Feel good? Ikan "TEMENUNG" pun sombong!
Pilihan raya akan hanya diadakan apabila faktor "feel good" semakin baik, begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri yang baru-baru ini mendakwa bahawa rakyat Malaysia mempunyai tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi, bagaikan belum berpuas hati lagi dengan faktor "feel good" yang dibisingkannya sebelum itu.
Tidak mungkin Perdana Menteri belum berpuas hati dengan suasana "feel good" di negara ini. Bayangan "feel good" itu dapat dilihat dengan jelas apabila Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.
''Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'' katanya yang sebelum itu mengarahkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ahli keluarga mereka mengisyhtiharkan harta mereka.
Dalam tahun 2004, Perdana Menteri meraih undi yang cukup besar apabila beliau tampil dengan imej anak bertuah yang tidak pernah lupa dengan pesanan ibunya supaya kerja baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan jangan lupakan orang bawah.
Menjelang pilihan raya 2004 itu, Perdana Menteri juga dilihat tidak main-main ketika itu untuk memerangi rasuah apabila seorang menteri kabinet dan bekas bos Perwaja didakwa atas tuduhan rasuah. Perbicaraan kedua-duanya tak habis-habis sehingga kini.
Kali ini pun, Perdana Menteri dilihat mengasah senjata untuk menang besar.
''Petunjuk-petunjuk ekonomi seperti jumlah perdagangan negara pada tahun 2006 yang mencecah RM1 trilion dan peningkatan indeks komposit pasaran saham yang aktif, menunjukkan ekonomi negara sedang menuju ke arah yang meningkat maju," kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Tahun Baru Cina.
Perdana Menteri malah begitu yakin dengan suasana "feel good" di bawah kepimpinannya apabila menujumkan indeks pasaran saham akan mencapai lebih daripada 1,350 mata.
"Maka ini adalah satu indeks kita yang terbaik dalam sejarah," kata beliau penuh yakin.
Sayangnya, pasaran saham jatuh merudum sehingga menyebabkan Perdana Menteri dikecam kerana berlagak bagaikan perunding pasaran. Menambahkan sumbangnya irama "feel good" Perdana Menteri ialah apabila indeks Political and Economic Risk Consultancy (PERC) membuktikan rasuah di negara ini semakin parah.
Ramai yang menjangka Perdana Menteri akan menangani perkara itu dengan menyeret beberapa tokoh penting ke kandang yang tertuduh. Kenyataan-kenyataan Perdana Menteri tidak memperlihatkan beliau mahu menyelamatkan mereka, walaupun sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membayangkan Perdana Menteri enggan mengambil tindakan ke atas orang tertentu.
"Saya tidak boleh sebut nama..tapi saya yakin BPR tahu ini. Ada kes yang sudah diputus untuk diambil tindakan…tapi tak diambil tindakan. Tah kenapa saya tak tau lah," kata Dr Mahathir.
Lalu, lambat lagikah pilihan raya? Satu demi satu faktor-faktor "feel good" meruap dan menghilang sehingga tersesat semua ramalan dan paluan gendang "feel good" Perdana Menteri.
"Bukan "feel good" ekonomi yang Pak Lah kata. "Feel good" apa? Ikan temenung (ikan kembung) pun cukup sombong la ni. Sekilo lebih RM8 harga dia," kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
"Hang pergi Sungai Kerang dekat Taiping. Dekat kampung hang la. Orang sana kata kalau buat kenduri, kerabu taugeh tak bubuh kerang dah. Orang kaya ja yang bubuh kerang dalam kerabu taugeh. Kerang pun sombong jugak. Feel good?" katanya lagi.
Menurut beliau, yang Perdana Menteri maksudkan sebagai bertambah baiknya "feel good" itu ialah persediaan-persediaan khas untuk mengisytiharkan pilihan raya.
"Aku tak tau. Mungkin ada orang dalam SPR, dalam Jabatan Pendaftaran Negara yang tau," katanya.
posted by Penarik Beca at 3:02 AM 0 comments

Ulasan
Catat Ulasan