasan

Catatan Popular