N. Surendran dalam satu sidang media kepada pemberita hari ini berkata, pihak pendakwa seharusnya mendakwa Pengerusi NFCorp, Salleh, yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, untuk menutup kes tersebut dengan merasuah polis.
“Peguam Negara sendiri mengakui dalam kertas pendakwaan bahawa Salleh cuba merasuah polis. Saya sendiri tidak pernah melihat dakwaan seperti ini daripada AG, ia bertentangan dengan polisi awam.
“Beliau
cuba melindungi orang yang cuba merasuah polis. Jika mereka ada bukti
NFCorp cuba merasuah polis, kenapa tiada tindakan diambil terhadap
Salleh?” soal naib presiden PKR itu (gambar) lagi.Kertas pendakwaan bertarikh 12 Jun itu turut diserahkan kepada pemberita yang menyatakan jumlah pendakwaan menipu Salleh, yang turut bersama anak-anaknya memiliki syarikat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta dana, yang dipecahkan kepada empat bahagian.
Tiga daripadanya, bertarikh 25 November, 1 dan 5 Disember, menyatakan Shamsulbahrin menipu Salleh untuk menyerahkan cek bernilai RM255,000, RM500,000 dan RM300,000 selepas “meyakinkan Salleh”.
“... mempercayai sebahagian wang tersebut kononnya untuk diberikan kepada pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana bagi menutup kes yang disiasat polis berkaitan NFCorp.”










Lim
mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana
mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk
hudud" di dalamnya.
"Itulah
hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat,
hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi
keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting,"
katanya.







"Tiga bulan lepas saya tulis surat kepada Hishammuddin. Saya kata
keadaan kini sudah mula berubah banyak.
Ketika diwawancara Malaysiakini di kediamannya di Kulim,
Kassim berkata, surat yang dihantar melalui pos berdaftar kepada Hishammuddin
itu bagaimanapun belum berbalas.

