DATUK T AKAN SUMPAH DILAKNAT ESOK KAT MASJID AMRU AL AS

KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok.


Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta.

Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat.

“Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu.

“Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As,” katanya pada sidang media di sini.

..sekali lagi Masjid bakal dikotori oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab...

Ulasan

  1. alamak time solat 5 waktu x pernah nampak pun tetiba nak sumpah kat masjid tempat gua plak, harap tuk imam tolong sekat lain la kalau hang dok jemaah tiap hari aku caya la ni muka satu waktu pun tak pernah nampak kat sini.. jangan cemar masjid la dengan sumpah hang sumpah la kat dalam mahkamah qazaf kalau ada telur..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular