Langkau ke kandungan utama

SULTAN PAHANG LANCAR BUKU FITNAH ROSMAH

 
 
Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini telah dilancarkan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Permaisuri.

Penasihat penerbitannya Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman itu.

"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya.

Jelasnya, ia merupakan salah satu objektif buku yang memuatkan pelbagai gambar, serta menceritakan kisah hidup Rosmah dari kecil sehingga kini.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.

.... Nampaknye 1st lady menggunakan institusi Raja untuk memebersihkan namanya....







Ulasan

  1. .... Nampaknye 1st lady menggunakan institusi Raja untuk memebersihkan namanya....

    Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan.

    kita akan tengok siapa yg maha kuasa!!!!!!

    BalasPadam
  2. BODDO ,,,,,, itu je yg aku leh omen kat sini ,,,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular