30 Apr 2007

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil N11 Ijok telah di sahkan .Barisan Nasional mencatatkan kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil terakhir yang diadakan dalam penggal ini.

Calon Barisan Nasional (BN) K. Parthiban mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1850 undi.

K. Parthiban menerima 5884 undi manakala calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima 4034 undi.Sebanyak 122 kertas undi diisytiharkan rosak.

Walaubagaimanapun, cuba kita baca komen dari rakan2 dalam forum Tranungkite seperti yang dipetik dibawah,

Akhirnya BA kalah di Ijok malah kita hanya menang 1 peti undi di Kg ijok. Apa dah jadi? Adakah rakyat Ijok mudah termakan umpan BN atau kita masih lagi lemah? Beri pandangan anda.

A=Sedih dgn hasil pemerintahan orang melayu yg melahirkan melayu yg berjuang tanpa prinsip yg diredhai dan sanggup bergaduh sesama bangsa demi menegakkan benang yang basah.
B=Bila sebut melayu seperti kata Datuk Tok Teng Sai adun bandar dulu.

"Selagi lembu makan rumput kita tak bimbang"

C=Jentera kerajaan/BN terlalu kuat.Daripada sumber wang yang banyak hinggalah kepada monopoli media massa.

Apa yang dapat dilihat daripada PRK ini,SPR masih tidak melakukan apa2 PERUBAHAN seperti yang dituntut www.bersih.org
[Kalah Menang adat bertanding.Aku terima kekalahan PKR dengan hati terbuka.Sekurang-kurangnya apabila PKR bertanding ,rakyat Ijok dapatlah merasa DURIAN RUNTUH.Itulah yang PALING PENTING!]

D=Pandangan saya secara kasar, kekalahan BA di IJOK adalah faktor:
1. rakyat malaysia dan Ijok khasnya masih mudah termakan umpan pembangunan yang di curahkan.
2. masalah calon BA yg saya fikir x berapa menonjol sebagai pemimpin rakyat bawahan walaupun dia seorang yg terkenal dlm koporat.
3. pengeliruan fakta oleh media massa cth siapa samseng.
4. rakyat masih lg berpegang kepada fikiran "jika x sokong kerajaan susah nak makan, nak kerja"
5. dan yg terbesar kesilapan calon BA yang tersasul minta sokong BN.

Tahniah rakyat Ijok kerana dapat wakil rakyat india yg baru.

Apa Pula pandangan anda? Sila Komen

28 Apr 2007

Selamat mengundi warga IJOK
أبو عمار28 Apr 2007 0 Komentar

maka hari ini telah ditetapkan oleh pengerusi SPR kita utk warga ijok menjalankan tanggung jawab mereka untuk memilih pemimpin mereka. saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua dan semoga anda semua dpt membuang undi dgn bijak.

Saya yakin warga ijok adalah dikalangan orang2 yg cerdik dan pandai untuk membezakan mana air dan mana api. Syurga dunia yg ditawarkan oleh BN belum tentu dpt menyelamatkan diri kita dari Neraka akhirat yg kekal abadi.. fikir2kan dan timbang2kan lah..

Allahu Akbar

27 Apr 2007

Siapa Ispani?
chedet27 Apr 2007 0 Komentar

Tinjauan Harakahdaily di Bilik Gerakan Besar BA di Ijok, mendapati wujudnya keraguan dalam daftar pemilih apabila kad pengenalan seorang pengundi menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berumur lapan tahun atau 108 tahun.


Pengundi berkenaan yang dikenali sebagai Ispani Mohd Rejo, dari Bukit Badong, memiliki nombor pengenalan 990518-61-0029, dengan nombor lokalitinya 096/11/0/00 Bukit Badong.


Berdasarkan identiti berkenaan, keraguan timbul sama ada beliau dilahirkan pada tahun 1999 atau 1899. Sekiranya beliau lahir pada tahun 1999, umur beliau ketika mengundi 28 April ini baru mencecah lapan tahun, manakala berumur 108 tahun sekiranya lahir pada 1899.


Petugas BA di bilik gerakan itu menjelaskan kemungkinan besar Ispani berumur 108 tahun, dan telah meninggal dunia, bagaimanapun namanya tidak dikeluarkan dari daftar pemilih.


Ini kerana katanya, selain dari nombor kad pengenalan baru, Ispani turut memiliki nombor kad pengenalan lama, 1203758, yang biasanya dimiliki oleh rakyat Malaysia sebelum diperkenalkan Mykad.


Harakah dimaklumkan, pengesahan identiti Ispani itu hanya boleh dikenalpasti pada hari mengundi, di mana 'Polling Agent' dan 'Counting Agent' (PACA) yang bertugas melakukan pemeriksaan lanjut.


