6 TENTERA DIDAKWA HADIRI HKR112

Enam anggota tentera yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (atau KL112) yang disokong pembangkang bulan lepas mungkin didakwa atas dakwaan "memudaratkan perkhidmatan" tersebut.

"Mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 87 Akta Angkatan Tentera 1972," dakwa Presiden Pahlawan yang berkaitan dengan PKR.

Beliau berkata ahli keluarga kakitangan yang terlibat - lima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang dari tentera darat - telah memaklumkan perkara itu kepada Pahlawan.

Keenam mereka telah menyiarkan gambar masing-masing ketika menghadiri perhimpunan tersebut di laman rangkaian sosial Facebook, dan kemudiannya dipanggil oleh pegawai atasan mereka.

Pahlawan mendapati mereka adalah pegawai berpangkat rendah, yang menghadiri perhimpunan itu ketika tidak bertugas dan tidak memakai pakaian seragam.

Ulasan

  1. UBN nk undi pos ttp bila menyertai parti yg berlawanan... mcm2 tindakan nak dikenakan... nk selamat...kuburkan UBN pd PRU 13 nnt

    BalasPadam
  2. Seksyen 87 Akta Angkatan Tentera 1972, Pindaan 1996, susah nak lekat. Beritahu keenam-enam anggota LLP tu segera tentang hak mereka.

    BUDAKBOY

    Semasa perbicaraan Komander Rendah, mereka jangan mengaku bersalah dan mintak dibicarakan oleh Mahkamah Tentera..

    Insya Allah mereka boleh menang.. mereka boleh mendapatkan pandangan pakar perundangan tentera tentang hak mereka mengikut Seksyen 171 Akta yang sama..

    BalasPadam
  3. dlm akta 72 menyatakan mana2 anggota boleh menyertaai segala program politik dgn syarat tidak mengambil bahagian dan tidak memakai uniform sila cx akta tu bagi kat pegawai pendakwa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular