1 Dis 2012

HISHAM MEMANG TAKKAN LETAK JAWATAN... MUSA
abu nu'man1 Dis 2012 3 Komentar

Hishammuddin  WAJIB meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa  menyatakan dengan jelas  tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan.

"Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz,  Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan.

Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini.

Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi.

Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. 1. depa ni ibarat pelepah pisang, walaupun dah layu masih melekat kat pokok,,,potong saja.
    2. nak sambung kontrek sampai mampueh ka? apa dia buat masa jadi igp. ketua pengarah (igp) jabatan lain termasuk atm ada sambung kontrek ka?

    BalasPadam
  2. Mengapa dah tak dapat sambung kontrak baru nak bersuara? Semasa mengusung tilam ke mahkamah tak fikir pun. Masih ada masa untuk minta maaf pada rakyat Malaysiam itu pun kalau rakyat sudi maafkan.Kalau rakyat tak maafkan tanyalah ayahanda ustaz hasan azahari.

    BalasPadam
  3. Bekas IGP dah terasa bahang umno bakal hilang kuasa dan sedang mencari pohon berteduh yg baru.. apa apa pun eloklah bongkar keburukan umno/bn sekarang,biar rakyat tahu perangai buruk umno sebelum PRU 13... apapun tahniah juga kpd musa hasan yg berani tampil berkata benar walaupun dah tiada kuasa.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.