MCA TOLAK CALON UMNO WANGSA MAJU

MCA Wilayah Persekutuan menolak calon UMNO, Datuk Shafie Abdullah yang bakal dicalonkan di Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili oleh calon MCA walaupun cadangan tersebut dari pemimpin no. 2 UMNO.  Beliau merupakan ketua Umno bahagian Wangsa Maju dan juga setiausaha politik kepada perdana menteri.

MCA Wilayah Persekutuan dilapor membidas Shafie kerana akibat dakwaan sebelum ini yang beliau memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng dilapor mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju dan menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ulasan

  1. lantak le kamu (BN) Ini kali Lah..ABU

    BalasPadam
  2. Terima kasih BN kerana beri laluan kepada kemenangan PKR. Terus terang YB lama Dato Yew dari MCA punya peluang cerah kalau nama dia di calunkan di Parlimen Wangsa Maju. Semua orang tahu dia kerja keras diWangsa Maju walau pun tewas pada PRU 2008 dulu. Dia kalah pun 100+ undisaja. Pandangan ikhlas saya untuk BN....

    BalasPadam
  3. Boleh kerat tangan kalau BN tak kalah kali ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular