AYAH YIN

Aku tak bulih nak tipu bahawa aku sedikit mengalirkan air mata bila baca statement berikut dalam Utusan Malaysia hari ini :

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

Berita sorang budak hilang ni dah jadi isu nasional minggu lepas. daripada mat2 rempit, sampai la ke menteri2 dan pegawai2 atasan polis masing2 berganding bahu mencari dia pagi petang siang malam. habih kedai2 kopi dan tiang2 talipon ditampal dengan muka budak ni. tak kurang juga dermawan dan hartawan yang berganding bahu berlumba2 nak bagi duit kepada sapa2 yang berjaya pulangkan yin, nama budak yang hilang ni tadi, ke pangkuan mak ayahnya yang merinduinya.

first time aku dengaq berita ni, kepala hotak aku dah sedikit celaru dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang perilaku mak ayahnya. dikatakan anaknya hilang kat sogo. untuk mereka yang tinggal dan menetap di kuala nerang atau hutan kampung dan tak pernah tengok pekan yang lebih besaq daripada pokok sena ataupun langgaq, ingin aku gambarkan bahawa sogo adalah sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah2 kotaraya kl yang mana kalau hari minggu - terutamanya kalau ada sales - kawasan tu kelihatan seperti sedang dikerumuni oleh manusia2 yang berpusu2 melarikan diri dari medan peperangan!

sogo. aku sendiri pun boleh hilang arah kalau tak kena gaya.

jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang mana? budak tu bukannya hilang sekejap. dah keluaq dari sogo, dah nak lintas jalan! aku tatau bila pasangan ni sedaq anak dia hilang. mungkin dalam perjalan balik ke ipoh kot. atau masa dah sampai rumah dan dok punggah barang belian kemudian baru sedaq yang depa terlupa beli kasut baru kat yin, dan pada masa tu la depa baru terpikir “..eh, mana yin?”.

aku tatau time bila depa perasan. tapi aku rasa kurang selesa dengan situasi macam ni.

walaubagaimanapun aku tak tolak bahawa benda ni boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang teramat cuai. tetapi nasib ayah yin ni baik, kerana kecuaiannya berlaku ketika Malaysia sedang dilanda demam pilihanraya umum. jika tidak, mungkin mereka boleh melupakan terus masalah terlupa beli kasut baru kat yin tu tadi, kerana sepertimana masalah orang2 hilang yang lainnya, sudah pasti masalah mereka juga akan dijadikan kes2 terpencil dalam fail siasatan kerajaan.

aku mengikuti berita ayah yin ni dengan penuh minat. dan perkara yang aku tak boleh lupakan ialah bila dia berjanji depan rakyat malaysia bahawa dia akan memaafkan dan tidak akan mengambil apa2 tindakan kepada mereka yang memulangkan anaknya. dalam pada masa yang sama, dia juga mengumumkan bahawa terdapat individu2 yang berjanji untuk memberikan ganjaran duit kepada sesiapa yang memulangkan anaknya.

akhirnya yin diserahkan semula oleh pasangan myanmar. pasangan yang tinggal di tempat yang boleh dikategorikan sebagai stor simpanan barang itu tadi kini sedang mengikuti proses untuk dibicarakan berkaitan sendiket mengemis. atau lebih tepat lagi, mereka ini disyaki memaksa yin untuk mengemas, dan mempunyai mala fide dengan menyimpan yin.

sebelum tulisan ni diteruskan, aku nak bagi clear bahawa aku menentang segala bentuk perancangan terancang kumpulan peminta sedekah tak kira had umur dalam usaha mengaut keuntungan yang cepat. full stop.

setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan, nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap keluarga myanmar tadi.

laporan demi laporan ke atas keluarga myanmar tadi lebih berbaur prejudis. salah satu soalan menarik yang ditanyakan kepada keluarga ini tadi ialah kenapa mereka tidak melaporkan kepada polis, dan - memetik dari laporan um - mereka menjawab - dan aku quote directly - “Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya bagaimana”.

bagi aku itu adalah satu statement yang sangat jujur datang daripada warga asing. kenapa aku kata statement jujur? sebab kita sendiri pun tak tau kat mana balai polis yang berdekatan dengan rumah kita! kalau pun kita tau, sapa2 yang pernah pi buat report kat balai polis mesti tak pernah terlepas daripada pengalaman “disoal seperti orang salah”! rumah kena rompak? “kenapa encik tak kunci elok2? kenapa encik tak bukak lampu? kenapa encik tak beritahu jiran? kenapa encik nak menyusahkan saya tengah2 malam ni menulis report untuk encik sedangkan gaji saya tak penah naik?”

habis bab polis, ayah yin pulak dalam akhbar yang sama hari ni dok belek kaki anak dia. kudis katanya. syak yang kemungkinan anak dia dah start dijadikan pengemis. mintak siasat supaya tak jadi benda yang sama pada orang lain.

soalan aku : mana dia kemaafaan dari hang sewaktu hang tengah susah dulu? mandia sifat kemanusiaan yang ada pada diri hang ketika hang menyesal dengan kealpaan dan kecuaian hang semasa beshopping di sogo sampai hilang anak dulu? manadia janji hang sebagai orang Islam!

myanmar ni tadi ambik, bela, bagi makan dengan apa yang dia mampu. mereka tak mampu bersekolah, tak dihiraukan oleh sesiapa. dicampak dari bumi myanmar ke tanah melayu, merempat tanpa diberi pembelaan sewajarnya - tetapi masih berhati perut untuk menjaga, memandikan, memberikan makan sedang mereka sendiri tak mampu untuk menyediakan kemudahan ke atas diri dan keluarga mereka. dan apa yang ayah yin harapkan lagi pada keluarga seperti ini? menatang anak mereka dengan mandian dan wangi2an dan menjamu makanan berkhasiat untuk yin sedangkan mereka sendiri tidak tahu nasib mereka di esok hari? apakah ayah yin mengharapkan mereka ini akan memakaikan yin dengan pakaian2 berjenama dari sogo dan menyediakan permainan2 malah dari toys r us sepanjang yin di bawah penjagaan mereka?

MEREKA ADALAH PENGEMIS! dan pengemis ini - yang saban hari hidupnya dihina, diludah, dihalau, dilayan seperti kucing kurap - sanggup berkongsi rezeki yang tidak pernah cukup untuk mereka, demi untuk memastikan yin terus hidup, terjaga dan terpelihara. di mana hati perut hang, ayah yin, sehingga sanggup prejudis sebegitu rupa?

bukankah sekarang menjadi tanggungjawab hang membalas budi mereka menjaga yin dengan memastikan mereka pula mendapat pembelaan sewajarnya? sekurang2nya memastikan, kalau pun tidak keseluruhan komuniti myanmar yang ada di situ, paling tidak keluarga pengemis ini sahaja diberikan tempat di jabatan kebajikan masyarakat untuk mengubah nasib mereka. ataupun membantu menyekolahkan anak2 mereka nanti. atau paling tidak membetulkan stor usang yang menjadi tempat mereka berteduh.

mereka menjaga, memberi makan, dan membelai yin dengan seadanya, dan ini ucapan terima kasih hang terhadap mereka? memersampahkan mereka yang telah sedia disampahkan oleh masyarakat? menambah kehinaan mereka yang telah sedia dihina oleh masyarakat seperti hang?

ayah yin. hari ni hang gembira sebab telah berjumpa dengan anak hang yang hilang. kembalilah dia semula dalam keluarga yang begitu merindui dan menyayanginya. peluklah dia, dan belailah dia seadanya. jagalah dia dan jadikan ini iktibar supaya hang tak hilangkannya sekali lagi nanti.

bergembiralah dengan benda yang hang telah berjumpa. walaupun secara tak sedarnya hang lansung tak peduli dengan satu perkara lagi yang hang sengaja hilangkan.

hang telah hilang maruah dan harga diri ke atas janji seorang saudara kepada saudaranya yang lain. mungkin inilah kesannya jika terlalu banyak dilimpahi lampu kamera dan ucapan tahniah tangan2 lembut pak2 menteri yang hidup mereka tidak pernah merawat kudis di kaki anak yang terpaksa membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki demi untuk meneruskan hidup di kemudian hari.

inilah realiti…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Ulasan

Catatan Popular