POS MALAYSIA TERANCAM AKIBAT TRICUBES

KUALA LUMPUR, 20 April – Tricubes Berhad yang mendapat projek RM50 juta  bagi email 1 Malaysia akan membuat peruntukan awal RM5.3 juta untuk menggerakkan projek e-mel 1 Malaysia, tetapi akan bergantung pada penghantaran notis simpanan persaraan dan cukai pendapatan untuk meneruskan perkhidmatannya, yang ramai menganggap sebagai sesuatu yang tidak perlu.


Perkhidmatan akaun e-mel myemail.my akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Syarikat IT itu, yang kini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia ekoran masalah pematuhan peraturan kewangan berkata perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah yang banyak akan membolehkannya menampung perbelanjaan keseluruhan RM50 juta tanpa melibatkan kewangan kerajaan ataupun awam.

Ulasan

Catatan Popular