MUSA DAN HISHAM SAMA SAHAJA : DATUK RAMLI

 
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff. 
 Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.

“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.

Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.

“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.

“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.

“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”

Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.

“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.

 
 
 

Ulasan

  1. Inilah mereka yang bersekongkol dengan kes tilam dahulu kesannya menuduh orang yang tak bersalah dengan bermacam-macam dalih akibat dari rasa bersalahnya sendiri . Nak seatle buat lah deklirasi kesalahan sendiri menerusi media massa atau sebagainya itu pun kalau Tuhan perkenankan kalau tak jumpa lah diakhirat nanti sementalaah umur dah makin pendek ni.

    BalasPadam
  2. Mana ada orang-orang yang pernah digunakan oleh MEMANDA MAHATAIK celaka terdiri daripada orang-orang berintegriti? Tak kira lah dianya Bekas IGP ke, Bekas Peguam Negara ke, Peguam Negara ke, Bekas Ketua Hakim Negara ke dan bla bla bla.... semuanya akan mampooos, dan mereka kini amat bimbang akan kejatuhan BN-UMNGOK dalam PRU13 nanti. Aku seorang daripada rakyat takkan memaafkan mereka (kerana telah merosakkan sistem kenegaraan), terlebih-lebih lah lagi MAHATAIK CELAKA TU!

    BalasPadam
  3. Datuk Ramli ; yang lepas tuuu lepas laaaa kita orang yang berpegang kuat pada Agama Islam, bersangka baik, mungkin TS Musa dah sedar.
    Tok cadangkan kita tengok sebulan dua niii apa perkembangan tentang TS Musa dengan dawaannya,
    Tok nasihatkan semua "jangan melatah"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular