KETUA PEMUDA PAS DIDAPATI RASUAH
.... kalu tajuk di atas... pasti muka depan esok paper pencacai UMNO....
Ketua Umno Bahagian Pandan dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Abd Ghani Ismail, 46, (gambar) di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata serta satu pembelaan yang berbentuk “difikirkan kemudian".
"Penjelasan tertuduh semasa pembelaannya adalah tidak konsisten, ia direka bagi menyesuaikan keterangan saksi pendakwaan," katanya.
Rozilah turut tidak membenarkan Abd Ghani untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah mengambil kira bantahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek yang berhujah bahawa tiada sebarang alasan yang membolehkan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara berikutan ia bukan sesuatu keadaan yang istimewa.
.... Anak bilis rasuah... takkan bapak jerung 'bersih'...hahahahahaha



Ulasan
Catat Ulasan