LAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU

31 Jul 2012

Majoriti 2/3 di Kelantan mampu dipertahan.
KHAT KUFI on CANVAS31 Jul 2012 2 Komentar

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Walaupun tarikh pilihan raya umum (PRU) ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya, PAS Kelantan tetap yakin mampu mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga mereka di negeri tersebut, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ahli mesyuarat negeri Kelantan (Exco).

Keyakinan itu berdasarkan usaha yang dilaksanakan kerajaan PAS kelantan untuk kesejahteraan rakyat selain tiada isu besar yang mampu menggugat pemerintahan menteri besar (MB), Datuk Nik Aziz Nik Mat, kata Mohd Amar yang juga Timbalan Pusurujaya III PAS negeri tersebut.

Walaubagaimanapun, Mohd Amar enggan mendedahkan jumlah kerusi yang disasarkan dengan menyifatkan ia sebagai rahsia parti.

“Setakat ini Insya-Allah berdasarkan kajian dan usaha-usaha yang kita buat, kita yakin boleh mempertahankan Kelantan. Paling kurang kita boleh menang dua pertiga kerusi ada dalam tangan,” katanya kepada seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Exco Kelantan itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang mengakui menghadapi saingan hebat daripada PAS untuk merampas negeri ini pada pilihan raya akan datang.

Mustafa mengakui kesukaran tersebut disebabkan faktor PAS yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun.

Mohd Amar berkata, kenyataan Mustapa tersebut menunjukkan Umno Kelantan realistik kerana menyedari berhadapan masalah besar untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS.

“Saya berterima kasih kepada ‘Tok Pa’ (Mustapa) yang bercakap secara objektif dan realistik mengaku ada masalah-masalah yang dihadapi sebab selama ini dia (Mustapa) seolah-olah boleh ambil Kelantan dengan mudah,” katanya.

Walaubagaimanapun, Mohd Amar tidak menolak agar PAS terus berkerja keras bagi memastikan tidak ada satu kerusi pun yang akan terlepas kepada pihak lawan.

“Usaha kita untuk mempertahankan apa yang ada, sekurang-kurangnya mempertahankan kerusi yang kita menangi sebab kita tidak hendak terlepas, itu asas sekarang. Kalau dapat lebih kerusi pun tidak apa, lagi baik,” katanya.

PAS Kelantan berjaya menawan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dari 45 kerusi Dun, manakala Barisan Nasional (BN) hanya memenangi enam kerusi Dun dengan satu kerusi tambahan apabila memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas.

Bagi kerusi Parlimen pula, PAS berjaya merampas sembilan kerusi dari 14 kerusi Parlimen, manakala BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen.

IBU SIAL...RAKAM ANAKNYA DIROGOL PAKWENYE
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan."Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh."Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol).

Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu. Sumber.

AKHIRNYA PENGERUSI HINDRAF DAPAT PASPORT
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memperolehi pasportnya melalui misi diplomatik Malaysia di Singapura, dan bersedia untuk pulang ke tanahair Rabu ini.

Katanya, pengeluaran pasport tersebut - yang telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2008 - menjadi bukti bahawa Hindraf berjuang untuk keadilan.

NONE"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga dengan
perjuangan Hindraf untuk membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan ketidakadilan yang besar terhadap masyarakat India," katanya kepada Malaysiakini selepas mendapatkan pasport tersebut.

Waythamoorthy berkata, pengeluaran pasport untuknya itu merupakan satu pengakuan bahawa Hindraf berjuang untuk tujuan yang sah.

Waythamoorthy hidup dalam buangan sejak lewat 2007, apabila semakin kuat desas-desus bahawa tindakan akan diambil terhadap pergerakan Hindraf.

Lima pemimpin Hindraf, termasuk abangnya Uthayakumar, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun tersebut.

Sejak itu, Waythamoorthy tinggal di Britain dan meneruskan kempen Hindraf di luar negara. Pasportnya telah dibatalkan pada April 2008.

30 Jul 2012

KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY DITAMATKAN
KHAT KUFI on CANVAS30 Jul 2012 3 Komentar

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

 
(MK) Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

NONESementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

28 TAHUN BARU UMNO REPAIR UMAH MAKCIK : PN KAMALIAH
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar



Ibu tunggal gembira terima hadiah raya

(UTUSEX) SIK 29 Julai - Seorang ibu tunggal, Kamaliah Ahmad, 50, menyifatkan sumbangan Felda bagi membaiki rumahnya sebagai hadiah Aidilfitri yang bakal mengubah kehidupan keluarganya.

Tambah bermakna buat Kamaliah apabila rumahnya di Kampung Teloi Tua di sini, turut menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kamaliah berkata, dia amat bersyukur dengan pemberian bantuan daripada Felda untuk membaiki rumahnya dengan kos RM5,000 yang daif dan telah diduduki sejak 28 tahun lalu.

"Terima kasih banyak-banyak apatah lagi sumbangan ini diterima pada Ramadan dan boleh dikatakan hadiah hari raya, maka bolehlah kami beraya dengan rumah yang lebih selesa," kata ibu kepada lima anak itu ketika ditemui di rumahnya.

.... nasib baik pilihanraya 4 tahun sekali... kalu 40 tahun sekali....mati dulu le makcik ooooiiiiii nak tunggu umno bagi bantuan

PRU DITANGGUHKAN LAGI KESAN 2 PEMIMPIN SABAH KUAR BN
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

RU bakal tangguh akibat tindakan dua pemimpin BN keluar parti, kata sumber

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.

“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.

“Umno perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79 kerusi dalam pilihan raya 2008.

Sumber ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN tamat pada April 2013. Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.

Sebelum dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimenoleh kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.

“Mereka berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.

Telah wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar dari BN and menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.

Najib telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih belum diketahui.

Menurut seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.

29 Jul 2012

KENAPA LIRIK LAGU 'JANJI DITEPATI' CAM HARAM?
KHAT KUFI on CANVAS29 Jul 2012 0 Komentar

Patut la ramai orang pertikai lirik lagu Janji Ditepati... ghupenye anak Pak Yatim yang menciptanya... siang malam pecah otak nak pikiq lagu nie... alih-alih siap jugak lagu yg cam harm jadah nie....

Lirik Lagu Tema – Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55)


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati


Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)

Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia


Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia

Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Lirik oleh Rais Yatim

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
++ RAHMAT UNTUK SEMUA ++ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU ++
HOME