31 Jan 2013

ROSMAH KATE NAJIB TAK BAGITAU TARIKH PRU DIKAMAR TIDUR
Abu Nu'man31 Jan 2013 1 Komentar

Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.

Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

... hahahahaha ... memey la... ada benda lain yang Najib tungguuuuuuuuu.....





30 Jan 2013

AWAL2 LAGI POLIS DAH GAGAL BUKTIKAN MEREKA BAWA ANAK...HAHAH
Abu Nu'man30 Jan 2013 5 Komentar

 ... Awal-awal lagi polis dah gagal buktikan yang 14 individu terbabit membawa anak masuk ke dalam Stadium merdeka....hahaha... semua gambar di ambil di luar daripada stadium... cane nak kate salah sedangkan tak masuk stadium pun...hahahaha

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook polis KL.Kesemua mereka berdepan siasatan kerana melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan dijika didapati bersalah boleh di denda RM20, 000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

"Kami menggesa mereka untuk tampil ke hadapan secepat mungkin untuk memudahkan siasatan," kata Mohmad berkata.Beliau berkata polis yang tidak menetapkan tarikh akhir mengenai perkara itu tetapi menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu media, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.Menurutnya, tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

28 Jan 2013

GAMBAR YANG BUAT ORANG2 NAJIB PANAS PUNGGUNG
Abu Nu'man28 Jan 2013 2 Komentar


TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh

JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

TOK GURU JEMPUT SEMUA RAKYAT PENANG KE KELANTAN
Abu Nu'man 0 Komentar

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengahari tadi.

Menurutnya, mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Negeri Kelantan perlu dinaik tarafkan menjadi negeri yang lebih maju setanding negeri lain.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen.  Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancung tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Justeru itu sambung beliau, tidak hairan tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengistiharkan  tujuh agenda pembangunan semula kelantan.

Agenda itu, sekadar manis di bibir dan sedap mata kerana jika diukur itulah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang jika wang royalti diperolehi.

Menyentuh  mengenai kepentingan menjagai rumah Allah s.w.t beliau yang juga Pengerusi Majlis Syura  Ulamak PAS begitu bangga dapat bersembahyang sunat di atas tapak masjid tertua di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam katanya, mesti memelihara masjid kerana masjid merupakan tunggak perpaduan.

"Hilangnya masjid maka hilanglah seri tunggak Islam maka sebab itu kita disuruh mengimarahkan masjid.

"Nak masuk ke masjid langkah kaki kanan manakala kaki kiri untuk ke tandas.

"Insya Allah jika kita amalkan perbuatan yang disuruh sepertimana dalam Al Quran hidup kita akan berkat buat selama lamanya," terangnya.

Hadir sama ke program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man,  Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Adun Batu Uban, Raveentharan, Yang Dipertua PAS Jelutong, Yaacob Omar, Yang Dipertua Bayan Baru, Ahmad Rasdan Mohd Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan ramai lagi.

PERKASA TAKDE TELOQ TARIK BALIK ISU KALIMAH ALLAH...HAHAHA
Abu Nu'man 0 Komentar

Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, BN mengambil pendekatan agar kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa agar tidak lagi membangkitkan isu mahu membakar buku suci itu.

"Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan .

"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.

Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.

Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini. Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Tetapi menurut The Star Online, tiada siapa yang menghadiri pesta tersebut.

Syed Hassan berkata beliau mengetahui perkara ini, tetapi ahli Perkasa tidak ada niat untuk menghadiri pesta tersebut.

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengecewakan pemimpin gereja dengan mengeluarkan khutbah Jumaat lalu yang menyeru umat Islam berhati-hati dengan "musuh Islam" yang cuba mengelirukan umat Islam bahawa semua agama berkongsi Tuhan yang sama.

Pemimpin Islam dan Kristian saling bertikam lidah berkenaan isu kalimah "Allah", yang didakwa ekslusif untuk Tuhan umat Islam.

26 Jan 2013

PAS SANGGUP LETAK BUKAN ISLAM DARI BRAHIM KATAK
Abu Nu'man26 Jan 2013 0 Komentar


PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.

DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.

"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di Kuala Terengganu semalam.

... BAIK LETAK KATAK DARI bRAHIM KATAK....HAHAHAHA






HIMPUNAN HIJAU GESA ORG RAMAI TIDAK BERURUSAN DGN HSBC
Abu Nu'man 0 Komentar

Himpunan Hijau hari ini mengadakan protes di depan ibu pejabat HSBC Malaysia di Kuala Lumpur, kerana membantah hubungan perniagaan bank tersebut dengan syarikat nadir bumi Lynas Corporation.

Pengerusinya, Tack Wong mengetuai protes bersama dengan 15 ahli kumpulan anti-Lynas itu, kesemuanya berpakaian baju-T hijau.

Sebagai tanda protes, Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Lee

Chin Chen dan ahli kumpulan itu Connie Chong, mengunting kad kredit, sambil menggesa orang ramai "memutuskan urusan perniagaan" dengan bank tersebut.

Mereka mendakwa bank tersebut menjalankan urusniaga dengan syarikat yang mengendalikan operasi loji nadir bumi Lynas di di Gebeng, Kuantan, yang telah menimbulkan kebimbangan bahayanya terhadap alam sekitar.

Lebih 10 anggota polis dilihat berada di situ tetapi mereka tidak mengganggu kumpulan tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Wong yang baru saja tiba dari Sabah, berkata kad yang diguntingnya itu adalah milik abangnya.

Katanya, abangnya itu, seorang guru, menyerahkan kad itu pagi ini semasa menghantarnya ke lapangan terbang.



24 Jan 2013

SAHAM FGV JATUH SEBAB FITNAH... PUIHHH
Abu Nu'man24 Jan 2013 0 Komentar

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.
"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.

Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.

20 Jan 2013

PAK HASAN ALI HADIR USTAZAH UMMI BERKAWIN IKUT ISLAM
Abu Nu'man20 Jan 2013 8 Komentar


Perkahwinan "Pejuang Wanita Melayu" Akhirnya Berlangsung Malam kelmarin dengan Tema "SYURGA KHAYALAN" (Orang Nak Syurga Betul-Betul, Dia Nak Yang Khayal Pula) Antara Ummi Hafilda & Dr Zaman... Tetamu Terhormat Yang Hadir Adalah bos yang bayar dia selama ini... Najib & Rosmah... tidak lupa juga ulama kita Sheikh Hasan Al Ali


 ... jangan tengok benda lain....

SELAMAT PENGANTIN BARU, "WANITA" MELAYU TERAKHIR...

19 Jan 2013

TEKTIK TENTERA UPAHAN ROSMAH LIKE KOMEN SENDIRI
Abu Nu'man19 Jan 2013 0 Komentar

Tektik tentera upahan Rosmah (cybertrooper) untuk membolehkan komen-komen mereka berada pada kedudukan paling atas di Malaysiakini iaitu dengan cara mendapatkan like paling banyak. Namun mereka mendapatkan like-like palsu bagi tujuan busuk mereka itu.

Sebagai contoh lihat screenshot di bawah ini. Komentar bernama Anuwar Kasih ini adalah salah seorang cybertrooper Umno dan komennya berada paling atas di Malaysiakini kerana mendapat 170 likes palsu.



Bagaimana kita nak tahu sama ada likes tersebut palsu atau sah? Mudah sahaja, klik pada namanya Anwar Kasih itu anda akan terus ke profile beliau. Komen beliau di Malaysiakini turut terpapar di profile milik beliau. Seterusnya klik pada like yang diterimanya.



Selepas klik anda akan ditunjukkan kepada akaun-akaun yang telah memberikan likes kepada komen-komen cybertrooper Umno ini. Lihat, bukan manusia yang likes, sebaliknya page-page kosong yang dibuat oleh mereka.

Mereka sendiri komen, mereka sendiri like menggunakan halaman-halaman yang dibina oleh mereka sendiri. Taktik ini membolehkan mereka likes komen sendiri tanpa log in kepada banyak akaun. Tapi kantoi kah kah kah...



Anda boleh periksa sendiri akaun-akaun cybertrooper seperti ini. Mereka benar-benar terdesak untuk mempertahankan Rosmah Mansor. Lebih malang, ada juga cybertrooper yang malas buat kerja, makan gaji buta apabila nama-nama page yang dibuat langsung tak realistik seperti di bawah ini kah kah kah...




Alahai Umno, semua benda nak menipu, sampaikan likes pada komen pun nak juga ditipunya macam mana rakyat nak sokong kamu?

18 Jan 2013

ROSMAH BERSUMPAH XDE CINCIN RM24 JUTA... TAPI ADA MAHAL LAGI...
Abu Nu'man18 Jan 2013 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

Akan tetapi, isteri kepada perdana menteri itu mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut dalam majlis ucapan makan malam untuk veteran tentera di Kementerian Pertahanan disini malam tadi.
“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya.

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya meliahat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” katanya dalam ucapan.

Rosmah tidak memberitahu secara spesifik cincin mana yang beliau maksudkan.

.... aku punye mahal lagi....hahahahah

Deretan Rumah Terbakar di Sungai Mulia
Pejuang Muda 0 Komentar

Sekurang kurangnya 5 buah rumah terbakar di dalam Sungai Mulia.

Ada saksi setempat mengatakan kejadian berlaku sebelum solat Jumaat tadi dan hanya memakan masa 20minit untuk semua rumah hangus.

Dipercayai semua keluarga hanya sehelai sepinggang sahaja sekarang

Maklumat penuh sedang diusahakan..

17 Jan 2013

Zionis Mengganas Lagi Di Gaza!!!!
Pejuang Muda17 Jan 2013 0 Komentar

Sumber-sumber media Palestin pada Rabu (16/1/2013) melaporkan bahawa tentera Zionis Yahudi menembak beberapa peluru berpandu ke bahagian tengah Semenanjung Gaza, tanpa menimbulkan korban jiwa, demikian IMEMC melaporkan.

Saksi mata mengatakan bahawa tentera Yahudi menembak sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu ke sebuah lahan di kem-kem pelarian Al-Maghazi dan Al-Bureiij di Gaza Tengah.

 
klik di sini

15 Jan 2013

AZRUL BANK ISLAM DIGANTUNG KERJA
Abu Nu'man15 Jan 2013 0 Komentar

Seorang ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengesahkan digantung tugas susulan pembentangannya berhubung senario dalam pilihan raya umum akan datang.

Azrul menerima surat penggantungan kerja itu petang semalam atas dakwaan "melakukan salah laku yang serius".

Azrul bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui maksud dakwaan berkenaan namun mengesahkan ia berkaitan dengan pembentangannya di Singapura itu.

"Tindakan ini adalah jelas berniat politik. Saya tak tahu nak kata macam mana (lagi). Saya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Azrul tindakan penggantungan berkuat serta merta dan surat tersebut tidak menyebut tempoh penggantungan tersebut.

DIA JAHAT TAPI SALAHKAN TAK BERHIMPUN DI STADIUM DULU
Abu Nu'man 1 Komentar

 Hishamudin Hussein hari ini menyalahkan huru-hara yang berlaku ketika perhimpunan Bersih tahun lalu kerana pihak penganjur enggan menerima tawaran kerajaan untuk melangsungkan program di stadium.

|Dia ditanya tentang perhimpunan Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Dia berkata pihak berkuasa tidak menghalang perhimpunan, tetapi seharusnya “berhubung” sebelum melangsungkannya.

“Bila stadium ditawar dan stadium ditolak dan memang ada niat mengempurkan dalam insiden tertentu, itu jadi pengajaran kepada kita yang tidak boleh diulangi,”

....piiigiidaaa. dulu Bersih 2.0 kita mintak Stadium tak bagi... skrg salahkan kita... memeng jahat punye BN UMNO... rasa nak kahak je atas muka puak-puak nie...

14 Jan 2013

HKR KEHERAH : WALAU DIUGUT KEDUTAAN PELAJAR KITA TETAP BERHIMPUN
Abu Nu'man14 Jan 2013 1 Komentar


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
 -HD

NON-MUSLIM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH TAPI TAK BOLEH TERJEMAH
Abu Nu'man 0 Komentar

Kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapapun kerana ianya adalah alami (universal), kata Majlis Syura Ulamak PAS dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Dr Haron Din.
Semalam, Majlis Syura bermesyuarat bagi membincangkan kemelut dan kontroversi terbaru yang melibatkan kalimah Allah hingga mewujudkan polemik serta pelbagai pertikaian oleh banyak pihak.
“Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam,” kata Majlis Syura.
“Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.”
Dalam mesyuarat semalam juga menyaksikan PAS mengambil pendirian membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah tersebut tetapi melarang mana-mana kalimah asing yang hendak diterjemah kepada kalimah Allah.
“Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan,” kata satu kenyataan Majlis Syura.
“Ini kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.”
Dalam kenyataan itu lagi, Majlis Syura berharap ia dapat menjelaskan maksud kenyataan oleh Presiden PAS tersebut dan seluruh kepimpinan PAS.

KP WANGSA MAJU DIKURNIAKAN ANAK PADA HARI BERSEJARAH
Abu Nu'man 0 Komentar

Pada jam 11 malam pada hari bersejarah HKR#112 Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju dikurniakan Allah seorang putra. Semoga dirahmati Allah dan menjadi pembela agama Allah di masa hadapan.
yang pada asalnya dijadualkan due pada 17 Januari... namun selapas pulang dari HKR sekitar jam 6 petang ... diizinkan Allah selapas Maghrib 12 Januari telah menunjukkan tanda-tanda akan kelahiran ... perancangan Allah adalah yang terbaik...  TAKBIR!!!!

POLIS SAHKAN PROGRAM NAJIB XDE KANAK2
Abu Nu'man 0 Komentar

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri di Dataran Tesco Semenyih semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

“Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

“Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

“Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan.

... KESIAN KORANG KERANA DAPAT PM YANG BENGAP MACAM NAJIB!!!

MANA JATI? MCA BANTAH PANDUAN BERHIBUR ALA ISLAM
Abu Nu'man 0 Komentar

Presiden MCA aka pelakon cerita 'tot' Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Jan lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada garis panduan mengenai penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Feb depan.

Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Dr Chua berharap masyarakat Cina tidak menyokong perjuangan DAP kerana parti itu sering menyebabkan masyarakat itu berbalah selain mempengaruhi mereka untuk mengundi PAS dan sekali gus menyokong garis panduan yang menggugat kebebasan golongan bukan Islam.

... taknak ikut sambut kat Perak la...
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.