29 Feb 2012

Lagi Cerita Pasal Kitab Injil Asli
Abu Nu'man29 Feb 2012 0 Komentar

Injil inilah yang meramalkan kedatangan Muhammad.




Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”

DR. BADRULAMIN BAKAL SAMAN PAPER & TV
Abu Nu'man 0 Komentar

Badrolamin berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.
Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.
“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.
“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.
“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya

MODAL HASAN ALI TIBAI PAS.. TIMB. PRESIDEN PAS BUKAN ISLAM
Abu Nu'man 1 Komentar

PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.

28 Feb 2012

WANITA INI NAFI BERKHALWAT DENGAN DR. BADRULAMIN
Abu Nu'man28 Feb 2012 1 Komentar

Wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompinyang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin KEADILAN berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu oleh Malaysiakini.Semalam, hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus

KECUT TELOQ NAJIB DIBUATNYA NAK JAWAB ISU NFC
Abu Nu'man 0 Komentar

Najib Razak sepatutnya menjelaskan mengapa anak syarikat FELDA yang berpengelaman 11 tahun dalam penternakan lembu terlepas pandang semasa projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) diberikan kepada dua syarikat pada 2008, kata pemimpin PKR hari ini.
Projek bernilai RM250 juta diberikan kepada syarikat milik keluarga atuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Sdn Bhd.
“Jawatankuasa pemilihan syarikat bagi NFC dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak. Beliau harus menjelaskan bagaimana beliau bercakap soal perjuangan kepada FELDA mengenai penyenaraian tetapi tidak memberikan projek yang boleh menguntungkan peneroka,” kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, merujuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan di bawah jabatan perdana menteri.
Beliau berkata “FELDA mempunyai tanah dan mereka memerlukan nilai tambah ke atas operasi mereka sehingga mereka sering berkata tentang kejayaan memelihara lebih 30 ekor lembu,” satu rujukan kepada NFC yang mensasarkan 8,000 ekor lembu.

UTUSEX BUKTIKAN BADRULAMIN TAK BERSALAH
Abu Nu'man 1 Komentar


Pelik juga bila baca utusex hari ini…. Hanya mengulas berkenaan dengan Dr Badrul amin memberI keterangan selama 2  jam kepada  kepada JAIP berhubung kes khalwatnya. … sedikitpun tidak mengulas bagaimana kes tangkapan khalwat itu berlaku… sedangkan isu ini benar-benar hangat...
apakah Utusex sudah sedar yang berita yang disiarkan sebelum ini adalah berita rekaan semata-mata?  ...  mungkin utusex sudah takut dengan statement Dr Badrulamin yang mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman pihak yang telah mengaibkannya..termasuk UTUSEX yang suka memfitnah….

27 Feb 2012

KALU INI BLOG PR... BERTAUBATLAH!!!
Abu Nu'man27 Feb 2012 1 Komentar

Aku ada terbuka blog yang kononnya dikendalikan oleh orang PR berkenaan dengan isu khalwat yg membabitkan Ust Badrul Amin sehingga dia sanggup menulis artikel seumpama penulis blogger UmporNo yang suka melakukan sabotaj dan tektik keji..

Apa yang menyedihkan tulisannya seolah-oleh menggambarkan seorang yang tidak beretika terhadap penulisannya sekaligus memberi kesan yang 'buruk' kepada blogger PR dan Pakatan Rakyat sendiri... mungkin dia blogger cepisan sebab post dalam sebulan sekitar 3-4 posting sahaja....lagipun blogger ini meletakkan wajah LGE sebagai PM Malaysia.... tu yang makin pening....

Apapun kita sebagai Orang Islam (kalu Penulis tue Islam la) ataupun setidak-tidaknya Rakyat Malaysia agar bertindak secara professional dengan menunggu keputusan rasmi dari pihak yang berautoriti seperti JAIP....janganlah terlalu taksub sehingga sanggup mengorbankan norma-norma kehidupan... Takbir!!!

