30 Mac 2007

Saifuddin tidak peduli dia ahli atau tidak ?
chedet30 Mac 2007 0 Komentar

Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu dilanda kejutan dengan tindakan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti…ada juga yang bertanya apa ceritanya pula tentang Saifuddin Nasution,seorang lagi bekas tokoh ternama parti itu yang kini ‘menyepi’ di Kelantan.

Ada juga desas desus mengatakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan (dulu Nasional) ini juga sudah meninggalkan PKR dan masuk PAS.

Namun begitu ketika dihubungi Saifuddin,calon Parti Keadilan yang pernah menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Lunas,Kedah memberi jawapan yang agak membingungkan.

Katanya dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR. “Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”katanya.

Saifuddin kini berkhidmat sebagai Pengurus Yayasan Tok Kenali,sebuah badan dibawah naungan parti PAS di Kota Bharu.

Beliau enggan mengulas mengenai tindakan Anuar Shaari,yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Timbalan Perdana Menteri dulu keluar parti serta beberapa kemelut termasuk ketegangan isu pencalonan jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya memang tidak suka cakap hal-hal masalah dalaman parti secara terbuka,”katanya.

Menyentuh tentang dirinya,Saifuddin mengakui beliau ‘ada masalah’ dengan beberapa orang dalam parti itu.

Ditanya apakah beliau sedia bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang jika ditawarkan tempat oleh parti itu,beliau berkata soal itu tidak timbul.

“Tak manis saya cakap hal-hal begitu,”katanya.

Menurut Saifuddin tumpuannya sekarang ialah berkhidmat sebaiknya sebagai pengurus yayasan yang diamanahkan keatasnya.

“Kini saya berpegang pada dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung,Itulah kesimpulan tentang diri saya sekarang yang dapat saya beri, ” katanya.


Posted by keadilan2007 at 9:13 AM http://keadilan2007.blogspot.com/2007/03/saifuddin-tidak-peduli-dia-ahli-atau.html

Inikah Wajah Isteri PM?
chedet 0 Komentar

Menurut maklumat, Abdullah Badawi dikatakan telah
menikah di Perth Australia pada 22 Januari lepas.
Isteri barunyanya seorang berketurunan Peranchis
bernama Jeanne Abdullah (nama asal Jeanne Danker).
Jeanne seorang janda kematian suami merupakan Pengurus
Kediaman Rasmi di Sri Perdana, Putrajaya.


Beliau juga
adalah adik ipar kepada bekas isteri Abdullah, Endon.

* Nota: Berita ini belum dapat disahkan 100%

- Lawan Tetap Lawan

30.03.2007 - Disiarkan tanpa suntingan

29 Mac 2007

HAIRAN SUNGGUH ( peringkat pengenalan jee ..ni)
chedet29 Mac 2007 0 Komentar

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal di dalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah ke atas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Bilamana pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan di bandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah di atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?



13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pula tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

15. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

16. Apabila Negeri yang pernah melaksanakan Kanun Syariahnya pada era kegemilangan - Melaka Al Umowiyyah akan menyambut Maulidurrarul Tahun ni deangan JOM HEBOH!!!!

Kepada Pengunjung yang nak memperpanjangkan artikel nie silalah emailkan kepada lobaipas@yahoo.com
Terimakasih

28 Mac 2007

Jihad Putera UMNO
chedet28 Mac 2007 0 Komentar

Dalam Buletin Utama siaran Khamis 22hb Mac yang lalu, ada disiarkan berita mengenai kumpulan penerjun payung Putera UMNO yang akan terjun di Kutub Utara tidak berapa lama lagi. Dalam siaran tersebut, ada ulasan dari bekas
imam Masjid Negara, Mohd. Pirdaus yang menyatakan bahawa penerjunan tersebut adalah satu jihad dengan alasan, semua perbuatan menaikkan nama Islam adalah satu jihad.

Saya jadi tersentak. "Ugh… UMNO sudah terdesak hendak dapatkan sokongan rakyat," bisik hati saya.
Cerita ini, cerita tentang 'keberanian' Putera UMNO ini memang sudah lama tersebar. Dan seperti mana kebiasaan, apa sahaja yang dilakukan oleh pihak parti pemerintah akan dilihat sebagai mulia dan bijak. Namun saya tidak
mahu komen tentang ini. Dan tentang penerjunan ini, walaupun disifatkan sebagai membazir oleh sesetengah pihak, bagi saya tidak menjadi masalah selagi ianya tidak menggunakan dana rakyat.



Tetapi tindakan melabelkan perbuatan ini sebagai satu jihad saya lihat sebagai melampau. Mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat peserta dan 'memuliakan' tindakan Putera UMNO tetapi sebenarnya ianya menjatuhkan
kemuliaan Jihad itu sendiri. Ia sebenarnya menghina Jihad. Menjadikan Jihad itu sebagai satu aktiviti biasa, seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kursus Biro Tatanegara (BTN).

Manakan tidak, cuba lihat para peserta yang bakal membuat penerjunan. Dengan rambut yang berwarna, terutama di bahagian jambul yang termasuk dalam anggota wajib wudhu, bolehkah orang seperti ini dilabelkan sebagai
mujahid? Mujahid UMNO, mungkin. Tetapi Mujahid Islam adalah jauh panggang dari api. Takkanlah hanya kerana kuliah agama yang diadakan pada setiap malam maka aktiviti ini sudah boleh dianggap Islamik?

Sekali lagi, saya tidak menentang program ini. Mungkin ada baiknya Putera UMNO memancing mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti sia-sia menyertai program ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh mereka lakukan. Hanya
saya terkilan dengan kenyataan bekas Imam Masjid negara. Mengapa memartabatkan mereka sehingga sebegitu rupa? Apa yang mulia sangat terjun di kutub utara itu?

Jika penerjunan itu dianggap satu jihad, satu kerja mulia, bagaimana pula dengan aktiviti keagamaan yang lain? Bagaimana dengan menuntu ilmu? Setahu saya, inilah aktiviti yang disebut sebagai satu jihad. Malahan, jika
seorang penuntut meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu atau dalam perjalanan ke arah itu, maka dia dikatakan mati syahid. Tetapi, apa yang UMNO lakukan kepada mereka?

Sekolah Agama Rakyat dipaksa tutup. Bantuan dihentikan. Malah sekolah ini dilabel sebagai sekolah pengganas. Apakah menuntut ilmu agama lebih hina dari terjun payung di kutub utara? Baiklah, bagaimana dengan menuntut ilmu
di sekolah-sekolah kerajaan? Para pelajar dinafikan hak mendapat bantuan dengan penamatan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Apakah menuntut ilmu ini juga tidak semulia perbuatan penerjunan Putera UMNO?

Bagaimana pula dengan pergerakan yang lain yang sibuk berusaha memartabatkan Islam dengan pelbagai cara dan bentuk? Bagaimana dengan kumpulan dakwah Jemaah Tabligh yang sering dihalang dalam tugas menyampai
mereka? Bukan setakat dikenakan bayaran apabila iktiqaf di masjid-masjid, bahkan di sesetengah surau milik UMNO, jemaah ini dilarang terus untuk mengunjunginya.

Apakah tugas menyampaikan ini juga tidak cukup mulia untuk diisytiharkan sebagai Jihad? Dan, bagaimana pula dengan kedudukan satu parti politik yang cuba meletakkan Islam sebagai sistem pentadbiran di Malaysia, yang cuba
mengamalkan Hukum Hudud yang telah diwajibkan. Mereka ini dituduh dengan pelbagai tuduhan palsu sedangkan, inila kerja memartabatkan Islam yang sebenarnya.

Bukan membuat penerjunan di Kutub Utara. Baiklah, setelah terjunan dibuat, apa kesannya kepada agama? Berapa ramai orang kafir yang dijangka akan memeluk agama Islam? Berapa ramai perbuatan mungkar dapat dihalang dan
perbuatan ma'ruf dapat diamalkan? Berapa ramai orang yang akan menyertai jemaah di masjid hanya kerana penerjunan ini? Lalu, dari segi apa hendak ia dikatakan satu jihad?

Jihad mestilah mengundang kebaikan kepada umat Islam secara umumnya. Seperti perperangan yang akan membuat orang kafir tunduk kepada Islam. Juga seperti menuntut ilmu. Tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu agama asalkan
dengan ilmu itu, kemaslahatan masyarakat sejagat terpelihara contohnya seperti menjadi doktor atau mekanik. Di sini, barulah boleh dilihat kemuliaan satu-satu perbuatan.

Saya betul-betul kecewa dengan kenyataan tersebut. Sesungguhnya Islam telah direndahkan martabatnya oleh sesetengah orang yang berkepentingan duniawi walaupun berpengetahuan mengenai Islam. Mujurlah saya kenal Pirdaus. Seorang yang sanggup melepaskan jawatan imamnya kerana yakin dapat menewaskan Datin Seri Dr. Wan Azizah di parlimen Permatang Pauh dengan alasan kerja sebagai ahli parlimen lebih mulia dari kerja sebagai imam…

Hairan juga. Dahulu ada segerombolan anak muda dari negara kita yang berusaha memasuki Iraq dan Palestin untuk menyertai mujahid di sana menentang keganasan tentera Amerika dan Zionis tetapi telah dihalang oleh parti pemerintah dengan alasan, ianya bukan satu jihad dan masuk ke negara yang sedang kucar-kacir akibat perperangan adalah membunuh diri. Rupanya, takrifan mereka mengenai jihad adalah berbeza.

Mereka juga mengatakan pengebom berani mati yang mengebom sebuah disko di Bali sebagai pengganas kerana membunuh nyawa yang tidak berdosa (Hm… Minum arak, bergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram masih tidak berdosa rupanya) dan membunuh diri rupanya kerana mereka menganggap jihad adalah membuat apa sahaja perkara yang telah dilakukan oleh orang kafir sebelum ini. Patutlah…

Saya sendiri tidak menyokong tindakan pengebom berani mati kerana bagi saya kudrat si pengebom masih boleh digunakan untuk tugas mulia yang lain. Tetapi untuk mengatakan mereka sebagai pengganas dan membunuh diri, bukan saya orangnya. Apatah lagi untuk mengangkat kerja yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat ini sebagai jihad… Er… Berapa ramai memeluk Islam selepas pelayaran Datuk Azhar Mansur dahulu ya???

P/S: Maaf jika ada yang terasa. Saya kira Malaysia sebuah negara Demokrasi…
Bukan?

Ditulis oleh Abu Naqibah

27 Mac 2007

Islam mula bertapak di PDRM
chedet27 Mac 2007 0 Komentar





Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Merdeka seorang pegawai kanan Polis membaca khutbah Jumaat. Sempena Sambutan Hari Polis ke 200 kita lihat sejarah tercipta apabila Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi menyampaikan khutbah Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Banyak-banyak negeri, sejarah tercipta di Serambi Mekah, Kelantan.

Kerana itu tiada yang lebih gembira melainkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz sehingga mencadangkan agar dimasa hadapan pegawai polis yang menyampaikan khutbah perlulah memegang rifel M16 mengantikan tongkat kerana Rasulullah saw sendiri memegang pedang ketika Baginda berkhutbah sebagai simbol kuasa.



Kata Tuan Guru lagi kandungan khutbah yang disampaikan perlulah menekankan hal-hal berkaitan mengurangkan perilaku jenayah serta membangkitkan kesedaran jemaah untuk senitasa bekerjasama dengan polis.

Terbukti Kelantan adalah bumi subur untuk membangkitkan Islam dan menjana perubahan terhadap melahirkan bibit-bibit masyarakat bertaqwa dikalangan segenap lapisan rakyat.

Usaha Datuk Abdul Rahim ini menjadi kebangaan bukan hanya dikalangan keluarga polis yang memiliki kesedaran Islam tetapi lebih-lebih lagi dikalangan seluruh masyarakat Islam dalam negara.

Mudah-mudahan akan lahir lebih ramai lagi anggota dan pegawai polis yang kental bertaqwa seumpama Datuk Rahim ini. Teringat saya akan cerita bapa saya semasa beliau berkhidmat di Bukit Aman dahulu, beliaulah bersama kalangan anggota yang celik Islam ketika itu membangunkan Surau di Bukit Aman (yang kini sudah lengkap dengan masjidnya sendiri). Beliau mengarahkan agar pembesar suara turut dipasang di tempat-tempat strategik sekitar Ibupejabat Polis Malaysia itu supaya anggota dan pegawai dapat mendengar suara azan apabila masuk waktu solat.

Tindakan beliau itu rupa-rupanya mengundang reaksi dari pegawai tertinggi di Bukit Aman (yang kini sudah pencen dan bekerja untuk Lubuk Judi di Genting Highlands). Kata pegawai terkanan itu, (lebih kurang bunyinya) apa anda ingat kita ini Polis Di Raja Islam ke, kita Polis Di Raja Malaysia tau!

Alahmadulillah kejahilan semakin berkurangan dari kalangan anggota dan pegawai polis hasil dari tindakan bersejarah Datuk Rahim ini, dan mudah-mudahan begitulah hendaknya berterusan insyallah.


posted by Roslan SMS 2:35:00 PM|Comments

MENGUTAMAKAN PERKARA SUNAT, MENGENEPIKAN PERKARA WAJIB
chedet 0 Komentar



Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah



Memang menjadi fitrah manusia suka berlumba-lumba dalam mencari sesuatu yang terbaik. Khusus dalam perkara ibadat, setiap orang Islam dituntut mencari kelebihan (fadilat) dan amal kebajikan sebagai pertaruhan dan bekalan di akhirat nanti. Perbuatan sedemikian adalah sifat orang-orang yang salih sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih”.

(Surah Ali Emran: 114)

Terdapat segolongan manusia yang tersilap fahaman dan tindakan kerana terlalu mementingkan amalan sunat sehingga perkara yang wajib dan fardhu terabai. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana orang berkenaan terkeliru oleh pahala besar yang dijanjikan sebagai ganjaran kepada amalan-amalan sunat. Keadaan inilah yang menjadikan mereka ghairah melakukan amalan-amalan sunat dan menyebabkan mereka tidak memberi perhatian yang lebih kepada perkara-perkara yang wajib. Sedangkan perkara wajib itu lebih utama dilaksanakan. Contohnya mengutamakan sembahyang sunat dengan sembahyang qadha.

Sembahyang itu wajib dilakukan oleh setiap orang Islam sebagai pengabdian dan tanda syukur kepada Allah Yang Maha Agung. Sembahyang itu diwajibkan ke atas orang Islam kerana ia merupakan salah satu daripada rukun Islam. Sembahyang juga adalah cahaya yang menerangkan jalan hidup yang sebenarnya dan cahaya bagi orang yang mengerjakannya di dunia dan akhirat. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya yang bermaksud :

Maksudnya: “Sesiapa yang memelihara sembahyang adalah baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan di Hari Kiamat. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya tidaklah ada cahaya baginya, petunjuk dan pertolongan dan dia pada Hari Kiamat nanti bersama dengan Firaun, Hamman, Qarun dan Ubai bin Khalaf”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Hukuman bagi orang yang meninggalkan sembahyang akan bergantung kepada keadaan sama ada ditinggalkan itu sengaja atau tidak sengaja. Jika sembahyang itu ditinggalkan dengan sengaja kerana ingkar tentang kewajipannya (tidak mengaku akan wajibnya hukum sembahyang), dalam keadaan ini orang yang ingkar itu dihukumkan kafir murtad dengan ijmak ulama. Mengenai hukum orang yang meninggalkan sembahyang dengan sebab malas padahal dengan iktiqad dia tahu akan wajibnya sembahyang itu, pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘e ialah dia dihukum bunuh secara hadd (setelah disuruh bertaubat ketika itu) dan tidak dihukumkan kafir.

Pendapat mengenai kekufuran orang-orang yang meninggalkan sembahyang dengan sebab malas sehingga habis waktunya adalah berdasarkan ayat-ayat Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Di antara ayat Al-Qur‘an yang menyifatkan mereka di Hari Kiamat nanti daripada golongan orang-orang kafir dan munafiq, sekalipun mereka hidup bersama dengan orang-orang Islam di mana mereka diperintahkan sujud (bersembahyang) tetapi tidak dikerjakan atau ditunaikan, sebagaimana gambaran yang diberikan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya :

“(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (Hari Kiamat), dan mereka diseru supaya sujud, maka mereka tidak dapat melakukannya. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan), sedang mereka dalam keadaan sihat”.

(Surah Al-Qalam: 42-43)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menyifatkan orang-orang yang meninggalkan sembahyang itu sebagai tanda tidak bersyukur terhadap keluarga dan harta yang diperolehinya, Baginda bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang meluputkan satu sembahyang, maka seolah-olah dia mengecilkan (menyempitkan) ahli keluarga dan hartanya”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari).

Berdasarkan ayat Al-Qur‘an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas, apa pun sebabnya kecuali kerana terlupa atau tertidur, maka meninggalkan sembahyang itu hukumnya berdosa dan wajib diqadhakan dengan segera.

Menurut Imam An-Nawawi bahawa sembahyang fardu yang luput dengan tiada uzur atau ditinggalkan sembahyang dengan sengaja, atau mencuaikan sembahyang tersebut ketika dalam pelayaran, atau lalai kerana menonton hiburan, maka wajib ke atasnya mengqadhakan sembahyang yang ditinggalkan atau dicuaikan itu dengan bersegera dan tidak boleh dilengah-lengahkan.



Dalam keadaan ini, menurut Ibnu Hajar Rahimahullah bahawa tidak harus bahkan haram bagi orang-orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja atau dengan tiada uzur menghabiskan masa dan waktunya dengan perkara-perkara lain sekalipun yang sunat sebelum mengqadhakan sembahyang fardhu yang ditinggalkannya itu, melainkan masanya itu digunakan bagi menunaikan perkara-perkara yang wajib seperti mencari nafkah untuk tanggunggannya.

Apa yang paling
chedet 0 Komentar


1.Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini->Mati
2.Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini->Masa Lalu
3.Apa yang paling besar di dunia ini->Nafsu
4.Apa yang paling berat di dunia ini->memegang AMANAH
5.Apa yang paling ringan di dunia ini->Meninggalkan Sholat
6.Apakah yang paling tajam di dunia ini->Lidah Manusia

23 Mac 2007

Apakah Najib Menghitung Hari?
chedet23 Mac 2007 0 Komentar



Oleh: Raja Petra Kamarudin - Malaysia Today

Ada satu bidalan Bahasa Inggeris di Malaysia yang bermaksud wang menguasai segala-galanya. Ataupun’ money controls all’ ataupun ‘MCA’. Tidaklah menghairankan kalau parti MCA disebut sebagai parti masyarakat tauke. Sesungguhnya MCA adalah mengenai perniagaan yang besar-besar. Apapun jadinya, MCA ternyata merupakan anjing suruhan kepada UMNO, abang tua dalam gagasan Barisan Nasional. Ada semacam satu undang-undang yang tidak bertulis betapa kaum Cina menguasai duit sedangkan orang Melayu (UMNO) menguasai politik negara ini. Namun demikian, apabila anda sudah menjadi kaya-raya, tentu ada kepinginkan sedikit kuasa politik ataupun sebaliknya, dan apabila


Itulah salah satu sebab kenapa saya tidak berminat berpolitik, tarikan untuk menjadi kaya adalah terlalu perkasa dan dalam politik anda mempunyai ruang untuk merangkul kuasa dan mudah dipaut oleh nafsu. Kini, saya hanya mengimpikan kekayaan itu, tetapi saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjadi demikian. Sebab kedua saya mengetepikan politik ialah kerana orang politik tidak boleh cakap apa yang dimaksudkannya dan tidak penuhi apa yang dicakapkannya. Seseorang politikus perlu menjadi seorang hipokrit dan saya lebih rela bercakap secara bebas dan tanpa takut-takut. Alasan yang ketiga semestinya disebabkan semua laluan ke Putrajaya hanya boleh diterokai melalui UMNO, Untuk berlenggang melalui anjung kuasa, seseorang mesti berjalan dahulu melalui dewan UMNO dan ini memang tidak menarik minat saya.

Kalau orang politik UMNO tidak mempunyai simpanan wang seperti yang diperolehi oleh orang Cina, ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai ruang untuk mendapatkan wang. Memang, orang Cina tahu buat duit, cara lama, melalui kerja kuat dan dengan berniaga, tetapi orang Politik UMNO boleh membuat duit dengan cara menggunakan ataupun lebih tepat lagi menyalahgunakan kuasa dan kekuasaan yang ada di tangan mereka. Apabila seseorang itu melalui anjung kuasa adalah amat mudah membalun harta negara seolah-olah itu harta bapak mereka. Memang inilah yang mereka lakukan tanpa segan-silu semahu nafsu.

Pada bulan September tahun lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah membelanjakan RM600 juta wang negara untuk memfaraidkannya kepada 191 cawangan UMNO. Setiap cawangan menerima sekitar RM3 juta yang kemudiannya diagihkan kepada segelintir ahli jawatankuasa UMNO yang terpilih kerana sokongan mereka itu yang amat ditagih. Pemberian itu dimasukkan dalam perkiraan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMNK9) sedangkan Parlimen mahupun Kabinet tidakpun memberikan kelulusan kepada perbelanjaan itu. Sesungguhnya gelagat demikian amat menekan dan memeranjatkan semua pihak. Tentu anda terfikir betapa marahnya rakyat Malaysia dengan salahguna kuasa itu dan yang menghairankan kita ialah hampir semua rakyat berdiam diri dan menelan air liur sahaja.

Timbalan Perdana Menteri Abdul Najib Tun Razak sedar betapa kisah ini tidak serasi pada dirinya. Siapa sahaja yang menguasai 191 cawangan UMNO sudah tentu akhirnya menguasai seluruh negara ini. Sesungguhnya ketua 191 cawangan UMNO yang menentukan siapa nanti yang akan menjadi Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Sudah menjadi adat di negara ini apabila Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri., walaupun tidak ada undang-undang yang berkata demikian. Satu pergerakan anti-Najib yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Najib (GAN) telah ditubuhkan pada tahun lalu untuk menentukan segala paku terakhir dapat dipasak dalam keranda yang disediakan untuk Najib.

Pada tahap awalnya Najib ketawa dan perlekeh keseluruhan agenda itu dan menganggapnya sebagai cakap kosong untuk mencetuskan perbalahan antara beliau dan bosnya. Bagi beliau orang yang dimaksudkan ‘bos’ itu tentulah Perdana Menteri. Akan tetapi Perdana Menteri tidak pula menganggap dirinya sebagai bos kepada Najib. Bagi Abdullah Ahmad Badawi, bos kepada Najib ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Inilah orangnya yang bertegas supaya Najib dilantik menjadi orang nombor dua terkuat di negara ini. Kalau kuasa pilihan terserah kepada Abdullah sudah pasti dia memilih Muhiyuddin Yassin yang sudah tentu pada hari ini merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Akhirnya Najib sedar juga akan konspirasi mahu menggulingkannya. Dia sudah sedar kini betapa dia sudah kehilangan sokongan mahagurunya - Mahathir. Seperti yang Mahathir katakan, adalah amat sukar untuk Najib menepis segala tohmahan yang melibatkannya dengan kemelut pembunuhan wanita Mongolia. Sama ada dia terlibat ataupun tidak adalah satu perkara lain pula. Mungkin juga Peguam Negara telah terlalu celupar dengan pengumuman terbuka di tahap awal perbicaraan kes itu dengan menyebut hanya tiga orang yang terlibat dan tidak ada pernglibatan malaun lain dalam kes itu. Hakikat dia perlu mengumumkan perkara itu demikian rupa adalah satu gambaran betapa banyak udang yang tersorok di sebalik batu. Apa sebenarnya tujuan beliau membuat pengumuman tidak ada pihak lain yang terlibat selain yang tertuduh? Pengumuman semacam itu membuatkan andaian betapa ada pihak lain yang terlibat menjadi semakin kencang dan merebak dengan pantas.

Sesungguhnya bukan apa yang dimaksudkan oleh Peguam Negara yang penting sangat. Malahan tidak juga kemungkinan apa yang akan terbongkar dalam perbicaraan itu nanti. Politik adalah melibatkan persepsi dan apa yang menjadi persepsi orang yang dianggap penting. Ada orang yang membuat andaian bahawa Najib berserta ataupun isterinya dan terlibat dalam perkara itu. Persepsi ini memanglah tidak adil, tetapi politik bukannya menjurus sangat kepada kesaksamaan. Politik adalah mengenai persepsi dan persepsi itu selalunya memang tidak adil langsung.

Pada mulanya Najib beranggapan dia hanya perlu diam membisu dan menunjukkan sokongan padunya terhadap Perdana Menteri kerana dia fikir ini adalah satu langkah yang paling selamat. Ketika berlaku kemelut Mahathir– Abdullah, Najib telah bertindak memberikan sokongannya kepada Perdana Menteri dengan harapan itu adalah satu isyarat yang jelas mengenai taat dan setianya. Akan tetapi langkah demikian bukannya dihiraukan langsung. Dia tidak berjaya meyakinkan Abdullah Badawi akan kesetiaan itu, sedangkan pada waktu yang sama dia kehilangan sokongan Mahathir yang kini nampak jelas betapa kesilapan besarnya yang kedua ialah memaksa Abdullah melantik Najib sebagai Timbalannya.

Bekas Bendahari UMNO merangkap Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah bertemu Perdana Menteri baru-baru ini setelah menerima pelawaan berbuat demikian. Apa yang diberitahu oleh Abdullah kepada Daim bolehlah ditafsirkan sebagai bermulanya pusingan terakhir untuk Najib. Daim adalah orang yang suka bercakap terus terang dan telah bertanya Abdullah dengan jelas kenapa dia mempercepatkan perbicaraan Razak Baginda setahun lebih awal daripada jadual perbicaraannya. Abdullah Badawi menjawab bahawa itu bukan urusan yang dilakukannya tetapi itu adalah kerja seseorang di pejabatnya. “Seseorang’ yang dimaksudkannya itu hanya boleh merupakan anak menantunya Khairy Jamaluddin.

Abdullah Badawi menjelaskan dengan lantang kepada Daim betapa dia lebih serasi dengan Muhiyuddin daripada Najib. Dia dapat bekerjasama lebih selesa dengan Muhiyuddin. Rumah Muhiyuddin yang dahulunya sentiasa lengang kini kerap dikunjungi ramai manusia kerana orang UMNO sudah mula sedar bahawa inilah insan yang bakal menggantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mereka mahu menonjolkan muka tarpal sebagai golongan yang mula-mula memberikan semangat pada beliau walaupun dia belum lagi mendapat jawatan itu. Demikianlah budaya UMNO di mana hanya yang menang dianggap penting dan yang kalah disisihkan seolah-olah dia sudah terkena penyakit kusta.

Perbicaraan pembunuhan yang membabitkan Razak Baginda memang tidak memberi keselesaan kepada Najib. Bahan bukti bahawa Najib pernah mengeluarkan sepucuk surat kepada Jabatan Imigeresen agar mengizinkan visa kepada si mati sudah berada dalam tangan pihak yang mahu melihat Najib mengambil persaraan awal. Bukti betapa Najib, Razak dan si mati pernah membuat lawatan luar negara bersama-sama memang berada di tangan pihak yang sama. Bahan bukti itu memang boleh diperkecilkan seandainya Najib membuat pengakuan sukarela untuk berundur daripada politik. Namun, kalau dia masih berdegil, bahan bukti itu boleh dikemukakan di mahkamah dan Najib menghadapi risiko yang lebih besar daripada kehilangan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Satu perkara yang akan menjadi begitu paling sukar untuk menjelaskan ialah pertemuan antara Ketua Inspektor dan Razak Baginda yang kini menghadapi tuduhan membunuh di pejabat Najib di mana si Ketua Inspektor telah membuat pengakuan yang dia pernah membunuh enam orang sebelum itu. Di sebalik pengakuan itu dia masih bersedia membunuh Razak Baginda menyelesaikan masalahnya dengan wanita Mongolia itu. Kisah ini termasuk kisah lawatan luar negara yang dibuat bersama Najib dan Razak serta surat Najib kepada Jabatan Imigeresen . menunjukkan wujudnya konspirasi di peringkat paling tertinggi dan seandainya semua itu masih tidak mencukupi untuk mengheret Najib dalam pembabitan pembunuhan, ia sudah tentu memadai meyakinkan negara ini betapa dia tidak seharusnya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Seandainya Abdullah Badawi menyingkirkan Najib hanya kerana dia lebih selesa dengan Muhiyuddin, sudah tentu ini akan mencetuskan satu krisis dalam UMNO. Akan tetapi usaha beliau menyingkirkan Najib berasaskan bahan bukti ini sudah tentu Abdullah dilihat sebagai melaksanakan sesuatu yang tepat.

Kini Najib perlu bertindak. Beliau tidak lagi mempunyai pilihan lain dalam perkara ini. Satu ketika dahulu dia beranggapan tidak perlu berbuat sesuatu selain berlagak yang dia setia di belakang Perdana Menteri. Pertukaran hakim dan tarikh perbicaraan Razak Baginda adalah sesuatu yang sungguh mendebarkan dengan andaian bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Jelas ini bukan isu pentadbiran mahkamah yang biasa. Sudah ada kuasa ghaib yang memainkan peranan di sebalik tabir menggoyahkan kedudukan Najib agar kecundang. Seandainya nama Najib di sebut dalam perbicaraan itu dan isteri beliau disapina untuk memberi keterangan pada perbicaraan nanti sudah tentu ini akan mencetuskan petaka yang akan menggugat kedudukan Najib. Apa yang mereka perlu laksanakan ialah mengulangi semula peristiwa ‘2 September 1998’ ke atas Najib dan dia akan menjadi bahan sejarah seperti yang pernah terjadi kepada Anwar Ibrahim hampir satu dekad yang lalu.

Untuk menentukan pertahanannya diperkasakan, Najib kini membawa bersamanya beberapa ketua cawangan UMNO menyertai rombongannya ke luar negara. Di tidak boleh menyogok ketua cawangan itu secara peribadi daripada sakunya walaupun dia memang mampu berbuat demikian, kerana dia berkemungkinan dituduh menggunakan politik wang dan boleh dipecat ataupun digantung daripada Parti. Jadi, dia membawa mereka menyertai lawatan keluar negara sebagai anggota rombongan dengan biayaan kerajaan.

Mahathir tidak fikir Najib akan berjaya mempertahankan dirinya. Anda sendiri dapat melihat betapa Mahathir sendiri sudah melembutkan kritikan beliau terhadap Abdullah Badawi kononnya disebabkan keadaannya yang kurang sihat dan para doktor sudah memberi nasihat agar Mahathir sentiasa tenang sebagai menjaga jantungnya yang perlu banyak rehat. Gelagat itu berubah kerana timbul kesedaran bahawa bukannya Abdullah yang semakin ketara akan berundur tetapi Najib. Akan tetapi Najib tidak akan menerima nasib begini dengan mudah tanpa bertarung. Dia akan bertarung mati-matian untuk mengekalkan kedudukannya. Dia mungkin boleh mencuba, seperti Anwar Ibrahim satu ketika yang mencubanya juga. Hakikatnya, dalam politik Malaysia apa yang diingini oleh Perdana Menteri, dia pasti mendapatnya.

22 Mac 2007

Video demo kenaikan tol di Summit USJ 18 Mac 2007
أبو عمار22 Mac 2007 0 Komentar

Lima orang ditahan didalam demo protes di depan Summit USJ, Subang Jaya Selangor.

Penahanan dibuat apabila para pendemo berkumpul selepas penganjur menyuruh semua pendemo untuk beredar selepas beberapa amaran dari pihak polis. Pihak polis bertindak ganas kepada Ketua Penerangan PAS Kawasan Gombak, Saari Sungib dan isteri.

sumber: malaysiakini

21 Mac 2007

Feel good? Ikan "TEMENUNG" pun sombong!
chedet21 Mac 2007 0 Komentar

Pilihan raya akan hanya diadakan apabila faktor "feel good" semakin baik, begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri yang baru-baru ini mendakwa bahawa rakyat Malaysia mempunyai tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi, bagaikan belum berpuas hati lagi dengan faktor "feel good" yang dibisingkannya sebelum itu.

Tidak mungkin Perdana Menteri belum berpuas hati dengan suasana "feel good" di negara ini. Bayangan "feel good" itu dapat dilihat dengan jelas apabila Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.

''Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'' katanya yang sebelum itu mengarahkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ahli keluarga mereka mengisyhtiharkan harta mereka.

Dalam tahun 2004, Perdana Menteri meraih undi yang cukup besar apabila beliau tampil dengan imej anak bertuah yang tidak pernah lupa dengan pesanan ibunya supaya kerja baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan jangan lupakan orang bawah.

Menjelang pilihan raya 2004 itu, Perdana Menteri juga dilihat tidak main-main ketika itu untuk memerangi rasuah apabila seorang menteri kabinet dan bekas bos Perwaja didakwa atas tuduhan rasuah. Perbicaraan kedua-duanya tak habis-habis sehingga kini.

Kali ini pun, Perdana Menteri dilihat mengasah senjata untuk menang besar.

''Petunjuk-petunjuk ekonomi seperti jumlah perdagangan negara pada tahun 2006 yang mencecah RM1 trilion dan peningkatan indeks komposit pasaran saham yang aktif, menunjukkan ekonomi negara sedang menuju ke arah yang meningkat maju," kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Tahun Baru Cina.

Perdana Menteri malah begitu yakin dengan suasana "feel good" di bawah kepimpinannya apabila menujumkan indeks pasaran saham akan mencapai lebih daripada 1,350 mata.

"Maka ini adalah satu indeks kita yang terbaik dalam sejarah," kata beliau penuh yakin.

Sayangnya, pasaran saham jatuh merudum sehingga menyebabkan Perdana Menteri dikecam kerana berlagak bagaikan perunding pasaran. Menambahkan sumbangnya irama "feel good" Perdana Menteri ialah apabila indeks Political and Economic Risk Consultancy (PERC) membuktikan rasuah di negara ini semakin parah.

Ramai yang menjangka Perdana Menteri akan menangani perkara itu dengan menyeret beberapa tokoh penting ke kandang yang tertuduh. Kenyataan-kenyataan Perdana Menteri tidak memperlihatkan beliau mahu menyelamatkan mereka, walaupun sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membayangkan Perdana Menteri enggan mengambil tindakan ke atas orang tertentu.

"Saya tidak boleh sebut nama..tapi saya yakin BPR tahu ini. Ada kes yang sudah diputus untuk diambil tindakan…tapi tak diambil tindakan. Tah kenapa saya tak tau lah," kata Dr Mahathir.

Lalu, lambat lagikah pilihan raya? Satu demi satu faktor-faktor "feel good" meruap dan menghilang sehingga tersesat semua ramalan dan paluan gendang "feel good" Perdana Menteri.

"Bukan "feel good" ekonomi yang Pak Lah kata. "Feel good" apa? Ikan temenung (ikan kembung) pun cukup sombong la ni. Sekilo lebih RM8 harga dia," kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Hang pergi Sungai Kerang dekat Taiping. Dekat kampung hang la. Orang sana kata kalau buat kenduri, kerabu taugeh tak bubuh kerang dah. Orang kaya ja yang bubuh kerang dalam kerabu taugeh. Kerang pun sombong jugak. Feel good?" katanya lagi.

Menurut beliau, yang Perdana Menteri maksudkan sebagai bertambah baiknya "feel good" itu ialah persediaan-persediaan khas untuk mengisytiharkan pilihan raya.

"Aku tak tau. Mungkin ada orang dalam SPR, dalam Jabatan Pendaftaran Negara yang tau," katanya.

posted by Penarik Beca at 3:02 AM 0 comments

Gerakan Sistematik Hapuskan Islam
أبو عمار 0 Komentar

Oleh TARMIZI MOHD JAM

Ahli Perhubungan merangkap Setiausaha JPN

PAS Wilayah Persekutuan


KES LINA JOY amat mengesankan. Beliau tidak memohon murtad tetapi mahu nama aga-manya (Islam) dalam kad pengenalan dibatalkan. Secara tidak langsung tindakannya itu mencabar ajaran Islam tentang murtad.

Bagitu juga dengan kontroversi ajaran sesat Ayah Pin di Besut. Ajaran krakpotnya didalangi pihak tertentu yang jelas tidak boleh menerima-nya tetapi semata-mata untuk mencabar Islam. Memorandum Majlis Bukan Islam yang dituju-kan kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 dulu, jelas memperincikan tuntutan dan desakan yang berbau anti Islam. Mereka mahu orang Islam diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah.

Di era kekuasaan Pak Lah yang lemah, kumpulan ini mendesak agar ditubuhkan satu badan berkanun IFC atau Inter-Faith Commission. Ia khas untuk menukar ajaran apa sahaja agama yang dirasa menyekat hak asasi manusia terma-suk ajaran Islam berkenaan murtad. Badan ini boleh memutuskan permohonan seseorang Islam yang hendak murtad.

Menurut draf rang undang-undang IFC yang dikemukakan pelopornya yakni Majlis Bukan Islam dalam Majlis Peguam; IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma undang-undang antarabangsa. Ini bererti aduan tidak akan dipu-tuskan mengikut acuan agama seseorang atau undang-undang sivil Malaysia yang sedia ada. Antara norma-norma antarabangsa itu adalah Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948.

Kes Lina Joy merupakan asakan strategi musuh terhadap Islam. Era 70an dan selepas itu, mere-ka mencari orang yang bakal murtad dalam kum-pulan masyarakat yang dhaif seperti anak luar nikah (zina) antara Islam dan bukan Islam.

Di Pulau Pinang, terdapat sebuah firma guaman yang aktif mengiklankan peristiharan murtad dalam akhbar The Star. Mereka mengikut satu ataur cara undang-undang yang dipanggil deed poll. Peristiharan seperti itu adalah cara yang digunakan di England oleh seorang yang hendak mengisytiharkan penukaran namanya. Tetapi, perisytiharan begini tiada kuasa disisi undang-undang di Malaysia. Maka, dari sinilah muncul idea penukaran nama melalui kad pengenalan.

Lina Joy cuba mengambil manfaat dari kelemahan Akta Pendaftaran Negara. Beberapa kes murtad pernah diluluskan oleh Jabatan Pen-daftaran seperti kes Kartini. Apabila JPN sedar kesilapan itu, maka syarat dibuat mana-mana orang Islam yang mahu tukar nama dari nama Islam kepada orang bukan Islam, pemohon hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Syarat inilah yang sedang dicabar oleh Lina Joy. Dalam mendengar hujah di Mahkamah Perseku-tuan, Hakim Besar Negara, Tun Ahmad Fairuz memberi peluang kepada Majlis Perunding Bukan Islam (pelopor IFC) berhujah bahawa orang Islam berhak untuk murtad.

Peluang dan peranan yang diberikan kepada mereka, mungkin baik bagi mendengar semua pihak yang berminat walaupun sama sekali tidak ada kepentingan dari segi hak mereka mempraktikkan agama mereka seperti yang disyorkan oleh Artikel 11 Perlembagaan.

Namun begitu, tindakan Mahkamah Rayuan Persekutuan boleh dianggap oleh kumpulan ini sebagai mengiktiraf hak mereka dalam kes murtad orang Islam dengan memberi ruang selesa untuk mereka campur tangan dalam urusan Islam. Ini benar-benar amat mengecewakan!

Kes Lina Joy adalah kali pertama membabitkan isu Artikel 11 (1) dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Islam yang menjadi identiti bangsa, kini sedang dirobek-robek. Selama ini ia tetap utuh sekalipun pernah dijajah lebih 500 tahun oleh kuasa besar Kristian di rantau ini. Definisi Melayu dalam Perlembagaan juga turut terancam dengan bahang panas dari kes Lina Joy ini.

Dibawah Akta Pendaftaran, mengkehendaki agama seseorang disebut sebagai satu-satunya ciri pengenalan pemiliknya. Ini menyulitkan Lina Joy memadamkan agama Islam pada kad pe-ngenalannya. Sebab itu, Lina Joy mencabar kua-sa JPN. Jabatan itu diberi kuasa mensyaratkan seorang yang hendak tukar nama Islam asalnya disebabkan murtad hendaklah mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Kes-kes lain seperti kes Moorthy dan Nyonya Tahir, kumpulan Artikel 11 yang seiya dengan IFC mendakwa hak orang bukan Islam di negara ini tidak dilindungi. Ia dipelopori oleh 14 NGO antaranya Suaram, Awam, Hakam, Sisters in Islam dan WAO. Kumpulan inilah juga yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Dan mereka jugalah yang mencadangkan penubuhan IFC!

Mereka mempersoalkan mengapa hak murtad diletakkan dibawah undang-undang Syariah? Fenomena ini ditambah dengan kedangkalan pemimpin Islam Umno dalam kerajaan yang turut memberikan kekuatan kepada kumpulan ini untuk terus menggapai impiannya.

Kebebalan Nazri Aziz, Menteri Di JPM dalam isu ini amat membimbangkan. Beliau bukan sa-haja gagal membela Islam malah turut menyokong kumpulan yang mahu merobek maruah Islam di negara ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang kufur dengan Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang, tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” - (An-Nahl:106)

Memanfaatkan usia
chedet 0 Komentar

p/s: memandangkan usia kita semakin hari semakin meningkat, maka sebaiknya kita manfaatkan saat saat ini untuk bermusahaba, elokkan kelakuan dan perangai yang tak baik.

Diriwayatkan daripada Barzah al-Aslamiy katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan bergerak kaki seseorang itu (di hari kiamat kelak), sehinggalah dia ditanya tentang umurnya, ke manakah ia dihabiskan. Tentang ilmunya, bagaimanakah dia menggunakannya. Tentang hartanya, dari manakah ia diperolehi dan untuk apakah ia dibelanjakan dan tentang tubuhnya, untuk apakah ia digunakan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya menghabiskan umur dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh Allah s.w.t dan ikhlas dalam melakukan amalan.
2- Galakan supaya mencari harta melalui cara yang betul supaya harta tersebut menjadi harta yang halal dan ia dapat dibelanjakan untuk kebaikan.
3- Dorongan supaya menjaga tubuh badan dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan menggunakannya untuk melakukan perkara-perkara yang diredai oleh Allah s.w.t.
4- Seseorang manusia digalakan supaya mencari ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t, supaya berguna untuk dirinya sendiri dan orang lain.

Doa:
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 286).

PM terlalu sibuk untuk jawab soalan di Parlimen
chedet 0 Komentar

Sebelum ini beliau telah mengarahkan ahli-ahli Parlimen khasnya dari BN agak mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan dewan. Bangkitkan tanpa gentar apa sahaja perkara dan masalah rakyat yang melibatkan kerajaan secara langsung.

Tiba-tiba apabila sampai giliran beliau untuk menjawab soalan di dewan, beliau ghaib

Menurut akhbar The Star, Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang dilaporkan sebagai berkata:

Why isnt he here? He is not showing a good example especially when he asked the MPs to perform better and more extraordinarily.
(Kenapa dia tiada di sini? Beliau tidak menunjukkan contoh yang baik kerana dalam waktu yang sama beliau mengarahkan ahli-ahli parlimen agar berkerja lebih baik)




Beliau yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri Dollah Badawi. Semasa sessi soal jawab Kit Siang telah menyatakan bahawa kerajaan telah gagal menunaikan janjinya 40 bulan kebelakangan sehingga rakyat kini telah hilang keyakinan terhadapnya.

Nazri Aziz, Menteri di JPM telah bertindak menjawab soalan Ketua Pembangkang itu bagi pihak PM.

Menurut ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 (http://wtv8.tv/) memang terdapat peruntukkan bahawa PM dan anggota kabinetnya boleh meinggalkan dewan kiranya ada urusan mustahak dan segera yang perlu diselesaikan di luar dewan.

Soalnya apakah agaknya urusan penting Dollah semalam? Takkanlah tidak boleh tunggu sekadar 5-10 minit untuk menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat iaitu institusi perwakilan rakyat yang tertinggi dalam negara!?

Kata Nazri:

Pergi tengok diari beliau, PM ada banyak program lain. Dalam sistem kita, kita ada menteri tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab.

Demikianlah nasib kita lantaran sibuknya sangat PM, maka soalan dari rakyat tidak dapat dijawabnya sendiri dan terpaksalah orang suruhannya bangun untuk menajwab bagi pihaknya. Adakah PM benar-benar sibuk, atau tidak bersedia untuk menjawab, atau apa?

Roslan SMS
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.