KU LI SETUJU JADI PENAUNG ROYALTI

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) akan melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penaung sebuah gerakan yang lebih besar iaitu R-5.

Menurut Presiden Royalti atau R, Nazri Deraman berkata, gabungan yang dikenali sebagai R-5 itu adalah gabungan seluruh rakyat dari negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang.

"Sebelum ini kita bentuk R sebagai Ngo sahaja, kali ini kita akan tubuhkan gerakan yang lebih besar. Jika di peringkat luar negara dikenali sebagai Opec," katanya dalam sidang media di hadapan bangunan KLCC tengah hari tadi.

Nazri berkata, Tengku Razaleigh turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan R-5 dan akan mempertimbangkan secara mendalam untuk menyertainya.

Jelasnya, R telah mengadakan perbincangan hampir tiga jam bersama Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang di kediamannya di Langgak Golf di sini, semalam.

Sehubungan itu, Nazri turut menjelaskan Petronas masih gagal memberi maklum balas terhadap memorandum dan surat yang t

Ulasan

Catatan Popular