ORG KITA DITETAK... POLIS SALAHKAN KENYATANN TG NIK AZIZ




Polis menasihatkan semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan 'fatwa' yang boleh mengelirukan orang ramai sehingga berlakunya pergaduhan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka harus lebih bertanggungjawab dengan tidak sesuka hati mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak sepatutnya itu sehingga boleh mencetuskan ketegangan.

"Janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai, fatwa-fatwa yang meragukan kerana ia nanti akan dibincangkan oleh orang ramai.

"Perbincangan ini nanti akan menyebabkan kepada perbalahan dan akan diikuti pula dengan pergaduhan dan sebagainya terutamanya dalam tempoh pilihan raya ini.

"Jadi untuk tempoh ini saya nasihatkan jangan mengeluarkan sebarang fatwa yang boleh menyebabkan pergaduhan, bukan sahaja di negeri ini malah semua negeri juga sama. Saya nasihatkan dulu perkara ini, kalau masih ingkar dan melampau kita akan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang mengatakan solat orang umno tidak dapat pahala.- Bernama

Ulasan

  1. kata org tua dulu-dulu dlm dunia ada bermacam-macam ragam manusia dan bermacam-macam jenis gila. ada manusia gila kuasa, ada gila takut hilang kuasa, ada gila mengampu macam babi gila, tapi yg penting pergilah berubat sebelum betul-betul jadi gila. berubat senang aje bertaubat minta keampunan dari Allah, jangan bertolong-tolongan dlm perkara mungkar dan jgn ingat kita akan menongkat langit selama-lamanya.

    BalasPadam
  2. polis tak merujuk pun kenyataan nik aziz.. bernama je yang pandai2. mungkin polis merujuk kenyataan abdulah samaah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular