31 Dis Himpunan TURUN; Dijamin Perlembagaan!!!!!





Barang siapa yang masih ragu-ragu untuk berhimpun pada hari ini 31.12.2013 sila hilangkan keraguan tersebut. Perlembagaan negara ada memperuntukkan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata dan bercakap untuk mengeluarkan buah fikiran.

Jika masih ragu juga, JUHAM ada menyediakan barisan peguam bagi membela anda selagi anda tidak melanggar undang-undang negara.

Ini kenyataan JUHAM

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyeru semua rakyat Malaysia agar tidak bimbang untuk bersoladiriti menyuarakan bantahan terhadap kezaliman Umno-BN pada malam tahun baharu ini.

Pengarahnya, Noorazmir Zakaria berkata, pihak polis harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno-BN yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.

Menurut beliau, perhimpunan aman tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan hati rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga barangan dan cukai perkhidmatan menjelang tahun 2014.

"Sejarah membuktikan Umno-BN akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan kerajaan itu hasil daripada pengorbanan dan penat lelah tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakah.

NO TELEFON PARA PEGUAM PAS

016 631 1133
016 643 5544
016 634 6633

Ulasan

Catatan Popular