RIBUAN AKAN HADIR ROAD FITNAH HASAN ALI DI PINTU GENG KOTA BAHRU
Abu Nu'man 5 Komentar

Nampak 2 'bekas' ahli PAS seumur hidup akan mengadakan siri jelajahnya ke Kota Bahru pulak pada 29 nie... syukur la... sekurang-kurangnya ada kerja ada la gaji daripada duduk saja tak mampu nak bayar ansuran kereta... orang Perkasa dan UMNO Kelantan dijemput memeriahkannya

Yang bawah ini gambar masa ceramah 25 Feb di Kemaman Terengganu...

 Ribuan orang hadir nak dengar ceramah "Selamatkan Aqidah" Hasan Ali....


Berdiri nyanyi Asma Allahu Husna kot... tak pun selawat Nabi Muhammad???

MUKA BANGSAT UMNO PULAU PINANG KACAU HIMPUNAN HIJAU 2.0
Abu Nu'man 3 Komentar

Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.







 Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar. Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.
Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).





PM KATE LYNAS SELAMAT..TAKKAN HAJI NAK MENIPU?
Abu Nu'man 0 Komentar

Haji Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.


Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyerang kerajaan.

“Tetapi apa yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian.

“Kita mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama tidak akan menjejaskan pelaburan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini petang tadi.
Tetapi Najib mengatakan kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan syarikat itu telah diberikan garis panduan ketat untuk dipatuhi.

“Kita tidak akan memberikan lesen kendalian melainkan kami berpuashati bahawa penduduk tempatan boleh menerima projek ini selamat,” katanya.

26 Feb 2012

WAJAH WANITA YANG DITANGKAP BERSAMA UST. BADRUL?
Abu Nu'man26 Feb 2012 15 Komentar

Benarkah ini wajah wanita ditangkap khalwat bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden, Pahang?

Wanita tersebut, Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang merupakan isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Dakwa
Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Dr.Badrulamin ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi  Dr.Badrulamin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Dr.Badrulamin dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden. Namun pihak JAIP telah melakukan serbuat terhadap Dr. Badrul dan wanita tersebut sekitar jam 4.15 pagi, namun malangnya pada ketika itu Dr. Badrul tidak berdua bersama wanita tersebut malahan turut hadir sama di dalam bilik tersebut adalah anak wanita tersebut dan beberapa kenalan Dr. Badrul sendiri dengan keadaan pintu bilik hotel yang terbuka....huhuhuhuhuhu

INI BARU BETUL... BAYAR RM100 HANYA NAK DENGAR KULIAH UST AZHAR...
Abu Nu'man 0 Komentar

AMPANG, 26 Feb: Walaupun terpaksa membayar RM100 setiap seorang, lebih 500 anak-anak Terengganu yang tinggal di Lembah Klang menyertai majlis berkongsi ilmu dengan pendakwah selebriti yang menjadi ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Hotel De Palma Ampang, dekat sini, hari ini.
 
Malam tadi, lebih 10,000 orang ramai memenuhi Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk mendengar kuliah dan soaljawab bersama beliau.
 
Malam ini pula, Ustaz Azhar akan bersama penduduk Klang pula apabila beliau akan memberikan kuliah di sebuah masjid di sana.
 
Inilah fenomena biasa yang berlaku kepada pendakwah yang kini sudah menjadi selebriti ini.
 
Program di hotel De Palma yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sempena program itu, beberapa orang peserta tidak melepaskan peluang bertanya beberapa soalan secara langsung kepada Ustaz Azhar untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai perkara dari segi hukum dalam Islam.

Selain itu, beberapa soalan turut dikemukakan oleh mereka menerusi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Kamarulzaman Abdullah selaku pengerusi sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar yang bermula dari jam 10.30 pagi.

Kesemua soalan yang dikemukakan oleh mereka dijawab dengan terperinci oleh Ustaz Azhar berdasarkan dalil aqli dan naqli menepati ketetapan dalam Islam untuk dijadikan panduan para peserta.

Walaupun tidak kesemua peserta berpeluang mengemukakan soalan disebabkan kesuntukan masa, namun kesemua soalan yang dikemukakan dan sempat dijawab oleh Ustaz Azhar tetap mampu memberikan kepuasan kepada para peserta kerana ia turut merangkumi pelbagai aspek.

Sementara itu, Kamarulzaman ketika mempengerusikan sesi soal jawab berkata, beliau bagi pihak penganjur amat berbesar hati kerana dapat mengadakan majlis tersebut.

Disebabkan kesuntukan masa dengan jadual aktiviti dakwah Ustaz Azhar yang ketat, Dewan Pemuda PAS Terengganu hanya diberikan masa selama seminggu oleh pendakwah tersebut untuk mengadakan program itu.

"Dengan masa yang sedemikian singkat menyebabkan persediaan majlis itu tidak dapat diadakan dengan betul-betul sempurna oleh pihak penganjur terutama dari segi publisitinya.
(Sebahagian orang ramai yang menyertai majlis ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus di De Palma, Ampang)
"Tetapi saya sangat teruja dengan aura Ustaz Azhar yang boleh menarik kedatangan peserta sebanyak ini sehingga di luar jangkaan pihak penganjur sendiri," katanya.

Selesai majlis, para peserta yang hadir turut mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama Ustaz Azhar yang tetap bersedia memenuhi harapan orang ramai, walaupun ternyata amat keletihan disebabkan jadual dakwahnya yang begitu padat setiap hari.

Antara yang hadir pada majlis yang dipengerusikan oleh AJK Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Khalil Abdul Hadi itu termasuklah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohamad Nor, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Adram Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah.

Pada majlis tersebut turut diadakan jualan buku yang bertajuk "Ustaz Azhar Idrus Daie Sejuta Ummat" yang ditulis oleh Riduan Mohamad Nor yang juga mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.

24 Feb 2012

Bakar al-Quran: Ratusan berdemo di kedutaan AS bersama Hasan Ali
Abu Nu'man24 Feb 2012 4 Komentar


KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS  dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.

Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.

Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.

"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.

Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.



Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

KENANGAN CEBISAN NOTA BUAT ADIK FARIS....
Abu Nu'man 0 Komentar

Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.


Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka.




Namun Allah lebih sayangkannya...

BANTAH BAKAR QURAN : JATI..HASAN ALI... AYOH KE KEDUTAAN US SELEPAS JUMAAT
Abu Nu'man 0 Komentar

Ayuh kita semua tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa bersama-sama yang cintakan Islam



24 Februari 2012

Selepas Solat Jumaat

Berkumpul di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak

... jemput sekali Dr Hassan Ali dan pendokong-penyokong JATI bersama kita daulatkan Agama Allah dari dihinjak-hinjak oleh kafir laknatullah....

23 Feb 2012

AIR MATA ANAK INI MENGALIR SEBAIK HEMBUSAN NAFAS TERAKHIRNYA ... AL-FATIHAH
Abu Nu'man23 Feb 2012 7 Komentar

Sebelum ini ana ada  mem'post' berita berkenaan dengan adik Faris Nur Daniel, 6 tahun yang menghidap pengakit HLH atau barah darah. Allah lebih sayangkannya .... adik comel ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.05 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Antara dialog  Allahyarham dan ayahnya 2 hari lalu...
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

 Perhatikan titisan airmata jernih mengalir di pipi Faris semalam....Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

 Namun Allah lebih sayangkannya...

Kata Puan Zuraine, ibu Allahyarham, "Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," .
Al-Fatihah.... syurga buatmu...

Nota : Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini. Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok.

www.mazidulakmal.com



................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.