DAPAT KEBENARAN STADIUM... ABG MAT SERU SEMUA TURUN

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan hari ini mereka menerima kebenaran dari pihak pengurusan Stadium Merdeka untuk menggunakan stadium tersebut bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar),  berkata demikian dalam sidang media bersama dan mereka akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pagi esok.

“Tak ada syarat-syarat (yang dikenakan oleh Stadium Merdeka),” kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada media di ibu pejabat PAS hari ini.

“Bayaran deposit RM75,000. Itu kita akan tunaikan,” katanya lagi.

" Kita seru seluruh rakyat agar dapat bersama-sama berhimpun secara aman pada 12 Januari ini', katanya lagi.

Mohamad menambah sayap pemuda PAS, PKR dan DAP, dan juga badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan dua perhimpunan berasingan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur malam sebelum perhimpunan.

Apabila ditanya adakah orang ramai akan berarak ke stadium Sabtu ini, Mohamad menjawab: “Kami berjalan, bukan berarak.”

Beliau berkata polis dan perbadanan Stadium Merdeka melarang penganjur dari meletakkan kain rentang semasa perhimpunan.

Chua berkata polis tidak akan membuat sekatan jalan kali ini.

“Kita tidak mahu melihat keganasan,” katanya lagi.

Selepas penganjur perhimpunan bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, mereka berkata polis akan mengawal perhimpunan tersebut dengan aman dan menjadi “peristiwa bersejarah”.

Ulasan


  1. Siapa Mat Sabu ne...kalau dia bagi makan, belanja rumah, tanah, rumah kat orang miskin, nelayan, penarik beca, pekebun sayur, penjaja kecil dan lainnya mungkin semua datang. Yg pasti Mat Sabu tetap mewah dapat duit dan popular dan kalau telantar kat hospital org melawat, tapinya yg di atas tetap sama dan Mat Sabu pun tak pernah jenggok..Mat Sabu bukan tentukan nasib kita semua. Mat Sabu hanya jaga diri dan kemewahan dia dan Mat Sabu TIDAK LAYAK nak suruh kita datang.

    BalasPadam

  2. Lagi pun Mat Sabu yg sokong pengunaan Kalimah ALLAH kat bukan Islam khususnya penganut Kristian....apa dia nak perjuangkan Islam ke.... Dia jadi Timb Presiden PAS tapi tak tahu yg enakmen mengenai kedudukan pengunaan Kalimah ALLAH yg telah diputuskan oleh Dewan Ulama (Memanglah Mat Sabu bukan Ulama). Apakah kita org Islam dan Melayu patut akur dgn pemimpin yg mahu menjahanamkan Islam....fikirlah sdra-sdra. Apakah matlamat kehidupan sebagai umat Islam, politik atau akhirat. Jgnlah bersekongkol dgn manusia yg mahu menghina Islam. DAP dan musuh ALLAH yg untung dan juga MAT SABU.

    BalasPadam

  3. TAHUKAH ANDA KENAPA TARIKH 12 JAN DIADAKAN PERHIMPINAN DAN MAT SABU JADI `KEPALANYA'.

    SEBABNYA:

    ITULAH TARIKH MAT SABU KENA TANGKAP DENGAN NORMAH. SO, MAT SABU NAK RAYAKAN `PERISTIWA INDAH' BERSAMA RAKYAT. ORG KAMPONG TAK TAHU TAU.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular