POLIS KATA AKTA BARU "TAK KAWAL PERHIMPUNAN"

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), kata Tun Hisan, polis tidak lagi mengawal perhimpunan kerana Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah digantikan dengan PAA.

NONETun Hisan (kanan dalam gambar) menjelaskan di bawah Seksyen 9
PAA, penganjur mana-mana perhimpunan awam bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menolak dakwaan bahawa polis membenarkan kedua-dua pihak mengadakan aktiviti mereka rapat antara satu sama lain.

"Itu tidak benar. Selepas Seksyen 27 Akta Polis digantikan dengan PAA, polis tak regulate (mengawal) lagi (perhimpunan), mereka perlu

maklumkan kepada polis (sebelum perhimpunan diadakan)," katanya kepada Malaysiakini di luar sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, Tun Hisan enggan mengulas parti yang gagal mematuhi undang-undang, tetapi menegaskan perkara itu akan disiasat.

Menurut Seksyen 9 PAA, penganjur mesti memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Kegagalan untuk mematuhi bermakna menghadapi denda maksimum RM10,000.



Ulasan

  1. Kalau UMNO buat perhimpunan polis akan mengawal demi keselamatan UMNO walau pun tiada siapa yang menganggu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular