mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan tiga pemimpin PKR
masing-masing membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua Wanita PKR
negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.
Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS.
Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd Sabri, Ahmad Lutfi dan PAS selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.
Dalam penyataan tuntutan, Aminah mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, dalam satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.
Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu.
Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan.
- Bernama










Bajet yang
dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas
ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan
bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.

Ibrahim Ali yang mengetuai kumpulan
itu turut menikam patung berkenaan dengan sebilah keris dan mencucuh api ke atas
patung berkenaan sehingga terbakar menjadi abu.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan main puteri dan
dikir barat, manakala Ibrahim turut bermain alat muzik dalam persembahan
berkenaan.

Kebanyakan mereka memasuki ibu pejabat polis kira-kira jam
2.35 petang dengan ditemani peguam Farhana Abdul Halim.
"Pada 16 September terbukti ia aman dan polis mengiringi
dalam keadaan yang terkawal. 
Dewan
Pemuda PAS Malaysia telah membuat persediaan untuk menganjurkan
Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim'
di hadapan Kedutaan Amerika pada