Ispani dikenalpasti akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, dengan nombor siri 1913, di saluran empat yang merupakan saluran bagi pengundi baru.

25 Apr 2007

SEMPENA PESTA MEROGOL DEMOKRASI DI IJOK,,,
chedet25 Apr 2007 0 Komentar

Mari Kita cari jawapan kepada pendedahan berani pemangku Ketua Angkatan Muda KEadilan ini...

Kita teruskan dengan keperluan Dr Khir Toyo untuk menjawab apakah benar beliau telah meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga ‘quotation’ yang diberikan oleh JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, 5000 km bersamaan 5,000,000 meter, boleh anda bayangkan berapa keuntungan JAKS?

Khir terus membisu, beban pembuktian kian bertambah!

Untuk pendedahhan terdahulu sila kunjungi link dibawah
http://shamsuliskandar.wordpress.com/

24 Apr 2007

30% lulusan IPTA menganggur
chedet24 Apr 2007 0 Komentar

The Star Melayu

KUALA LUMPUR: Cuma 30 peratus pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini masih menganggur walaupun selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat berkata angka itu diperolehi hasil satu kajian pengesanan yang dilakukan oleh kementerian tahun lepas yang membabitkan 108,236 responden dari masing-masing 18 universiti awam dan politeknik.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau berkata kajian terhadap atas universiti awam mendapati dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian 42.2 peratus pelajar mendapat pekerjaan, manakala 31 peratus masih menganggur.

Selain itu, kataya 17.7 peratus pelajar melanjutkan pengajian, 1.8 peratus meneruskan pengajian dalam bidang lain, manakala 7.4 peratus menunggu tawaran latihan dalam bidang perguruan.

Ong berkata di politeknik pula 30.5 pelajar masih menganggur setelah enam bulan tamat pengajian manakala 49.8 peratus lagi berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh itu.

Katanya 18.4 peratus pelajar melanjutkan pelajaran manakala 1.2 peratus meningkatkan kemahiran dalam bidang lain manakala peratusan di kolej komuniti pula menunjukkan peratusan yang tidak banyak berbeza daripada universiti awam dan politeknik.

Beliau berkata pengangguran di kalangan siswazah didorong oleh banyak sebab termasuk bidang pengkhususan yang diambil tidak menepati keperluan semasa.

"Bagaimanapun, punca utama ialah sikap pelajar itu sendiri yang ada kalanya terlalu memilih pekerjaan," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada sesi soal jawab di sidang Dewan Rakyat, Ong berkata kerajaan sentiasa memantau kursus yang ditawarkan di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi mempastikan ia menepati kehendak pasaran kerja semasa.

Beliau berkata ini merupakan salah satu strategi pembangunan modal insan bagi memenuhi perancangan dan keperluan guna tenaga negara untuk menghadapi cabaran globalisasi.

"Kita akan sentiasa menyemak dan mengemas kini kurikulum IPTA agar ia sentiasa relevan dengan kehendak pasaran kerja.

"Selain itu, kementerian juga menyelaraskan latihan industri selama enam bulan bagi memberikan lebih pendedahan secara praktikal, kemahiran berkomunikasi dan pengalaman bekerja kepada pelajar sewaktu pengajian di IPTA, kataya. BERNAMA

Siapa yang membakar isu perkauman di Ijok?
chedet 0 Komentar

Kalau saya mengajak para pengundi Melayu di Ijok agar mengundi Tan Sri Khalid atas dasar Tan Sri seorang Melayu yang beragama Islam, terus saya akan dicap membawa politik perkauman. Demikian juga kalau saya menyatakan bahawa masyarakat Islam wajib mengundi pemimpin yang beragama Islam, saya juga akan dituduh memain sentimen agama.
Undilah NAMMA PAIYAN di Ijok Lalu saya terpaksa menjauhkan diri dari perkara-perkara ini bimbang dituduh bermacam dan akhirnya yang akan rugi adalah peluang dan harapan Tan Sri yang sememangnya calon yang paling layak dan berhak mewakili penduduk Ijok.

Baiklah jangan main isu perkauman, jangan main isu agama. Tetapi bagaimana dengan kem BN? Adakah mereka juga begitu? Bagaimana dengan jentera MIC adakah mereka juga begitu apabila berhadapan dengan pengundi India?Dalam akhbar THE SUN hari ini semuanya tersingkap. Akhbar tersebut hari ini melaporkan aktiviti dan gerakerja Presiden MIC Samy Vellu:His voice is a little hoarse from all the speeches he has been making asking Indians to vote for NAMMA PAIYAN (our boy).Suara beliau sedikit garau akibat banyak berucap daqn dia telah merayu para pengundi India untuk mengundi NAMMA PAIYAN (orang kita).

K. Parthiban ORANG KITA?Apakah maksud Samy Vellu itu? Yang pasti orang kita itu tidak merujuk kepada MIC atau BN kerana bukan semua pengundi India yang lebih 29% itu adalah ahli MIC. Jadi isitlah ORANG KITA itu merujuk kepada siapa?Bagi saya dalam hal ini Samy Vellu lah yang sebenarnya memainkan isu perkauman. Beliau terdesak untuk memastikan yang 29% pengundi India di Ijok SOLID memberi undi kepada Parthiban lalu apakah cara terbaik selain menyatakan bahawa masyarakat India perlu mengundi orang India ataupun ORANG KITA dan menolak Tan Sri Khalid kerana Tan Sri bukan ORANG KITA, dia orang Melayu!

Demikianlah kerja BN.Khir Toyo masuk keluar kampung mengajak orang Melayu mengundi Parthiban kerana TIDAK BERDOSA memilih calon bukan Islam walaupun calon lawannya beragama Islam kerana Khir mendakwa memiliki nas yang membenarkannya! Manakala Samy Vellu pula masuk keluar estet mengajak masyarakat India mengundi Parthiban kerana beliau ORANG KITA.

BA dan PKR teruslah mengajak pengundi Ijok mengundi Tan Sri atas dasar jika menang maka sebagai wakil dan pemimpin yang beragama Islam, Tan Sri wajib memberikan keadilan dan membela semua pihak tidak kira Melayu, Cina dan India, kerana mereka semua warga Malaysia dan semuanya ORANG KITA belaka. Tolak politik perkauman, undilah Tan Sri Khalid!
posted by Roslan SMS

UMPATAN YANG DIHARUSKAN ISLAM
chedet 0 Komentar


Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu.


Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:
1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.


2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.


3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.


4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.


5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.


6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.
Allah Taala menyebut dalam Surah An-Nisa': Awal Juzu' 6 :Ayat 148 yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah taala tidak menyukai Orang-orang yang Menyuarakan Keaiban orang dengan Kuat KECUALI Orang yang DIZALIMI dan Adalah Allah taala Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui "
Nabi Muhammad SAW pernah menyebut dalam Hadisnya yang bermaksud :
"Sebutlah KEJAHATAN / KEBURUKAN seseorang supaya Manusia berhati-hati dengannya"
wasallam

23 Apr 2007

Khir Toyo sebar ajaran sesat?
chedet23 Apr 2007 0 Komentar



Antara orang yang sedang berhempas-pulas bagi memastikan kemenangan calon BN K. Parthiban di Ijok sudah pastilah MB Selangor Khir Toyo. Khir sebagai Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri tidak sekali-kali dapat mengizinkan kekalahan BN kerana jika ia berlaku maka beliaulah yang nanti paling teruk menerima dan memikul bebannya nanti.

Kalah BN di Ijok bermakna gelaplah masa depan politik Khir samada dalam ekrajaan ataupun Umno sendiri.



Kerana itu siang-malam Khir berkampung di Ijok. Apa sahaja peruntukkan dan bantuan yang ada diperingkat ini semuanya disalurkan ke Ijok. Cuma yang menjadi disadvantage bagi Khir adalah hakikat bahwa calon BN di Ijok ini bukannya dari Umno tetapi dari MIC yang bertanding dalam kerusi majoriti Melayu. Sedangkan calon PKR adalah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Masyarakat Melayu di Ijok telah sekian lama menuntut agar kerusi DUN ini diserahkan kepada Umno. Terbaru sebelum penamaan calon pilihanraya kecil ini Umno Bahagian terus mendesak agar rayuan mereka dipertimbangkan kerana para pengundi Melayu sangat mengharapkan perkara ini. Namun tuntutan itu terus ditolak oleh pimpinan Umno Negeri.

Lalu Khir terpaksa mencipta hujah bagi meyakinkan masyarakat Melayu yang walaupun mereka majoriti di Ijok namun tidak salah dari apa segi pun untuk mereka mengundi calon BN yang bukan Melayu. Kalau Khir sekadar berhujah dari sudut tolak-ansur dan kerjasama, secara jujur saya menyatakan ia mungkin boleh didengari oleh masyarakat Melayu Ijok akan tetapi apabila beliau mula mereka-reka hukum dan nas semata-mata untuk menghalalkan tindakan beliau, saya merasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini agar masyarakat Melayu lebih berhati-hati.

Kata Khir dalam BERITA HARIAN hari ini:

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, pemerintah itu pernah melantik orang Kristian sebagai menteri. Jadi saya harap mereka yang bercakap ini mendapatkan fakta yang betul dan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan ayat al-Quran yang menyebut mengenainya

Kerajaan Islam memang sejak zaman-berzaman ada mengambil dan melantik menteri, penasihat dan pembantu dari kalangan masyarakat yang bukan Islam. Memang terdapat kelonggaran dalam hal ini tetapi kelonggrana itu tidaklah rasa saya sebagaimana yang cuba Khir bayangkan dala keadaannya di atas.

Khir berhujah berdasarkan pemerintahan Muawiyah iaitu Khalifah Islam selepas Saidina Ali bin Abi Talib ra., itu tidak mengapa, tetapi kata Khir beliau memiliki nas al Quran yang dapat mengukuhkan hujah beliau. Soalnya ada ke ayat al Quran yang menghalalkan memilih pemimpin bukan Islam di atas pemimpin yang Islam?

Jangan kita berani-berani mencipta dan mengada-adakan sesuatu yang tiada semata-mata kerana mahu memenangkan calon kita. Saya fikir bukan hanya orang Ijok malah orang Sg Besar dan di Sg Panjang pun nanti akan marah dan silap-silap bukan hanya Parthiban di Ijok, Khir di Sg Panjang pun terpelanting ditolak oleh rakyat.

Memang dalam suasan politik di Malaysia kita seharusnya mewujudkan suasana toleransi dan tolak-ansur. Di Ijok kita yakin Tan Sri Khalid yang walaupun seorang Melayu beragama Islam, namun beliau akan mampu menjadi pemimpin yang adil dan baik bukan hanya untuk masyarakat Melayu Islam tetapi juga bagi masyarakat yang bukan Silam termasuklah Cina dan India.

Siapakah yang bermain isu kaum dan agama sebenarnya? Saya difahamkan pihak JAIS pun telah diarah agar mengeluarkan teks khutbah Jumaat 27 April ini untuk menyeru penduduk Islam Ijok agar menerima calon BN tanpa ragu-ragu. Saya harap maklumat yang saya terima ini tidak benar, tetapi jika benar, maka Pusat Memurnikan Aqidah di Hulu Selangor perlu bersedia bagi menerima mereka yang megarah dan mereka yang sanggup melaksanakan arahan itu, untuk dipulihkan kerana sudah pasti mereka jenis yang bermasalah.

17 Apr 2007

AYAH YIN
chedet17 Apr 2007 0 Komentar

Aku tak bulih nak tipu bahawa aku sedikit mengalirkan air mata bila baca statement berikut dalam Utusan Malaysia hari ini :

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

Berita sorang budak hilang ni dah jadi isu nasional minggu lepas. daripada mat2 rempit, sampai la ke menteri2 dan pegawai2 atasan polis masing2 berganding bahu mencari dia pagi petang siang malam. habih kedai2 kopi dan tiang2 talipon ditampal dengan muka budak ni. tak kurang juga dermawan dan hartawan yang berganding bahu berlumba2 nak bagi duit kepada sapa2 yang berjaya pulangkan yin, nama budak yang hilang ni tadi, ke pangkuan mak ayahnya yang merinduinya.

first time aku dengaq berita ni, kepala hotak aku dah sedikit celaru dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang perilaku mak ayahnya. dikatakan anaknya hilang kat sogo. untuk mereka yang tinggal dan menetap di kuala nerang atau hutan kampung dan tak pernah tengok pekan yang lebih besaq daripada pokok sena ataupun langgaq, ingin aku gambarkan bahawa sogo adalah sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah2 kotaraya kl yang mana kalau hari minggu - terutamanya kalau ada sales - kawasan tu kelihatan seperti sedang dikerumuni oleh manusia2 yang berpusu2 melarikan diri dari medan peperangan!

sogo. aku sendiri pun boleh hilang arah kalau tak kena gaya.

jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang mana? budak tu bukannya hilang sekejap. dah keluaq dari sogo, dah nak lintas jalan! aku tatau bila pasangan ni sedaq anak dia hilang. mungkin dalam perjalan balik ke ipoh kot. atau masa dah sampai rumah dan dok punggah barang belian kemudian baru sedaq yang depa terlupa beli kasut baru kat yin, dan pada masa tu la depa baru terpikir “..eh, mana yin?”.

aku tatau time bila depa perasan. tapi aku rasa kurang selesa dengan situasi macam ni.

walaubagaimanapun aku tak tolak bahawa benda ni boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang teramat cuai. tetapi nasib ayah yin ni baik, kerana kecuaiannya berlaku ketika Malaysia sedang dilanda demam pilihanraya umum. jika tidak, mungkin mereka boleh melupakan terus masalah terlupa beli kasut baru kat yin tu tadi, kerana sepertimana masalah orang2 hilang yang lainnya, sudah pasti masalah mereka juga akan dijadikan kes2 terpencil dalam fail siasatan kerajaan.

aku mengikuti berita ayah yin ni dengan penuh minat. dan perkara yang aku tak boleh lupakan ialah bila dia berjanji depan rakyat malaysia bahawa dia akan memaafkan dan tidak akan mengambil apa2 tindakan kepada mereka yang memulangkan anaknya. dalam pada masa yang sama, dia juga mengumumkan bahawa terdapat individu2 yang berjanji untuk memberikan ganjaran duit kepada sesiapa yang memulangkan anaknya.

akhirnya yin diserahkan semula oleh pasangan myanmar. pasangan yang tinggal di tempat yang boleh dikategorikan sebagai stor simpanan barang itu tadi kini sedang mengikuti proses untuk dibicarakan berkaitan sendiket mengemis. atau lebih tepat lagi, mereka ini disyaki memaksa yin untuk mengemas, dan mempunyai mala fide dengan menyimpan yin.

sebelum tulisan ni diteruskan, aku nak bagi clear bahawa aku menentang segala bentuk perancangan terancang kumpulan peminta sedekah tak kira had umur dalam usaha mengaut keuntungan yang cepat. full stop.

setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan, nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap keluarga myanmar tadi.

laporan demi laporan ke atas keluarga myanmar tadi lebih berbaur prejudis. salah satu soalan menarik yang ditanyakan kepada keluarga ini tadi ialah kenapa mereka tidak melaporkan kepada polis, dan - memetik dari laporan um - mereka menjawab - dan aku quote directly - “Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya bagaimana”.

bagi aku itu adalah satu statement yang sangat jujur datang daripada warga asing. kenapa aku kata statement jujur? sebab kita sendiri pun tak tau kat mana balai polis yang berdekatan dengan rumah kita! kalau pun kita tau, sapa2 yang pernah pi buat report kat balai polis mesti tak pernah terlepas daripada pengalaman “disoal seperti orang salah”! rumah kena rompak? “kenapa encik tak kunci elok2? kenapa encik tak bukak lampu? kenapa encik tak beritahu jiran? kenapa encik nak menyusahkan saya tengah2 malam ni menulis report untuk encik sedangkan gaji saya tak penah naik?”

habis bab polis, ayah yin pulak dalam akhbar yang sama hari ni dok belek kaki anak dia. kudis katanya. syak yang kemungkinan anak dia dah start dijadikan pengemis. mintak siasat supaya tak jadi benda yang sama pada orang lain.

soalan aku : mana dia kemaafaan dari hang sewaktu hang tengah susah dulu? mandia sifat kemanusiaan yang ada pada diri hang ketika hang menyesal dengan kealpaan dan kecuaian hang semasa beshopping di sogo sampai hilang anak dulu? manadia janji hang sebagai orang Islam!

myanmar ni tadi ambik, bela, bagi makan dengan apa yang dia mampu. mereka tak mampu bersekolah, tak dihiraukan oleh sesiapa. dicampak dari bumi myanmar ke tanah melayu, merempat tanpa diberi pembelaan sewajarnya - tetapi masih berhati perut untuk menjaga, memandikan, memberikan makan sedang mereka sendiri tak mampu untuk menyediakan kemudahan ke atas diri dan keluarga mereka. dan apa yang ayah yin harapkan lagi pada keluarga seperti ini? menatang anak mereka dengan mandian dan wangi2an dan menjamu makanan berkhasiat untuk yin sedangkan mereka sendiri tidak tahu nasib mereka di esok hari? apakah ayah yin mengharapkan mereka ini akan memakaikan yin dengan pakaian2 berjenama dari sogo dan menyediakan permainan2 malah dari toys r us sepanjang yin di bawah penjagaan mereka?

MEREKA ADALAH PENGEMIS! dan pengemis ini - yang saban hari hidupnya dihina, diludah, dihalau, dilayan seperti kucing kurap - sanggup berkongsi rezeki yang tidak pernah cukup untuk mereka, demi untuk memastikan yin terus hidup, terjaga dan terpelihara. di mana hati perut hang, ayah yin, sehingga sanggup prejudis sebegitu rupa?

bukankah sekarang menjadi tanggungjawab hang membalas budi mereka menjaga yin dengan memastikan mereka pula mendapat pembelaan sewajarnya? sekurang2nya memastikan, kalau pun tidak keseluruhan komuniti myanmar yang ada di situ, paling tidak keluarga pengemis ini sahaja diberikan tempat di jabatan kebajikan masyarakat untuk mengubah nasib mereka. ataupun membantu menyekolahkan anak2 mereka nanti. atau paling tidak membetulkan stor usang yang menjadi tempat mereka berteduh.

mereka menjaga, memberi makan, dan membelai yin dengan seadanya, dan ini ucapan terima kasih hang terhadap mereka? memersampahkan mereka yang telah sedia disampahkan oleh masyarakat? menambah kehinaan mereka yang telah sedia dihina oleh masyarakat seperti hang?

ayah yin. hari ni hang gembira sebab telah berjumpa dengan anak hang yang hilang. kembalilah dia semula dalam keluarga yang begitu merindui dan menyayanginya. peluklah dia, dan belailah dia seadanya. jagalah dia dan jadikan ini iktibar supaya hang tak hilangkannya sekali lagi nanti.

bergembiralah dengan benda yang hang telah berjumpa. walaupun secara tak sedarnya hang lansung tak peduli dengan satu perkara lagi yang hang sengaja hilangkan.

hang telah hilang maruah dan harga diri ke atas janji seorang saudara kepada saudaranya yang lain. mungkin inilah kesannya jika terlalu banyak dilimpahi lampu kamera dan ucapan tahniah tangan2 lembut pak2 menteri yang hidup mereka tidak pernah merawat kudis di kaki anak yang terpaksa membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki demi untuk meneruskan hidup di kemudian hari.

inilah realiti…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

13 Apr 2007

BILA MUSIBAH MENIMPA
chedet13 Apr 2007 0 Komentar

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (QS. al-Baqarah:155- 157)

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,


"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)

11 Apr 2007

Pilihan raya kecil Ijok: Penamaan 19 April, pengundian 28 April
chedet11 Apr 2007 0 Komentar

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kawasan Ijok ialah pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian di sini hari ini selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu.

Marilah kita tumbangkan keegoan BN . Kita yakin jika sekiranya SPR benar- benar bersih.. PASTI BN akan menempah kuburnya tanpa nesan di IJOK... satu lagi episod yang akan menghidangkan timbunan janji manis dan longgokan projek mee segera... Bersama membantu menghukum BN.

DUNIA BARU ISLAM
chedet 0 Komentar

10 Apr 2007

Pendirian Tok Guru Nik Aziz
chedet10 Apr 2007 0 Komentar

Islam wajib memimpin dan bukannya diatur, dipapah dan dipimpin bagi memenuhi hajat keduniaan. Sesuai dengan sifatnya yang ditanzilkan daripada Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Mencipta alam seluruhnya, maka Islam perlu sentiasa diletakkan di atas. Sebarang usaha untuk meminggirnya atau berkongsi kuasa dengannya, apalagi menolaknya adalah sejenis syirik. Semuanya boleh dikira semacam pengkhianatan, penyelewengan dan ketidakadilan. Ini semata-mata kerana Adil itu ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Oleh kerana Islam itu tempatnya di atas, ia wajib berada di atas dalam serba serbi. Dalam semua keadaan, Islam mempunya Pasport Antarabangsa untuk keluar masuk bertutur daam apa jua isu tanpa berpintu.

Demi memastikan penyertaan yang berkesan, Parti Islam Semalaysia cukup percaya yang bidang politiklah sektor kehidupan yang paling mustahak ditumpukan kerana ia berkaitan dengan kuasa. Pentingnya kuasa kerana ia mencorak dasar. Kuasa yang tidak dikuasai dengan betul dan amanah akan membawa kepada pelbagai penyalahgunaan. Ini Kezaliman. Islamlah penapisnya.

Petikan Buku Pendirian Nik Aziz

PKR akan bertanding dalam
chedet 0 Komentar

Oleh Roslan SMS (http://n32.blogspot.com)
--------------------------------------------------------------------------------

Pengerusi Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa partinya akan bertanding di kerusi DUN N.16 Ijok ekoran kekosongan berikutan kematian ADUN-BN dari MIC di sana.

DUN Ijok ditandingi oleh PKR dalam PRU 2004 lalu dan calon mereka ketika itu tewas dengan majoriti 1,649 undi iaitu antara yang paling tipis bagi kerusi-kerusi yang ditandingi Barisan Alternatif (PAS dan PKR) seluruh Selangor ketika itu.

Ikuti kenyataan terbaru Tan Sri Khalid ini di WTV8 http://wtv8.tv

SILA KE ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com
roslansms@gmail.com

6 Apr 2007

Gambar Eksklusif DPPWM - Demo bantahan GERAKAN
أبو عمار6 Apr 2007 0 Komentar









Demonstrasi: Gerakan diberi tempoh seminggu
chedet 0 Komentar

Azamin Amin dan Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 April (Hrkh) - Amarah umat Islam sampai kemuncaknya apabila PAS Wilayah Persekutuan bersama-sama orang ramai berkumpul membantah usul Gerakan memecat Mufti Perak dan menggesa supaya usul tersebut ditarik balik dalam tempoh seminggu dan disertai permohonan maaf secara terbuka.

Kemarahan dan luahan bantahan itu disuarakan sewaktu perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat sebentar tadi bertempat di pekarangan Masjid Kampung Baru yang menghimpun ratusan umat Islam dan adalah lanjutan daripada penyerahan memo bantahan yang diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan pagi tadi di Pejabat Parti Gerakan dekat sini.

Harakahdaily difahamkan bertempat di pekarangan masjid negeri Perak di Ipoh juga diadakan perhimpunan aman diadalakan bagi tujuan yang sama.

Turut hadir sama dalam perhimpunan aman tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Mohammad Nor Mohd; Exco Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor; Ketua Pemuda PAS Wilayah dan wakil Pemuda Selangor serta Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).

Sepanduk 'Gerakan mohon maaf segera' diangkat, berserta laungan 'Hidup Islam' dan 'Hancur Kuffar' adalah antara isyarat jelas, rasa tidak puasa hati umat Islam terhadap insiden yang berlaku yang bakal menggugat keharmonian kaum.

Presiden Gerakan biadap dan 'mandi darah'

Exco Pemuda PAS Ridhuan Mohd Nor yang berucap sewaktu perhimpunan tersebut memberi amaran kepada mana-mana pihak khususnya Gerakan supaya jangan bersikap biadap dalam mencampuri supaya urusan adat istiadat orang melayu dan hal ehwal urusan agama islam yang telah dijamin haknya dalam perlembagaan negara.

"Presidennya jugalah yang secara biadap juga pernah mencadangkan supaya pelajaran agama Islam dihapuskan di sekolah-sekolah dan sekali lagi Gerakan cuba bermain api dan ini tidak boleh dibiarkan oleh umat Islam," ucapnya tegas.

Dalam masa yang sama Mohd Nor yang turut berucap menyoal sewaktu ucapannya sama ada umat Islam atau mana-mana organisasi, pertubuhan atau persatuan Islam pernah campur tangah dalam urusan hal ehwal agama Buddha, Kristian dan Hindu.

"Pernah kita minta sami-sami atau paderi dipecat?" soalnya dan serentak dijawab orang ramai 'tidak' dan mempersoalkan tindakan biadap secara biadap Gerakan tersebut.

Wakil Gamis yang turut berucap menyatakan bahawa mahasiswa akan bersama-sama mempertahankan hak-hak agama Islam dan instiutusi mufti supaya ianya tidak berulang lagi sejarah lama apabila tokoh-tokoh agama pernah disekat dan dihalang dalam menyampaikan kebenaran seperti Dato' Haron Din dan juga bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom.

Selain itu , wakil Pemuda PAS Selangor turut menyoalkan peranan Umno yang selama ini mendakwa membela agama Islam namun dalam isu ini berdiam diri sahaja dan turut melaungkan reaksi spontan agar umat Islam 'bermandi darah' demi mempertahankan kedaulatan agama Islam.

Sungguhpun perhimpunan ini berjalan secara aman namun ia tidak terlepas daripada pantauan lima anggota polis berpakaian seragam yang berada di luar kawasan masjid tersebut.

Rentetan Memo 9 menteri dan roadshow kumpulan artikel 11

Sementara itu, Ustaz Idris dalam keadaan sebak memanjatkan doa sebelum menutup acara perhimpunan aman tersebut dan pihak penganjur bergerak menuju ke Balai Polis Campbell untuk membuat laporan polis terhadap parti Gerakan berkaitan isu yang sama.

"Perkara ini berlaku disebabkan perlembagaan yang longgar, kegagalan Perdana Menteri untuk petahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi," kata Ustaz Idris ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut.

"Ianya rentetan daripada sembilan orang Menteri yang menghantar memorandum berhubung kes perlembagaan 121(1A)dan mereka sepatutnya sudah dipecat daripada kabinet," katanya lagi.

Katanya ini juga atas lanjutan golongan artikel 11 yag mengadakan roadshow dan kutipan di seluruh negara, yang mendapat 30 ribu tandatangan dan ini katanya telah tidak ditangani sebaiknya oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah.

"Gerakan melampaui batasan kerana telah melanggar kontrak sosial antara kita dengan mereka sejak 50 tahun merdeka yang disepakati bersama tanpa menyentuh hak-hak umat Islam dan orang melayu," katanya lagi.

Gerakan sengaja main sentimen api perkauman

Ketika ditanya wartawan berhubung laungan provokasi 'bermandi darah', beliau menjelaskan PAS dan umat Islam tidak mahu ianya berlaku sehingga ke tahap tersebut dan minta penyelesaian secara aman serta jangan ulangi sikap 'menyentuh' atau mencabar agama lain.

Ustaz Idris juga menjawab apabla diajukan soalan bahawa adakah Gerakan benar-benar faham atas isu yang berlaku dan tahu implikasi mempersoalkan urusan agama Islam?

"Gerakan faham...parti ini terdiri daripada orang yang berpendidikan dan profesional. Jadi sentimen ini sengaja diadakan untuk melihat kelemahan di bawah kepimpinan Abdullah dan ini seperti 'test market' mereka dengan pelbagai tuntutan," katanya lagi dan turut menambah sekiranya permohonan maaf tidak dibuat, tindakan susulan akan dibuat oleh PAS bersama-sama rakyat yang beragama Islam demi mempertahankan maruah agama daripada dicabuli di kemudian hari.

5 Apr 2007

Serahan Memorandumdan Demonstrasi Membantah Resolusi PARTI GERAKAN
chedet5 Apr 2007 0 Komentar

04 April 2007

Assalamualaikum w.w dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan SESI DIALOG DAN SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN dan desakan agar Parti Gerakan menarik balik resolusi yang telah diluluskan bagi memecat Mufti Negeri Perak. Sesi akan diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 6 April 2007 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Ibupejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Level 5, Menara PGRM,
8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 KUALA LUMPUR.

Satu sidang media akan diadakan selepas itu dan para wartawan di jemput hadir bagi membuat Liputan.

Selain itu, satu DEMONSTRASI AMAN BAGI MEMBANTAH TINDAKAN BIADAP PARTI GERAKAN turut diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 April 2007 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur

Seluruh Umat Islam di Lembah Kelang adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menzahirkan bantahan terhadap kebiadapan Parti Gerakan. Tuan/puan digalakan membawa banner atau sepanduk.

Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas sebarang provokasi dan tindakan subversif yang boleh menganggu keselamatan awam.

Satu LAPORAN POLIS juga akan dibuat bagi MENDAKWA PEMIMPIN PARTI GERAKAN yang terlibat ATAS TUDUHAN HASUTAN DAN CUBA MENIMBULKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM DAN AGAMA. Laporan ini akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh : 6 April 2007 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Balai Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur

Para wartawan dijemput hadir bagi membuat liputan dan salinan laporan.


Sekian. Terima Kasih

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

4 Apr 2007

Parti Gerakan Sanggup Menang Walau memulakan Api Kekecohan
chedet4 Apr 2007 0 Komentar

Oleh naftalena

Beberapa hari ini, hangat di kalangan media alternatif terhadap usul yang telah diluluskan pada Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan bagi mencadangkan pemecatan Mufti Perak.

Anehnya usul tersebut di war-warkan dalam keadaan suasana pilihanraya makin dekat. Komponen Gerakan sedia maklum bahawa perkara ini memang satu sensitiviti yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan agama di Malaysia. Umum mengetahui bahawa kes tersebut masih di peringkat siasatan, pasti pihak berkuasa dan kerajaan tidak mahu campurtangan dan provokasi dari mana-mana pihak.

Strategi tersirat pertama pihak Gerakan dalam memulakan langkah untuk membuat kekecohan dalam perpaduan kaum di Malaysia amat di kesali. Ternyata Gerakan bijak memilih mangsa, Mufti Perak memanglah satu ikon terhadap keperihatinan umat Islam mempertahankan agamanya.

Mereka sanggup menggunakan strategi ini semata-mata untuk kepentingan "political mileage" mereka. Walaupun terpaksa menggadai sifat jujur mereka bagi menipu dan merampas balik kepercayaan kaum bukan Islam di Malaysia terhadap Islam dan gerakan Islam itu sendiri, khususnya Pas.

Mengapa harus bertindak dengan usul sebegini? Tidakkah mereka menghormati pimpinan beragama Islam dalam BN itu sendiri. Tidakkah mereka merasa selamat dengan jaminan dari kalangan rakan Umno bahawa Malaysia sekarang ini sudahpun mencapai keamanan dan kestabilan kaum?

Pimpinan Pas telah banyak mengadaikan beberapa kepentingan satu pihak untuk dikongsi dengan pelbagai kaum di Malaysia. Islam pula dengan ayat-ayatnya menjamin agar Islam dapat menjamin kesejahteraan masyarakat yang di tadbir. Mengapa pihak Gerakan memulakan strategi yang sengaja menghina dan mencacat celakan proses persaingan sihat yang disepakati bersama selama ini?
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.